Ahad, 27 Mei 2012

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Aimi Naqiuddin: Kemalangan <b>di Seremban</b> : Azwan makin KURANG <b>...</b>

Posted: 13 May 2012 06:29 PM PDT

Kejadian berlaku berhampiran Plaza Tol Rasah, Seremban.
Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa bas yang terlibat dengan kemalangan di KM 258.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala selatan berhampiran Plaza Tol Rasah di Seremban, awal pagi semalam, dalam perjalanan pulang dari menghadiri Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Bukit Jalil. Seorang wanita maut, manakala 77 yang lain cedera dalam kemalangan yang membabitkan dua buah bas dan sebuah treler dalam kejadian kira-kira 2.58 pagi semalam.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa. Apa yang mendukacitakan Azwan Ali dengan lantang telah mempersendakan kejadian ini, malah mereka yang menjadi mangsa turut dihina!
 "Salam. Hengat 12 Mei? ACCIDENT! Apa lagik Tuhan nak bagi CASH n BONUS sehingga la MEMASING STOP aib kan Owanggggggg"
"Salam. Betul ker 7 meninggal? 77 cedera? Angka-angka penuh Simbolik bila Tuhan turun BALA? Punnnn dok Aib kan Owangggggg!"
Dimanakah terletaknya nilai kemanusiaan? Patut atau tidak bila menuduh kemalangan ini adalah kerana Allah menurunkan bala? Bagaimana perasaan ahli keluarga dan saudara terdekat mereka yang terlibat dengan kemalangan ini? Tuhan nak bagi CASH n BONUS??

"Salam Genapp seminggu kowang Pedajal MAK aku ke kancah Politik Gampang ko! #godpaycash kasik accident! Can't wait MORE BALA to come!"
"Salam. Kepada mangsa Accident ? Juzz gi amik Air Sembahyang ! Mohon petunjuk !
Bukan sahaja tidak menyampaikan takziah dan simpati, malah MANGSA KEMALANGAN disindir dan dihina!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads