Sabtu, 18 Jun 2011

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Lebih banyak tukun tiruan <b>di Port Dickson</b> | .:: A A N S ::.

Posted: 05 Jun 2011 10:35 PM PDT

TELUK KEMANG 5 Jun - Jabatan Perikanan negeri akan membina lebih banyak tukun tiruan tidak jauh dari kawasan projek pembangunan maritim, di Port Dickson sebagai langkah membantu meningkatkan hasil nelayan.

Pengarahnya, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, dakwaan punca rezeki kira-kira 70 nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Port Dickson kini merosot akibat cadangan pembangunan itu, akan disiasat.

"Mungkin rezeki mereka sedikit terjejas, tetapi berdasarkan jumlah tangkapan keseluruhannya di perairan berkenaan ia masih mencatatkan peningkatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan persatuan itu untuk mendengar rintihan mereka sebelum membuat sebarang kenyataan mengenainya.

"Jabatan akan membuat kajian kawasan baru menangkap ikan secara menyeluruh sebelum menempatkan beberapa tukun tiruan untuk pembiakan ikan," ujarnya.

Baru-baru ini, hampir 70 ahli PNK Port Dickson membuat bantahan secara aman ke atas projek berkenaan yang didakwa mereka menyekat punca rezeki, selain pagar dan zink yang mula dibina di sekitar kawasan pangkalan nelayan bandar Port Dickson, dekat sini.

Seorang nelayan, Kassim Kitan, 54, memberitahu, mereka tidak menolak pembangunan di situ, tetapi mahu pangkalan baharu yang dibina kelak mempunyai kemudahan yang lengkap.

"Saya telah menjadi nelayan sejak 35 tahun lalu dan kehidupan banyak bergantung pada hasil ikan. Saya berharap perkara ini mendapat perhatian kerajaan," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Nelayan negeri, Abu Bakar Dawam berkata, beliau bersama ahli jawatankuasa bersedia menemui semua pihak terlibat dengan projek tersebut untuk menyelesaikan kemelut ini.

"Biarpun kami nelayan, bukan bermakna kami boleh ditindas sebegini. Saya berharap pertemuan rasmi bersama pemaju serta campur tangan kerajaan, isu ini dapat diselesaikan segera," ujarnya.

Sumber: Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Laloque d&#39;Loqlaq...: Berkelah <b>Di Port Dickson</b>

Posted: 01 May 2011 08:42 PM PDT

Lama tak gi mandi laut. Sejak kami dinasihatkan utk tidak membawa Annisa bermalam di laut masa Nisa umur 4 bulan dulu sehingga dia berumur 4 tahun. Pantang katanya! Ada sekeluarga bunian amat2 berkenan untuk menjadikan Nisa anak angkat diorg.


Mlm td tiba2 dapat idea utk berkelah di Port Dickson. Terus gi Giant beli bahan utk masak nasik lemak sebagai bekal. Lagipun bukan nak gi bermalam pun kan. Gi berkelah sambil bersarapan pagi gitu.

Kul 6 pagi bini aku dah bangun masak nasik lemak. Nasik lemak beliau terbaekkk wok... Sedap hingga jilat tupperware!!

Kul 7.30 pagi dah gerak. Skang ni kitorg tengah bermandi manda. Tapi sempat update lg.. Haha


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads