Ahad, 10 Jun 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


PAKATAN RAKYAT N15 DUN <b>JUASSEH</b>: Kehadiran Anwar <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 06:15 PM PDT

PORT DICKSON : Kehadiran Anwar ke Lukut PD pada malam 22/3/12, memintas awal Najib yg akan turut menghadiri makan tengahari di dataran bersebelahan kompleks kerajaan daerah. Di fahamkan daerah PD telah mula dibanjiri dengan poster dan Bena Najib & Rosmah.

Hampir sebatang tiang letrik pun tidak ada yg ketinggalan dengan tergantungnya banting2 Najib & Rosmah..Manakala 2 ke 3 lokasi menyambut Najib telah hampir seminggu awal didirikan khemah-khemah gergasi. Kos khemah sahaja mungkin mencecah jutaan ringgit tidak termasuk kos makan, bas, pentas dan yg lain-lain.

Barisan bendera UMNO BN telah mula menutup pemandangan Port Dikcson. Hebat sungguh BN dalam membelanjakan dana secara berhemah....Arahan kepada setiap agensi termasuk pendidik-pendidik....khabarnya dikerah hadir. Tuntutan duit-duit upah kehadiran kepada belia-belia dan sewa-sewa pengusha bas telah mula berjalan. Najib mula curiga dgn rakyat....dah kasi BR1M dan makan pun....undi masih PR. Cuma yg takut dengan ungutan sahaja masih lagi bersama UMNO BN.

PR telah memintas awal dengan program ceramah pimpinan PR negeri bersama DS Anwar di dataran Lukut.

Kesempatan ini lah kehadiran rakyat tanpa duit dan makan mau pun sogokan....telah memenuhi dataran Lukut untuk bersama-sama berkongsi maklumat agar kiranya PR menawan Negeri Sembilan dapat merasa nikmat pentadbiran seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah & Kelantan.
" Merakyatkan Ekonomi"

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

"Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.

"Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan," katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.

Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.

"Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.

"Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya," katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.

"Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat," tegasnya.

Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.

Ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam itu menyaksikan ratusan kenderaan memenuhi perkarangan kawasan tanah lapang itu kira-kira satu kilometer.

Dua stesyen minyak berhampiran turut menjadi medan tempat meletak kenderaan orang ramai ekoran kawasan sesak dan padat dengan kehadiran ribuan rakyat malam itu.

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Ziarah Kematian <b>Di</b> Kuala <b>Linggi</b> ~ Rakyat Dihati Kami

Posted: 17 May 2012 07:00 PM PDT

Teluk Belanga , Kuala Sg Baru - Penyelia Dun Kuala Linggi Ust Julasapiyah Bin Kassim telah menziarah arwah Kamsiah Bt Budin di sini . Beliau telah menghembuskan nafas terakhir malam semalam di rumah beliau. 
Penyelia Dun telah bergegas dan membantu dalam pengurusan jenazah di sini. Majilis Tindakan Dun Kuala Linggi merakamkan ucapan takziah dan marilah kita mendoakan Al-Fatihah pada arwah tersebut. Al Fatihah

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Camwhoring <b>Di</b> Sawah Padi, Restoran Warisan <b>Kuala Pilah</b>

Posted: 04 Jun 2012 05:18 PM PDT

Yaaa... kami bercameworing di sawah padi..hohoho.. siap loncat loncat lagi, kau hado!! hahahaha.. korang pernah tak tengok kawasan ni.. alaa sebelah dengan Restoran Warisan Kuala Pilah Negeri Sembilan.. tepi jalan..

Ekceli kita orang singgah kat Restoran Warisan masa on da way balik KL daripada Kampung Kuala Jempol, yang aku cerita dalam entry ini.. bukan singgah makan la tapi, singga bergambar gambar jep.. kenyang dah kenduri kawin, buat apa nak makan restoran lagi.. nantila next next time..

View kat sini sangat lawa.. ya la, aku mana pernah pegi sawah padi.. dulu kecik kecik ada padi bukit je, tu pun pakcik aku punya.. tang sawah pagi ni mememang aku batak gila, rasa macam nak masuk je beguling guling dalam tengah sawah tu hahaha..

Disebabkan aku masih ada maruh.. tak nak la beguling guling kan, nanti orang cakap bodoh ka ape mamat ni hahaha.. so aku loncat loncat je la.. tengok kat belakang tu, siap ada orang buat pre wedding photoshoot kat sawah padi.. macam nak tolak je dia masuk longkang.. errr..
Ni kawan aku pun nak loncat jugak.. ikut ikut.. tapi aku loncat lagi smat dan lagi tinggi hahahaha.. cuaca bagus waktu petang syok la singgah.. rasanya kalau pokok pokok padi ni besar sikit mungkin lagi best kan..
Wah nice je view.. memang suka la aku sawah padi ni.. ada bukit bukau lagi, teringat pulak Izzah time ni.. ntah apa khabar dia sekarang.. huk huk huk!!.. banyak agas la kat sawah padi.. nasib baik tak menggigit..
 Orang kampung berjalan menyusur di tepian longkang.. nak kemana tu uolzzzz....hahahaha... Ada jambatan menghubungkan kawasan Restoran Warisan tu dengan sawah padi.. kalau korang free boleh la datang sini, serius memang lawa kawasan ni.. bagi aku la.. kot kot korang dah bosan dengan sawah padi kan.. Ini la dia Restoran Warisan tu.. suasana kampung pesen orang minang.. tengok blog blog, makanan pun boleh tahan gak sedap dia.. makanan tradisional orang nogorghi, masak lomak cili api la ujang oi!! hehehe.. emmmm.. ntah bila lah lagi nak datang Kuala Pilah ni.. boleh tibai sekali itik gembo gembo yang banyak jual kat tepi jalan tu hahahaha..
Tag: Bergambar Gambar Di Sawah Padi, Pre Wedding Photoshoot Di Sawah Padi, Restoran Makanan Tradisional Negeri Sembilan, Tempat Tempat Menarik Di Negeri Sembilan, Tempat Makan Best Kuala Pilah

Sabtu, 9 Jun 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


Semua Perlu hadir 1 Jun « Gelagat Anwar

Posted: 02 Jun 2012 09:50 AM PDT

Jun 3, 2012 at 12:50 am

KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat pelbagai bangsa yang beragama Islam supaya hadir pada majlis himpunan besar-besaran pada 1 Jun ini di Kedah.

Katanya, majlis perhimpuan besar-besaran dan penuh bermakna khususnya yang inginkan keadilan perlu hadir pada majlis yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.

"Semua bangsa, sama ada Melayu Muslim, Cina Muslim, India Muslim pergi ke  majlis perhimpunan itu nanti beramai-ramai,"ujarnya.

Menurutnya, program berkenaan penuh erti kerana ianya akan diisikan dengan majlis munajat, mubahalah dan lain-lain lagi untuk diluahkan hasrat kepada Yang Maha Esa.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas majlis perasmian aktiviti memanah sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik), ketik diminta mengulas berhubung program itu.

Antara isu utama di kalangan pimpinan PAS adalah pemberitahun PKR bahawa mereka TIDAK DAPAT bersama dalam Program yang diadakan di Kedah itu. Alasan yang diberikan adalah mereka mempunyai program yang sudah disusun awal di Negeri Sembilan.

Sebenarnya, Azmin sudahpun memaklumkan kepada Anwar, bahawa PAS sememangnya TIDAK MAHU Anwar hadir dalam program tersebut. Alasan yang diberikan – mereka mahu membuktikan bahawa PAS mampu berdiri sendiri tanpa kehadiran Anwar. PAS boleh bangkit sebagai parti politik yang wibawa tanpa Anwar. PAS tidak mahu bayang-bayang Anwar sentiasa ada di belakang kejayaan politik PAS.

Khabarnya juga, PAS tidak mahu 'watak dan wajah Anwar' terlalu banyak hadir di dalam program PAS. Ini soal PAS dan UMNO. Anwar tidak perlu masuk campur. Anwar diminta untuk menguzurkan diri dan hanya menghantar wakil, Kak Wan ke program itu. Cukup.

Mesej di sebalik amaran PAS ini adalah – isu MORAL dan KORUPSI Anwar masih lagi menjadi beban kepada PAS.

Program Anwar pada 1hb Jun:-

1 Jun 2012 (Jumaat)

1)      6.00 ptg – Jamuan Rakyat  di Rumah Haji Rosli Omar, Pekan Juasseh

2)      7.15 mlm – Solat Maghrib di Masjid Kariah Kg Juasseh

3)      8.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 – Merdeka Rakyat

Lokasi:  Taman Desa Puteri, Bahau

8.30 – 12.00  mlm – Ceramah Perdana 2 – Merdeka Rakyat

Lokasi: Taman Desaru, Sikamat, Seremban

Azmin kata, kalau last minute minta Anwar hadir – dia akan cuba sediakan heli untuk Anwar ke Kedah. Steady puak ni.

Entry filed under: Pilihan Raya Umum 13, PRU 13, Reformasi PKR, Strategi Politik PKR. Tags: , , , , .

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


teacher&#39;s thought: Sambutan Hari Guru <b>di Seremban</b>

Posted: 23 May 2012 06:52 AM PDT

Malam tadi abe gi Majlis Sambutan Hari Guru di Seremban. Abe bertolak dari rumah jam 6.30pm. sampai sana dalam 7.30pm. Lepas solat maghrib di Masjid negeri, abe terus ke khemah acara. Kat situ dah ada beberapa orang guru sekolah abe. Pada sambutan kali ini, sekolah abe menerima anugerah lonjakan saujana spm 2011. Seronok juga. Majlis berakhir jam 11.30 malam dan abe sampai rumah 12.30 mlm. Tengoklah beberapa keping gambar yang sempat disnap.  
 

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Blogger Sakmongkol <b>di Rembau</b> 12 Jun 2012 - Anak Muda <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2012 01:14 AM PDT

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 12 Jun 2012, Selasa
Tempat : DUN Chembong, Rembau
Turut serta : YB Hj Taufek, Sani Hamzan, Ustaz Khairil Anuar Wafa, Dr Rosli Yaakop, Rozmal Malakan
Maklumat lanjut sila hubungi Hakki 013-3840022

PAS Negeri Sembilan: Terapi Darussyifa 18 Mei 2012 <b>di Rembau</b>

Posted: 15 May 2012 02:21 AM PDT


TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS
Tarikh : 18 Mei 2012 (Jumaat)
Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau
Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)
7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa', Majlis Zikir & Doa
9.15mlm : Klinik Darussyifa' (Sesi Rawatan)
- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal
- Rawatan Penyakit Rohani
- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir
Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'
Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan
Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


CERAMAH UMUM MALAM INI <b>DI JELEBU</b> <b>...</b> - WFauzdin Blogspot

Posted: 08 Jun 2012 12:13 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS
JELEBU dikatakan terlalu kuat Umno nya sehinggakan kalau di Jelebu sesiapa yang sebut pasal Pembangkang, mereka akan dicop sebagai ejen penjajah sama seperti Jepun.  Dikatakan juga di Jelebu, masyarakat di sana terutamanya orang-orang Melayu di kampong, mereka amat fobia dengan makan ubi kayu seperti di zaman Jepun, maka itu bagi mereka kalau Pembangkang memerintah maka terpaksalah orang-orang Melayu kembali makan ubi kayu.  Betulkah?
Jika di zaman 70-80an mungkin ada benarnya.  Saki baki yang masih berada di bawah tempurung masih wujud di Jelebu.  Justeru itu, amat bahaya bagi Umno untuk me`moden'kan Jelebu walaupun MP Jelebu ini tokoh lama di dalam Umno.  MP Jelebu, Rais Yatim adalah Menteri Komunikasi, sewajarnya Jelebu adalah Daerah yang paling canggih komunikasinya.  Malang sekali, Jelebu amat ketinggalan samada kemudahan internet mahu pun pengangkutan awam. 
Sebab apa?  Sebabnya kalau rakyat Jelebu di`moden'kan, maka akan lahirlah bijak pandai di Jelebu.  Jika sudah ramai bijak pandai di Jelebu yang tahu akses maklumat melalui internet misalnya, adakah masih ada peluang untuk pemimpin Umno untuk memperbodohkan mereka?  
Berkat kesungguhan pimpinan PR khususnya di Jelebu kini menampakkan hasil.  Jelebu tidak lagi menjadi kubu kuat Umno/Bn.  Tumpuan kini adalah di beberapa kampung Melayu yang agak ketinggalan dari segi maklumat semasa.  Justeru itu, PR kini giat menjalankan program penerangan dari semasa ke semasa.  
Malam ini (Sabtu - 09 Jun 2012), satu program Ceramah Umum akan diadakan di Kampung Sungai Buluh, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.  Penceramah malam ini adalah YB Anthony Loke (Ketua Pemuda DAP), YB Cha Kee Chin (Adun Kepayang), Us Zulkifli Omar (AJK PAS Pusat), Us Hj Kateran Marman (YDP PAS Jelebu) dan saya sendiri.  
Kampung ini adalah kampung arwah nenek saya dan saya berasal di Kampung Jerang, Jelebu iaitu jiran kampung ini dan menetap di Simpang Durian ini juga.  Maka, saya berharap saya boleh membantu perjuangan pimpinan PR di Jelebu ini semampu saya.  Malam ini saya dijemput untuk berada di pentas ceramah.
Bagi anak-anak Jelebu dan anak jati kampung di sini, anda dijemput bersama kami untuk melakukan perubahan dan membantu masyarakat kampung kita agar mereka tidak ketinggalan seperti di banyak tempat yang telah mula melakukan perubahan.  Lakukan perubahan di Negeri Sembilan demi rakyat.  Ayuh, kita hadir beramai-ramai malam ini.  Jumpa di sana, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Gambar Pengurusan Jenazah Bob Kuman <b>Di Negeri Sembilan</b> <b>...</b>

Posted: 04 May 2012 12:16 AM PDT

Share

Gambar sekitar pengurusan Jenazah Bob Bob Kuman di kampung halamannya Negeri Sembilan. Bob telah dikebumikan pada awal pagi tadi. Pada 3 Mei 2012, Bob Kuman telah meninggal dunia pada pukul 4.30 petang ditempat kediamannya. Antara teman-teman Bob Kuman yang hadir pada majlis urusan jenazah ini adalah Adeeb Fabulous Catz, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Senario, Eby Yus dan ramai lagi.

Incoming search terms:

  • gambar jenazah bob kuman (10)
  • harun salim bachik meninggal (6)
  • gambar pengebumian bob kuman (4)
  • gambar kematian bob kuman (3)
  • Gambar negeri sembilan (2)
  • gambar mayat bob kuman (2)
  • gambar kuman (2)
  • mayat bob kuman (2)
  • salim bachik meninggal (2)
  • kuman bob meningal (1)

Teruskan Membaca:

  1. Gambar Suasana Bob Kuman Meninggal Dunia
  2. Gambar Jenazah Noramfaizul Selamat Dikebumikan
  3. Bob Kuman Meninggal Dunia Hanya Khabar Angin
  4. Bob Kuman Meninggal Dunia Berita Palsu Di Twitter
  5. Bukti Bob Kuman Tidak Meninggal Dunia Dan Masih Hidup
  6. Gambar Bob Kuman Sakit Perlu Sumbangan Orang Ramai

Jumaat, 8 Jun 2012

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


! AYIE-FIKRI !: Kenangan <b>Di</b> Sek. Keb.Mendum <b>Lenggeng</b> Part 3

Posted: 31 May 2012 07:25 AM PDT

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Untuk kali ini tengok Tahun 4.. kelas paling ayie sayangi sebab kelas ini tak ramai pelajar.. dan pelajar pon semuanya mendengar kata.. dan tahun 4 ada seorang pelajar paling tinggi kertas ujian yang ayie tanda.. jom tengok gelagat diorang

Atas dari kiri: Mohd Nashriq, Nur Ainin Khairin, Nur Afiqah, Nur Aisyah, Kamil
Bawah dari kiri: Humaira, Ainaa Najwa



Ayie doakan anda semua terus berjaya walau apapon bidang yang anda ceburi.. amin..

 Ayie sayang anda ♥♥♥ Part 1, Part 2

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Mayat warga asing ditemui dengan kesan tikaman <b>di Mambau</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2012 01:21 AM PST

About The Author

Bermula edisi pertama pada 1957, akhbar ini dijual pada harga 15 sen. Hanya lapan kakitangan bertugas ketika itu sebelum pelantikan pengarang pertama, Abdul Samad Ismail pada 1958. Kini Berita Harian adalah akhbar utama di Malaysia.

Mayat warga asing ditemui dengan kesan tikaman <b>di Mambau</b>

Posted: 02 Mar 2012 01:21 AM PST

[unable to retrieve full-text content]SEREMBAN: Mayat seorang lelaki warga asing ditemui dengan kesan tikaman di Taman Angsamas, Mambau dekat sini, hari ini.

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Sekitar Rapat Rakyat Bersama DSAI <b>di Seremban</b> - PARTI <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2012 09:24 PM PDT

Lokasi: PASTI Al-Wildan, Taman Desarhu, Sikamat, Seremban (DUN Sikamat)
Gambar sumbangan: Yusairi Yus (jurugambar Suara Keadilan)



05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Mrs Fiza: Cuti-cuti | Isnin kami <b>di Port Dickson</b>

Posted: 07 Jun 2012 08:54 PM PDT

Isnin hingga rabu yang lepas amik cuti siap² ingat nak balik lah kampung..Tapi memandangkan keadaan badan asyik mengah bila duduk dalam kete terus cancel balik kampung..takkan asyik nak benti sepanjang jumpa R&R..takpelah kita balik lepas deliver nanti lah..kalo berdiri berjalan larat pulak..tapi bila masuk dalam kete dan duduk je terus mengah tercungap²..tak dapat mak nak gambarkan..huhuhu

Cuti dah amik, kebetulan dah memang cikgu naman pon cuti sekolah kan, terus plan ke Port Dickson lepak sana..tu pon tercungap² sepanjang perjalanan..sob..sob.. seb baik PD tu dekat ja..boleh jugak kenalkan darwisy dengan laut..hahaha layan jelah gambar di hari isnin..guna henpon sajok.

like momma like son! hehehe.. posing sambil tunggu papa beli air..

ada ke orang komen darwisy nampak macam Angelina Jolie sebab pakai spek macam ni.. hahaha.. ni boboi tau..buka gegel..

sudah sampai Pantai Teluk Kemang..Jalan² cari 'float' dulu untuk darwisy.. kang nak mandi dalam pool hotel..

sekejapan saja disini.. panas terik lip lap lip lap anak mami...

darwisy takut dengan kuda..hahaha..tapi sempat lagi peace tu..

Lepas tu terus check in Cozzi Hotel yang berdekatan dengan Pantai..senang sikit nak ke pantai kan..lepak dalam bilik tido kejap petang sikit baru turun..

Pantai Teluk Kemang ni tak sesuai je buat mandi..tak bersihhhhh pulak tu sampah merata²..ewww

Tapi kalo nak naik Banana Boat macam kat belakang tu kenalah ke sini kan..Kalo kat Pantai Tanjung Biru nan ado..

peace yaww! masa ni belum fobia lagi..tu sebab semua peace aje..hehehe

Lepas lepak kejap kat pantai terus balik hotel dan biarkan darwisy mandi dalam pool..mula² seronok..lepas tu fobiaaaaa..Kisah fobia di pool nanti bersambung ye...hahaha

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Wilayah <b>Linggi</b> Bergajah Tunggal: Kolokium Za&#39;ba 2012

Posted: 07 Jun 2012 10:11 AM PDT

Baru-baru ini, pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah telah menganjurkan satu kolokium mengenai Za'ba di Auditorium JKKNNS. Kolokium ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar dan pembentangan kertas kerja oleh Prof Kol. Dato' Dr. Kamarudin Kachar, Prof Emeritus Dato' Dr. Asmah Omar dan Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP.
Saya begitu bersemangat untuk mendengar kertas-kertas kerja yang dibentangkan oleh tokoh-tokoh yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing. Namun, apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Hanya pembentangan Prof Emeritus Dato' Dr. Asmah Omar dan Dr. Awang Sariyan menepati tajuk yang disampaikan. Manakala pembentangan Prof. Kol Dr. Kamarudin Kachar lebih menceritakan mengenai dirinya. Bukan mengenai Za'ba. Kedatangan tetamu terutamanya para pelajar intitut pengajian tinggi untuk mendengar mengenai Za'ba. Bukan mengenai pembentang. Perkataan yang digunakan juga agak kasar. Tidak menggambarkan personaliti sebagai seorang penerima Anugerah Tokoh Budaya Negeri Sembilan. 
Perkara yang sama juga berlaku ketika beliau diminta untk menggulung keseluruhan pembentangan kertas kerja. Ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang ingin beliau sampaikan. Adakah dengan hanya ingin menubuhkan UPSI Kampus Pendeta Za'ba atau Akademik Za'ba mampu melahirkan 1 juta Za'ba. Za'ba lahir dengan ilmu. Za'ba lahir dengan kasih sayang. Za'ba lahir dengan budi bahasa. Za'ba lahir dengan kegigihan. Za'ba lahir dengan keinginan sendiri untuk berjaya. Bukan dengan kata-kata yang kesat. Bukan dengan cakap besar. Bukan dengan cerita mengenai rumah tangga.
Sekiranya sebarang akademik atau pusat pengajian yang berkaitan dengan Za'ba, harus dibina di Linggi. Bukan di Rembau atau Kuala Pilah. Dahulu Linggi adalah pusat ilmu di Negeri Sembilan sebelum Linggi diketepikan. Bijak pandai Negeri Sembilan kebanyakannya bermula di Linggi. Ramai orang-orang Linggi yang berjaya dan menempa nama di dalam bidang masing-masing seperti Tan Sri Lokman Yusof, Tan Sri Dr. Mohamad Said, Tuan Haji Mohd Said Al-Linggi, Syeikh Ahmad bin Mohd Said dan ramai lagi. Semuanya bermula daripada Dato' Awaluddin (guru agama Penghulu Rembau), Juragan Abdul Rahman (peniaga yang berjaya sehingga ke Riau, Pontianak, Sumatera, Singapura dan Melaka), Dato' Muda Mohd Kattas (pemimpin dan peniaga yang kaya di mana kekayaannya melebihi daripada milik Penghulu Luak dan juga Yamtuan Seri Menanti dan amat ditakuti oleh Belanda dan Inggeris). Legasi ini diteruskan oleh Dato' Muda Mohd Salleh dan Dato' Muda Mohd Peral dan anak cucunya sehingga sekarang.
Apa jua keadaan, masyarakat Linggi harus bersatu agar usaha untuk menaikkan nama Linggi berjaya demi mengembalikan kegemilangan Linggi di dalam bidang ilmu.
Rakaman audio pembentangan Prof. Kol. Dr. Kamarudin Kachar untuk penilaian pembaca.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Menyampaikan Ceramah Penerangan Rakyat <b>di Kuala Pilah</b>

Posted: 06 May 2012 08:59 AM PDT

0

Kuala Pilah, 6 Mei 2012 – Saari telah diundang oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Pilah untuk menyampaikan ceramah penerangan rakyat yang telah diadakan di Bilik Gerakan PKR Kuala Pilah.

Saari menyampaikan ceramah menerangkan dasar berkebajikan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang membuatkan Umno-BN tiada modal untuk menyerang dan menggunakan fitnah sebagai senjata utama mereka

Sebahagian penceramah yang menyampaikan ceramah pada malam tersebut

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


www.telokkemang.blogspot.com/: Anwar Ibrahim <b>di Lukut</b> - Ribuan <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2012 10:05 PM PDT

Khamis, 7 Jun 2012

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


LARGE CROWD WELCOMES ANWAR AT <b>BAHAU</b> & DESARU <b>...</b>

Posted: 01 Jun 2012 04:17 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS
HEBAT sekali sambutan rakyat di Bahau, Negeri Sembilan sewaktu kunjungan DS Anwar ke Taman Desa Puteri, Bahau malam tadi sempena perasmian Bilik Gerakan KEADILAN Dun Jeram Padang.  Dun Jeram Padang kini diwakili oleh Wakil Rakyat dari MIC, maka tidak hairanlah malam tadi kehadiran kaum India di luar jangkaan samasekali.
Boleh saya katakan, majoriti yang hadir malam tadi adalah dari kaum India, keduanya Melayu.  Kaum Cina juga turut hadir kerana Wakil Rakyat Bahau adalah dari DAP.  Kehadiran DS Anwar membuatkan Umno di Taman Bahau terpaksa mengadakan Tahlil dan jamuan pada malam tadi.  Mungkin juga seperti kata seorang rakan saya Umno Taman Bahau malam tadi mengadakan `Talkin' untuk Umno.
DS Anwar mula berucap lebih kurang jam 09.00 malam dan berhenti sejam kemudiannya kerana beliau akan ke program ceramah di Sikamat, Seremban pula.  Meskipun publisiti kunjungan DS Anwar ke Taman Desa Puteri ini agak kurang, namun kehadiran yang dianggarkan tidak kurang dari dua ribu orang sudah cukup untuk membuktikan Dun Jeram Padang bakal menjadi milik PR.
Rata-rata yang hadir ternyata berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh Ketua Umum KEADILAN itu.  Isu-isu yang disentuh di antaranya adalah isu PTPTPN, isu fitnah ke atas beliau dan pimpinan PR, isu rasuah dan berbagai lagi isu semasa.  
Saya dapat memerhatikan beberapa wajah penyokong kuat Umno kawasan tersebut turut hadir.   Saya tabik Umno kawasan tersebut kerana mengamalkan demokrasi bersih tanpa provokasi atau gangguan sepertimana di beberapa tempat lain.  
Dun Jeram Padang bakal memberikan satu lagi kerusi buat PR di dalam PRU akan datang bagi membantu PR merampas Negeri Sembilan dari tangan Umno/Bn, InsyaAllah. - wfaudzin

Ini lah sambutan yang DS Anwar terima di Desaru, Sikamat, Seremban:

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


KONTRAKTOR BINAAN <b>DI SEREMBAN</b> | Biz1M.com

Posted: 14 May 2012 03:09 PM PDT

'; function load() { geocoder = new google.maps.Geocoder(); //directionsDisplay = new google.maps.DirectionsRenderer(); var newyork = new google.maps.LatLng(40.69847032728747, -73.9514422416687); var myOptions = { zoom: 14, center: newyork, mapTypeId: google.maps.MapTypeId.ROADMAP, mapTypeControlOptions: { style: google.maps.MapTypeControlStyle.DROPDOWN_MENU } } map = new google.maps.Map(document.getElementById('map'), myOptions); //directionsDisplay.setMap(map); } function codeAddress() { geocoder.geocode( { 'address': address }, function(results, status) { if (status == google.maps.GeocoderStatus.OK) { map.setCenter(); var marker = new google.maps.Marker({ map: map, icon: redFlag, shadow: shadow, //title: title, animation: google.maps.Animation.DROP, position: results[0].geometry.location }); var infowindow = new google.maps.InfoWindow({ maxWidth: 270, content: contentString, disableAutoPan: false }); infowindow.open(map, marker); google.maps.event.addListener(marker, 'click', function() { infowindow.open(map,marker); }); } else { (function($) { $('#map').append('

Sorry, the address could not be found.

'); return false; })(jQuery); } }); } function showAddress(fromAddress, toAddress) { calcRoute(); calcRoute1(); } function calcRoute() { var start = document.getElementById("fromAdd").value; var end = document.getElementById("toAdd").value; var request = { origin: start, destination: end, travelMode: google.maps.DirectionsTravelMode.DRIVING }; directionsService.route(request, function(response, status) { if (status == google.maps.DirectionsStatus.OK) { directionsDisplay.setDirections(response); } }); } //]]>

ads