Sabtu, 18 Jun 2011

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Probitas Et Fides: Nasi Arab Damsyik....Boleh Didapati <b>di Seremban</b>....

Posted: 01 Jun 2011 07:34 PM PDT

Assalamualaikum wbt para blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Minggu ini, entah kenapa entri saya banyak pasal makan-makan je. Makan kendurilah, makan tapaulah dan hari ini pun pasal makan juga. Sebelum itu, saya hendak meminta maaf kepada kalian yang berpuasa sunat atau berpuasa ganti jika entri ini tidak sesuai untuk kalian.

Semalam petang kami ke ibu negeri ada sedikit urusan. Jarak tempat kami ini dengan ibu negeri lebih kurang sejam juga la perjalanan sehala. Selesai urusan, hendak terus pulang masih terasa awal. Kami pun ronda-ronda sekitar sini dan terjumpa satu restoran. Kami pun singgah la untuk menikmati hidangan di restoran ini. Restoran yang kami maksudkan adalah Restoran Nasi Arab Damsyik yang terletak di Jalan Paroi - Senawang di Seremban.

Jom kita layan sedikit pic yang sempat disnap..


Inilah tempat makan yang saya maksudkan itu. Restoran Nasi Arab Damsyik. Ia terletak di Taman Bougenvilla, Jalan Paroi - Senawang di Seremban. Warga Seremban jemputlah ke sini ( ini bukan iklan berbayar ya heheeheheh)


Inilah suasana di tempat makannya. Sila duduk bersila ya..Kalau nak makan di meja makan, ada di sediakan di luar. Jadi, tiada masalah bagi mereka yang tidak boleh bersila duduk...hehehehehhe


Ini pula adalah menunya.. Boleh pilih ikut keperluan kalian. Tapi nasi arab yang ini cuma ada ayam je..yang lain-lain seperti daging memang tiada la..


Ini adalah aksesori tambahan...Sedap dicicah dengan ayam yang akan dihidangkan nanti.


Inilah nasi arab pilihan saya..Nasi serta ayam dipotong 1/4.. Harganya RM 10 sahaja...


Ini minuman saya iaitu Teh Arab Herba.. Harganya RM 1.50 sahaja...

Sebenarnya, inilah pertama kali kami merasa Nasi Arab made ini Seremban ini.Saya sendiri tidak tahu hendak menyatakan ia sedap atau tidak cuma ia memang mengenyangkan kami sahaja.

Kepada rakan-rakan blogger sekalian, pernahkah kalian merasa Nasi Arab di tempat kalian ?? Jika pernah, bagaimanakah kalian boleh gambarkan rasa Nasi Arab ini ?? Layangkan minda para blogger untuk kita kongsi di kotak komen ini...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads