Ahad, 27 Mei 2012

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Aimi Naqiuddin: Kemalangan <b>di Seremban</b> : Azwan makin KURANG <b>...</b>

Posted: 13 May 2012 06:29 PM PDT

Kejadian berlaku berhampiran Plaza Tol Rasah, Seremban.
Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa bas yang terlibat dengan kemalangan di KM 258.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala selatan berhampiran Plaza Tol Rasah di Seremban, awal pagi semalam, dalam perjalanan pulang dari menghadiri Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Bukit Jalil. Seorang wanita maut, manakala 77 yang lain cedera dalam kemalangan yang membabitkan dua buah bas dan sebuah treler dalam kejadian kira-kira 2.58 pagi semalam.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa. Apa yang mendukacitakan Azwan Ali dengan lantang telah mempersendakan kejadian ini, malah mereka yang menjadi mangsa turut dihina!
 "Salam. Hengat 12 Mei? ACCIDENT! Apa lagik Tuhan nak bagi CASH n BONUS sehingga la MEMASING STOP aib kan Owanggggggg"
"Salam. Betul ker 7 meninggal? 77 cedera? Angka-angka penuh Simbolik bila Tuhan turun BALA? Punnnn dok Aib kan Owangggggg!"
Dimanakah terletaknya nilai kemanusiaan? Patut atau tidak bila menuduh kemalangan ini adalah kerana Allah menurunkan bala? Bagaimana perasaan ahli keluarga dan saudara terdekat mereka yang terlibat dengan kemalangan ini? Tuhan nak bagi CASH n BONUS??

"Salam Genapp seminggu kowang Pedajal MAK aku ke kancah Politik Gampang ko! #godpaycash kasik accident! Can't wait MORE BALA to come!"
"Salam. Kepada mangsa Accident ? Juzz gi amik Air Sembahyang ! Mohon petunjuk !
Bukan sahaja tidak menyampaikan takziah dan simpati, malah MANGSA KEMALANGAN disindir dan dihina!

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


think health, not drugs: SKUAD 1Malaysia <b>Jempol di</b> Pelancaran Y <b>...</b>

Posted: 25 May 2012 04:15 AM PDT

memang meriah sambutan Hari Belia Negara 2012 hari ini. 
turut menyertai acara adalah SKUAD 1Malaysia dari Jempol...












SKUAD 1Malaysia dari Jempol..!!!
memang happening you all ni
thanks semua...
nanti join lagi ye..

hidup ini terlalui indah untuk disiakan..
so, lets think health not drugs..

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Bang Mat Sabu <b>di Jelebu</b> 3 Mei 2012

Posted: 01 May 2012 07:22 AM PDT


Tarikh : 3 Mei 2012, Khamis
Tempat : Kg Jambatan Serong,Ulu Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Sebarang pertanyaan hubungi Aniff 013-3102082
Anjuran : PAS Kawasan Jelebu

Sabtu, 26 Mei 2012

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Cadangan mewujudkan PUSPAKOM <b>di Jempol</b> disokong – MB | N9 <b>...</b>

Posted: 25 May 2012 11:57 AM PDT


SEREMBAN, 25 Mei –Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan bersetuju dan menyokong  cadangan untuk membina pusat pemeriksaan kereta PUSPAKOM di Daerah Jempol oleh  Persatuan Saudagar Kereta & Syarikat Kredit NS yang di suarakan oleh pengerusinya, En. Teh Seng Hap bagi memudahkan prosidur jual beli kereta malahan perkara ini akan menjimatkan masa, kos dan menjadi perkhidmatan lebih efisien dan proaktif.

Ianya turut memberi kemudahan kepada ahli persatuan di daerah berhampiran seperti Kuala Pilah dan Jelebu.

Di dalam ucapan beliau berkata, "surat sokongan akan dikeluarkan dari pejabat Menteri Besar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri (JPJ) secepat yang mungkin, namun terpulanglah kepada JPJ untuk menyegerakan tindakan ini. Namun begitu, cadangan dari persatuan itu sangat baik dan membantu."

"Berkaitan penjualan kereta terpakai pula, walaupun saudagar menghadapi masalah  menjual kereta terpakai yang disebabkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) membuat sekatan kredit, ianya adalah disebabkan BNM tidak mahu rakyat Malaysia berhutang." Ujar beliau lagi.

Dari sudut lain pula, orang ramai membeli kereta bukan sebagai pelaburan tetapi sebagai pengangkutan harian yang menghubungkan satu tempat ke tempat yang lain.

Oleh itu, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan penyelesaian yang baik terhadap perniagaan automobil ini agar saudagar kereta mendapat manfaat dari perniagaan di jalankan.

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, memenuhi undangan Majlis Makan Malam Ulangtahun ke-30 Persatuan Saudagar Kereta dan Syarikat Kredit NS di City Kingdom, Taman AST, Seremban.

Beliau turut memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada persatuan bagi tujuan membeli alat siaraya dan perabot.

Turut hadir, Dato' Tony Khor, Presiden FMCCAM.

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Ceramah Motivasi Keibubapaan <b>di</b> SK <b>Kuala Klawang</b>

Posted: 24 May 2012 01:03 AM PDT



23 Mei 2012, Jelebu : Satu program Ceramah Motivasi Keibubapaan telah berlangsung bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang (SKKK) di sini. Program ini berlangsung mulai jam 2.00 petang hingga ke jam 5.00 petang. Program ini diadakan khusus buat para pelajar dan ibu bapa pelajar yang berada di dalam tahun 5 dan 6.
Program dimulakan dengan bacaan doa sebelum disambung dengan ucapan alu-aluan oleh Pn. Esah bt Hj Kassim, Guru Besar SKKK. Beliau menyampaikan latarbelakang pencapaian sekolah serta perkembangan semasa para pelajar di SKKK untuk makluman serta perhatian ibubapa yang hadir.
Majlis kemudiannya memberi laluan kepada Pn Rosminah, Naib Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SKKK untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Ceramah Motivasi Keibubapaan yang telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang.
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.
Disediakan oleh : EDITOR

Jumaat, 25 Mei 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


Yong Tau Fu R&R Seremban

Posted: 25 May 2012 07:39 PM PDT



Gerai Yong Tau Fu R&R Seremban disinggahi semalam. Kebetulan lalu R& R Seremban setelah menjemput anak dari Asrama di Juasseh. Dah lama dah mengidam nak pekena Yong Tau Fu ni, namun tak berkesempatan. Baru semalam sempat merasai Yong Tau Fu ni. Keadaan pelanggan pun tak berapa ramai, jadi mudah untuk membuat pesanan.


Aku membuat Pesanan Yong Tau Fu basah di Gerai Ommi Kalsom Binti Haji Hassan (Ada dua kategori iaitu nak basah atau kering). Kalau basah bermakna Kuah Sup Yong Tau Fu disertakan sekali. Kalau yang kering tak pasti pulak. Mungkin Kosong tanpa kuah,disertakan secara berasingan kuah Yong Tau Fu kut. 


Ok secara keseluruhan boleh tahan. Sup agak tawar bagi citarasa aku yang memang seorang yang "pemasin". Kuah pekat Yong Tau Fu pulak memang sedap. Mungkin lain kali akan dipesan Yong Yau Fu kering pulak. Tak dapat nak bagi rating pasal semalam keadaan diri agak tak sihat. Namun Menu ni harus dicuba sekira singgah di R&R Seremban.

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


PKG <b>KUALA KLAWANG</b>: PROGRAM KHIDMAT BANTU ICT <b>DI</b> SMR <b>...</b>

Posted: 15 May 2012 07:45 PM PDT

Tarikh : 2 Mei 2012
Masa : 08.00 pagi - 05.00 petang
Tempat : SMR Agama Kuala Klawang
Peserta :
1. En Rosle bin Yahaya - PTP 1 PKG Kuala Klawang
2. Pn Sri Rahayu Haryani bt Abd Ghafar - JTK PKG Kuala Klawang
3. En. Mohamad Faizal bn Mohamed Zabidi - JTK SMV Kuala Klawang
4. En. Yusop bin Ahmad - JTK SK Undang Jelebu
5. En. Mohd Syukri bin Anua - JTK SK Kuala Klawang
6. En. Afindi bin Nasir - JTK SK Datuk Undang Abdullah
7. Pn Sri Sabariah bt Samsi - JTK SMR Agama Kuala Klawang

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Mayat dengan kesan tikaman ditemui <b>di Rembau</b> | :: cina islam <b>...</b>

Posted: 15 May 2012 09:41 PM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

REMBAU - Mayat seorang lelaki dengan kesan tikaman ditemui di tepi jalan utama Linggi-Lubuk Cina dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom berkata mayat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada kira-kira pukul 6 petang sebelum menghubungi pihak polis.

"Mangsa dipercayai berbangsa Melayu, berumur sekitar 40-an dan setakat ini identitinya belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Mangsa yang tidak berbaju dan hanya memakai kain ditemui terlentang berlumuran darah.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan rakan atau anggota keluarga diminta tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- Bernama

Sinar Harian


05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN: Bang Mat Sabu <b>di Jelebu</b> <b>...</b>

Posted: 01 May 2012 07:17 AM PDT


CERAMAH UMUM
Tarikh : 3 Mei 2012, Khamis
Tempat : Kg Jambatan Serong,Ulu Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Sebarang pertanyaan hubungi Aniff 013-3102082
Anjuran : PAS Kawasan Jelebu

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


Anwar Ibrahim: Ceramah Khas Pendedahan <b>Di Lukut</b>

Posted: 22 Mar 2012 08:57 PM PDT

_____________________________________________________

Artikel Anda Di BlogList Malaysia


Anda punya komen, artikel atau apa saja tentang situasi politik semasa? Hantarkan kepada kami. Kami akan paparkan untuk tatapan semua. Emailkan ke jeebond@gmail.com

_____________________________________________________

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Menyampaikan Ceramah Penerangan Rakyat <b>di Kuala Pilah</b>

Posted: 06 May 2012 08:59 AM PDT

0

Kuala Pilah, 6 Mei 2012 – Saari telah diundang oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Pilah untuk menyampaikan ceramah penerangan rakyat yang telah diadakan di Bilik Gerakan PKR Kuala Pilah.

Saari menyampaikan ceramah menerangkan dasar berkebajikan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang membuatkan Umno-BN tiada modal untuk menyerang dan menggunakan fitnah sebagai senjata utama mereka

Sebahagian penceramah yang menyampaikan ceramah pada malam tersebut

Khamis, 24 Mei 2012

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


GAMBAR KERETA FERRARI TERBAKAR <b>DI MANTIN</b>, NEGERI <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2012 04:47 AM PDT

Mariott Putrajaya 10th Anniversary Photo Scavenger Hunt Contest! Klik HERE!

Perghh…..apa la perasaan tuan empunya Ferrari nie yea. Sebak, hiba, sayu, patah hati? Kalau hondacup cabuk sendiri terbakar pun dah nak nangis nie kan pula kereta yang bernilai jutaan ringgit. Begini lah nasib sebuah kereta Ferrari terbakar dalam satu kejadian di KM28.2 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin dekat Seremban, petang tadi.

Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.

Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.

Apa yang abgteror leh nasihatkan agar tuan kereta banyak-banyak bersabar yea. Kalau kebakaran berpunca dari kesilapan elektronik comfirm dapat claim balik sebijik Ferrari tu.

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
GAMBAR KERETA FERRARI TERBAKAR DI MANTIN, NEGERI SEMBILAN, 10.0 out of 10 based on 1 rating

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Ceramah Motivasi Keibubapaan <b>di</b> SK <b>Kuala Klawang</b>

Posted: 24 May 2012 01:03 AM PDT



23 Mei 2012, Jelebu : Satu program Ceramah Motivasi Keibubapaan telah berlangsung bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang (SKKK) di sini. Program ini berlangsung mulai jam 2.00 petang hingga ke jam 5.00 petang. Program ini diadakan khusus buat para pelajar dan ibu bapa pelajar yang berada di dalam tahun 5 dan 6.
Program dimulakan dengan bacaan doa sebelum disambung dengan ucapan alu-aluan oleh Pn. Esah bt Hj Kassim, Guru Besar SKKK. Beliau menyampaikan latarbelakang pencapaian sekolah serta perkembangan semasa para pelajar di SKKK untuk makluman serta perhatian ibubapa yang hadir.
Majlis kemudiannya memberi laluan kepada Pn Rosminah, Naib Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SKKK untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Ceramah Motivasi Keibubapaan yang telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang.
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.
Disediakan oleh : EDITOR

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Pendedahan Bersih 3.0 <b>di Rembau</b> 5 Mei 2012 - Anak Muda <b>...</b>

Posted: 29 Apr 2012 07:09 AM PDT


CERAMAH UMUM
Tarikh : 5 Mei 2012, Sabtu
Tempat : Pusat Komuniti DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau (depan Majlis Daerah Rembau)
~ Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK Pusat
~ Ustaz Nor Azman Mohamad, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
~ Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan
~ Mohd Hakki, Ketua Pemuda PAS Rembau
~ Nazri Esa, Timbalan Pengarah Unit Amal N.Sembilan
~ Sahrizal Masrudin, Aktivis Jalanan
~ Abdul Syukur, EXCO Pemuda DUN Chembong
Anjuran : Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Sembilan

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Dari Jari-Jari Halusku ....: Becuti <b>di</b> Desa Balqis, Kuala <b>Linggi</b>

Posted: 24 May 2012 02:09 AM PDT

Hai .. Hai .. hai .. I have a lot of Drafted Entry on queue. Banyak sangat sampai tak tau nak keluarkan yang mana satu. Tetapii .. memandangkan Cuti sekolah bakal bermula minggu depan, kita bagi laluan kepada Entry Cuti-Cuti Malaysia dulu.

Kalau mahu ke Melaka dan sedang mencari Hotel .. Chalet .. Rumah Rehat dan sebagainya .. pastu berhajat nak duduk jauh dari hiruk pikuk Kota Melaka yang sokmo traffik jem,  apa kata cuba 'idea' ni ~ Berehat, bersantai di Desa Balqis @ Kuala Linggi, Melaka. Tenang dan damai. Jauh dari hiruk pikuk kota. Tidur malam di dalam rumah tradisional yang dibuat dari kayu .. bertemankan bunyi alam yang tenang lagi mendamaikan dan bangun pagi dikejutkan oleh bunyi kokokan ayam dan menghirup udara segar tanpa pencemaran. Best. Best. Best = Best sangat-sangat.

Deretan rumah tradisional yang dibuat dari kayu.

Yang ni muat untuk satu famili ~ 8 orang
Padang rumput hijau sesuai untuk Acara santai dengan keluarga. Bayangkan kalau datang 3, 4 keluarga ramai-ramai .. ibu-ibu duduk tepi pangkin sambil minum kopi secawan .. bapak-bapak dan anak-anak berlarian bermesra-mesraan di padang .. Wahwahwah ... sah-sah la padang ini kita yang punya, kan. Bahagianyaaaa ..
Yang ni pun cantek, kannnn. Petang-petang .. malam-malam  .. jom la kita berkain batik bersila bersama sambil bergurau senda. Auwww .. bestnya.

Kita dulu duduk yang bawah. 

Dewan Makan
Swimming Pool mengadap laut. Sambil anak berenang-renang .. mak-mak boleh la mengadap laut sambil berangan dan mencari ketenangan .. pastu malam boleh ke Medan Ikan Bakar Kuala Sg. Baru .. yang hanya 5 minit dari tempat ini sahaja.
OK. Kalau ini tak cukup cantek dan menggoda .. sila ke website ini dan bersedialah untuk lebih "WoW". Jangan sampai juling mata macam ai ye.

Rabu, 23 Mei 2012

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Rumah Nabil <b>Di Mambau</b> Dipecah Masuk | MyNewsHub

Posted: 29 Feb 2012 01:10 AM PST

SEREMBAN – Kediaman pelawak terkenal  tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali  sebagai Nabil dipecah masuk sekumpulan  penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini  hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55  pagi apabila penjenayah itu memecah masuk  rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu  yang kini dihuni oleh bapa saudaranya melalui  bahagian belakang rumah itu.

Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff,  55, kejadian itu disedari sebaik sahaja dia tiba di  rumah selepas pulang menghantar anak  perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat  beli-belah berhampiran.

"Saya nampak pintu belakang rumah sudah  terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah  sebuah bilik tingkat bawah.

"Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam  rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis  semua pakaian sudah bersepah di atas lantai,"  katanya di sini hari ini.

Menurut Rahmat, setelah diperiksa, sebuah  komputer riba jenis Lenovo milik anaknya yang  berharga RM3,000 lesap.

"Ini kali pertama rumah ini dipecah masuk. Saya  kemudian membuat laporan di Balai Polis  Mambau sejurus selepas kejadian," kata Rahmat  yang menetap di rumah itu sejak dua bulan lalu.

Difahamkan, Nabil bersama ahli keluarganya kini  menetap di Kuala Lumpur dan jarang pulang ke  rumah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten  Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika  dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan  berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 457  Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Mayat warga asing ditemui dengan kesan tikaman <b>di Mambau</b>

Posted: 02 Mar 2012 01:21 AM PST

[unable to retrieve full-text content]SEREMBAN: Mayat seorang lelaki warga asing ditemui dengan kesan tikaman di Taman Angsamas, Mambau dekat sini, hari ini.

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


2 Lelaki Maut Ditembak <b>Di Seremban</b> | MyNewsHub

Posted: 11 May 2012 12:18 AM PDT

SEREMBAN – Dua lelaki maut manakala dua lagi rakan mereka cedera selepas ditembak dari jarak dekat berhampiran lampu isyarat Jalan Datuk Bandar Tunggal di sini, malam tadi.

Mereka yang maut ialah Chalidass a/l Perumalsamy, 29, dari Jalan Rasah, Seremban dan Surentharan a/l Gopal, 31, dari Pasir Panjang, Port Dickson manakala dua rakan mereka yang cedera berusia 29 dan 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata keempat-empat mereka itu ditembak ketika kenderaan pelbagai guna yang mereka naiki menghampiri lampu isyarat itu. "Dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal menghampiri kenderaan itu dan melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah kenderaan itu.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki yang mati itu baru keluar dari pusat pemulihan akhlak di Machang, Kelantan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Saiful Azli berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda yang cedera akibat tembakan bagaimanapun terus memandu kenderaan itu sehingga ke Hospital Tuanku Jaafar, di sini.

"Dua lelaki itu disahkan mati antara jam 11 dan 11.30 malam, seorang mangsa kini dirawat di unit rawatan rapi selepas menjalani pembedahan dan seorang lagi dalam keadaan stabil," katanya. Beliau berkata, polis menemui dua kelongsong peluru sembilan milimeter dan satu anak peluru di tempat itu, selain satu lagi anak peluru dalam kenderaan pelbagai guna berkenaan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban melalui talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Malam Derita Bangsa 13 Apr 2012 <b>di Jempol</b> - PAKATAN RAKYAT <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2012 11:23 PM PDT


MALAM DERITA BANGSA

Tarikh : 13 April 2012 , Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : No 388, Felda Raja Alias 4, Bandar Baru Jempol, N.Sembilan

Bersama :

Dinsman – Pyan Habib – Amni Jagat – Alternative Band Club (ABC)

Semua dijemput hadir

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Homemade sweet treats....: Hantaran utk majlis <b>di Rembau</b>

Posted: 26 Mar 2012 03:38 AM PDT




Pink and gold, odd combination but very sweet. Thank you Izs.

ads