Sabtu, 4 Jun 2011

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


BESI WAJA: Menghadiri Bengkel Pembelajaran Alquran Braille <b>Di Paroi</b>

Posted: 01 Jun 2011 08:16 AM PDT

Pagi tadi, saya telah menghadiri satu bengkel yang dinamakan sebagai Bengkel Amalan Pembalajaran Alquran Braille. Bengkel berkenaan telah berlangsung di Pusat Dakwah Islamiyah di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Penganjur utama bengkel berkenaan ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Antara tujuan utama bengkel berkenaan ialah untuk mengenengahkan Alquran Braille dalam khalayak masyarakat umum khususnya di Negeri Sembilan. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan sebagai asas kepada kelas pembelajaran Alquran Braille yang telah dirancang untuk diadakan dalam masa yang terhampir. Bengkel ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengalaman individu tertentu dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Alquran Braille selama ini.

Antara peserta bengkel ini ialah kakitangan Pusat Dakwah Islamiyah Paroi sendiri serta kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Selain itu, beberapa orang ahli PERTIS Negeri Sembilan turut hadir dalam bengkel berkenaan.

Bengkel ini akan berjalan selama dua hari, iaitu hari ini (Rabu) dan juga esok)Khamis). Beberapa orang telah dan akan berkongsi pengetahuan, kemahiran serta pengalaman masing-masing mengikut topik yang telah diberi. Saya sendiri telah diamanahkan selaku pembentang kertas kerja yang pertama untuk hari ini.

Topik yang telah diberikan kepada saya untuk dikongsikan dengan para peserta lain ialah "Alquran Braille Cetakan Malaysia: Satu Pengenalan". Dalam membicarakan tajuk ini, saya telah cuba berkongsi mengenai sejarah Alquran Braille khususnya di Malaysia. Saya juga turut berkongsi mengenai sejarah ringkas penyalinan dan penerbitan Alquran Braille dari sejak ianya bermula sehinggalah kepada yang terkini.

Selain saya, antara pembentang lain termasuklah daripada Darul Quran Kuala Kubu Baru, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta pasukan penyelidik daripada UTM Skudai yang akan membuat pembentangan pada petang esok. Selain itu, Ustaz Fauzi daripada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma, Pulau Pinang, turut akan berkongsi mengenai software Iqra' untuk kegunaan mereka yang cacat penglihatan yang telah beliau bangunkan.

Bagi saya, bengkel seumpama ini amat bermanfaat. Ia telah dapat mengenengahkan kepentingan dan kegunaan Alquran Braille khasnya kepada mereka yang cacat penglihatan. Selain itu, menerusi bengkel ini juga, ia dapat membetulkan persepsi sebahagian masyarakat kita yang mengatakan Braille hanya untuk mereka yang cacat penglihatan semata-mata. Sebenarnya Braille adalah untuk mereka yang meminati dan mencintainya. Guru-guru saya pada masa lalu sebahagian besarnya adalah merupakan mereka yang berpenglihatan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Norakyairee Mohd Raus daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah bekerja keras untuk menjayakan bengkel kali ini. Katanya, bengkel kali ini merupakan siri 1. Siri-siri yang berikutnya akan menyusul pada masa yang akan datang.

Oleh kerana ada beberapa urusan lain lagi yang perlu saya uruskan, maka selepas makan tengah hari saya sekeluarga terpaksa meninggalkan Pusat Dakwah Islamiyah Paroi dan kembali semula ke Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Premis Makanan Kotor <b>Di Port Dickson</b> Diarah Tutup | MyNewsHub (BM)

Posted: 31 May 2011 09:50 PM PDT

SEREMBAN – Sebanyak 11 premis makanan di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan negeri kerana didapati tahap kebersihan yang rendah.

Pengarah jabatan itu, Datuk Dr Zailan Adnan berkata premis terbabit diarah tutup sementara selama 14 hari dan pemiliknya dikehendaki meningkatkan kebersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Sebab utama penutupan premis makanan ini berikutan tahap kebersihan dan sanitasi makanan yang rendah, pengendali makanan yang tidak mendapatkan suntikan pencegahan penyakit taun serta pengedali tidak memakai apron dan penutup kepala.

"Selain itu, didapati juga peralatan dan perkakas yang tidak bersih dan rosak, tiada kemudahan tempat mencuci pinggan mangkuk disediakan dan perkakas lain, keadaan fizikal bangunan seperti lantai, dinding dan siling yang tidak memuaskan atau kotor, pembuangan sampah yang tidak teratur serta lain-lain masalah yang berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan makanan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Katanya operasi bersih bersepadu yang dijalankan Khamis lepas, juga memberi penekanan dan pendidikan terhadap pemakaian apron, tudung atau topi dan pembuangan sampah yang teratur.

Pemeriksaan premis makanan akan diteruskan supaya tahap kebersihan berada pada paras penilaian 65 peratus ke atas, katanya. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Mohd Sabu Timbalan Presiden PAS <b>di Rembau</b> 18 Jun 2011

Posted: 06 Apr 2011 12:00 AM PDT


Timbalan Presiden PAS yang baru , Tuan Haji Mohammad Sabu dijadualkan berceramah di Kg Astana Raja, Rembau pada hari Sabtu 18 Jun 2011 bersama Chegubard, Ketua Cabang PKR Rembau dan YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani, ADUN sulong PAS di Negeri Sembilan yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
Perkembangan terkini progam Abang Mat di Rembau akan dikemaskini di blog PAS Kawasan Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Laman Rasmi: FELDA <b>SERTING</b>, N. SEMBILAN PULA DIGEMPUR, WARGA FELDA <b>...</b>

Posted: 31 May 2011 08:41 PM PDT

Malam tadi (31 Mei 11) bertempat di Felda Serting Hilir, Jempol, N. Sembilan satu program ceramah telah diadakan oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dari Negeri Sembilan dan Pahang.


Ceramah tersebut lebih khusus kepada sesi penerangan berkaitan saman peneroka terhadap Felda serta berbagai isu berkaitan permasalahan felda dan penerangan Buku Jingga. Kehadiran rata-rata dari warga felda setempat lebih kurang 200 orang memenuhi ruang halaman rumah seorang penduduk felda yang dijadikan tempat ceramah. Walaupun program ini tidak dihebahkan melalui poster, tetapi golongan sasaran yang hadir amat memuaskan hati pihak penganjur.

Penceramah terdiri dari Pengerusi PKR N. Sembilan YB Datuk Kamarul Bahrain, Pengerusi PKR Pahang Dato' Fauzi Abd Rahman, Pimpinan PAS dan PKR Jempul dan Ketua Biro Felda dan Masyarakat Orang Asal PKR Pusat Tuan Hj Hj Suhiaimi Said. Ketua AMK N. Sembilan Sdr Nazri Yunus dan pimpinan AMK tempatan juga turut hadir. Turut memberi ucapan adalah seorang Peguam yang mengendalikan beberapa kes berkaitan saman Peneroka terhadap Felda.


Ketua PKR Cabang Jempol, YDP PAS Jempol dan Peguam mewakili Felda

Berbagai isu disentuh di dalam isu felda, Peguam yang mewikili peneroka di dalam kes saman terhadap felda menerangkan secara terperinci berkaitan hak dan perlindungan kepada peneroka di sisi undang-undang (GSA). Pendedahan juga dibuat oleh YDP PAS Jempol tentang bagaimana felda kini kehabisan wang sehingga terpaksa meminjam wang dari KWSP sebanyak RM 6 Bilion. Beliau telah menunjukkan satu salinan Minit Mesyuarat yang membuktikan dakwaannya itu.

Tuan Hj Suhaimi Said - Ketua Biro Felda dan Masyarakat Orang Asal PKR Pusat
Isu felda terus menjadi hangat apabila Tuan Hj Suhaimi Said mengambil giliran berucap. Beliau lebih lanjut menerangkan darihal undang-undang (GSA) yang kebanyakan tidak difahami oleh para peneroka sehinggakan mereka takut untuk mempertahankan hak mereka sendiri. Beliau mendedahkan bagaimana seseorang peneroka mengalami kerugian sehingga mencapai RM 200 ribu seorang akibat penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh felda terhadap mereka. Tuan Hj Suhaimi menerangkan tentang Buku Jingga yang mana para peneroka dijanjikan tentang penghapusan Felda Plantation seterusnya akan menjadi hak milik warisan Peneroka, pengurusan felda peringkat bawahan, bekas-bekas anggota keselamatan dan mereka yang layak memohon.

Pengerusi PKR Negeri, YB Datuk Kamarul Bahrain memberi keyakinan bahawa nasib warga felda dan jenerasi mereka akan terbela sekiranya Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Peneroka mesti berani berubah demi masa depan jenerasi mereka. Beberapa kes yang dimenangi oleh peneroka di dalam saman terhadap felda menunjukkan golongan peneroka berada di pihak yang benar, justeru itu tidak menghairankan terdapat ugutan dari pihak pengurusan felda untuk menakut-nakutkan mereka.


Majlis di akhiri dengan ceramah yang disampaikan oleh Pengerusi PKR N. Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman. Beliau banyak menyentuh isu di luar topik felda yang tidak kurang pentingnya sebagai maklumat kepada warga felda yang hadir. Di selang-selikan dengan ucapan berjenaka yang menggamatkan suasana, Dato' Fauzi menyentuh serba sedikit tentang isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang semakin ditakuti oleh Umno/Bn. Beliau sebagai bekas pimpinan Umno yang pernah berada di beberapa Kementerian di bawah Kerajaan Bn, memberi beberapa sebab mengapa Umno begitu takut dengan Ketua Umum PKR itu.


Umno kini hilang punca, parti sekular tersebut yang mulanya ingin mengadakan kerjasama dengan PAS tetapi setelah PAS menolaknya dengan tegas, kini mula merengek merayu agar DAP menyertai Bn pula. Setelah mereka melabel PAS dengan berbagai tohmahan termasuk parti ajaran sesat, melabel DAP sebagai pelampau kaum Cina dan komunis, kini Umno ingin menyantuni kedua-dua parti di dalam Pakatan Rakyat tersebut. Ini membuktikan Umno kini tiada lagi teman dan berseorangan untuk berdepan dengan hukuman dari rakyat di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Kesimpulannya, program malam tadi amat berjaya kerana dapat mengumpulkan penduduk setempat di dalam satu jumlah yang besar. Bukan mudah untuk mengumpulkan warga felda seramai itu kerana mereka sering ditekan diugut agar tidak mendekati sebarang program dari Pembangkang.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


AgroTEK <b>Lukut</b> Permai: Tanah Lot Rumah disamping Mendapat Hasil <b>...</b>

Posted: 31 May 2011 11:32 AM PDT

Info & Peluang Jana Pendapatan Bersama

LUKUT PERMAI

Assalamualaikum!

Tuan-tuan dan puan-puan adalah dipelawa untuk membeli satu hartanah seluas 3,500 hingga 5,400 kaki persegi yang terletak di Lukut, Kota Tinggi. Jarak hartanah tersebut ke bandar Kota Tinggi lebih kurang 10 km sahaja bersamaan 10 minit perjalanan. Hartanah ini milik bebas selama-lamanya. Hartanah ini dijamin bebas daripada banjir. Suasana kejiranan yang mendamaikan mata memandang dan berpotensi.

Hartanah tersebut hanya terhad kepada 40 lot. Peserta hanya perlu membayar antara RM15,000 hingga RM22,000 per lot mengikut saiz yang diperuntukan dan tidak termasuk yuran guaman dan kos-kos lain. BAYARAN ANSURAN disediakan.

Lot-lot tersebut akan diukur dan ditandakan sempadan mengikut keluasan yang telah ditetapkan. Ukuran tersebut akan dibuat mengikut 'standard' yang diluluskan oleh pihak berkuasa. Permohonan rasmi akan dibuat setelah urusan pembayaran kesemua lot diselesaikan oleh pembeli. Penentuan lot-lot adalah mengikut siapa yang mendaftar dan membuat pembayaran awal.

Pihak kami akan melantik sebuah syarikat yang akan berfungsi sebagai pengendali projek TANAMAN GAHARU dan PEMBINAAN RUMAH BURUNG WALIT dilokasi berkenaan. Peserta hendaklah bersetuju dengan pakej yang ditawarkan iaitu tanah lot gaharu dan rumah burung walit. Sebagai menghargai pembelian lot-lot berkenaan, Syarikat bermurah hati menguruskan projek-projek berkenaan tanpa sebarang kos daripada peserta dari awal hingga projek mendapat pulangan menguntungkan. Syarikat akan membahagikan hasil keuntungan antara pemilik-pemilik lot dan syarikat dengan nisbah keuntungan70% pemilik tanah dan 30% syarikat. Kadar perkongsian ini diketahui amat efisyen dikalangan syarikat-syarikat lain yang menawarkan pakej yang hampir sama.

Marilah sama-sama kita merebut peluang keemasan ini dengan mendaftar awal hanya dengan RM 2,000 sahaja. InsyaAllah projek ini akan berjaya dan membuahkan hasil seperti yang diharapkan dan selebihnya kita serahkan kepada Allah swt.

MAKLUMAT RINGKAS TANAH LOT

  1. Harga setiap 1 lot yang dijual adalah serendah RM15,000 dan ke atas
  2. Keluasan setiap lot ialah 3,500 kps dan keatas
  3. Hakmilik tanah kekal selama-lamanya.
  4. Jumlah lot yang ditawarkan adalah sebanyak 40 lot.
  5. Pembeli memiliki lot tanah, projek gaharu dan rumah burung walit secara bersama.
  6. Setelah tanaman gaharu berhasil peserta berpotensi berpendapatan antara RM 70,000 hingga  RM 150,000.
  7. Setelah rumah burung berhasil setiap peserta berpotensi berpendapatan antara RM250 hingga RM500 sebulan.
  8. Satu pakej keuntungan yang belum pernah ditawarkan oleh mana-mana syarikat.
  9. Pakej ini dikhaskan untuk masyarakat melayu sahaja dan beragama Islam.
  10. Penduduk tetap dan beragama Islam dipertimbangkan.

Harga Untuk Keluasan 3580 kps (18 lot) - RM 15,000

Harga Untuk Keluasan 3950 kps (18 lot) - RM 16,000

Harga Untuk Keluasan 4600 kps (1 lot) - RM 18,500

Harga Untuk Keluasan 5000 kps (1 lot) - RM 19,500 

Harga Untuk Keluasan 5200 kps (1 lot) - RM 21,000

Harga Untuk Keluasan 5400 kps (1 lot) - RM 22,000

Syarat Tempahan Lot :

  1. RM 2,000 tempahan lot.
  2. RM 5,000 hendaklah dijelaskan dalam masa sebulan dari tempahan dilakukan.
  3. Bakinya boleh dibayar secara ansuran selama 24 bulan.
          ** Tiada riba.

Sebarang pertanyaan sila hubungi

AGROTEK LUKUT PERMAI

1007, Jalan Anggerik 6/4, Taman Anggerik, 81440 Bandar Tenggara, Johor

Firdaus 0137002652,  Muhammad 0137163186

WEBSITE : www.lukutpermai.blogspot.com

EMAIL : ittu87@yahoo.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Mengombak Kemenangan <b>Di Kuala Pilah</b> - PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI <b>...</b>

Posted: 08 May 2011 11:37 PM PDT





8 Mei 2011, Ahad-Kg Pilah Tengah, Senaling: Lebih lima ribu orang telah hadir ke Ceramah Umum 'Mengombak Kemenangan Kuala Pilah' malam tadi. Ceramah yang julung kali diadakan dengan kehadiran bermakna Dato' Seri Anwar Ibrahim telah membangkitkan semangat ribuan yang hadir setelah menanti hampir sekian lama selepas PRU2008 lalu.

Kehadiran yang ramai dan luar jangkaan tersebut umpama membayangkan laluan kemenangan buat PR di Kuala Pilah. Walaupun pihak polis mengadakan sekatan jalan di laluan masuk selepas Pekan Senaling dan Seri Menanti, itu tidak menghalang kehadiran orang ramai membanjiri tapak ceramah.

Tapak ceramah yang terletak kira-kira 3 kilometer ke dalam dari Jalan Kuala Pilah-Tampin di Kg Pilah Tengah kelihatan meriah dengan deretan khemah-khemah peniaga memenuhi ruang tepi Jalan Senaling-Seri Menanti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jumaat, 3 Jun 2011

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


pen buruk online ™: Kemalangan ngeri melibatkan 10 buah kenderaan <b>...</b>

Posted: 10 May 2011 06:21 PM PDT

Kemalangan kira-kira jam 11.20 pagi itu berpunca daripada sebuah lori membawa muatan kayu getah terbabas ketika menuruni bukit, dipercayai kerana brek gagal berfungsi.

Akibatnya, lori berkenaan merempuh sembilan kenderaan lain membabitkan dua lori, tiga kereta, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan tiga motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Mereka yang meninggal dunia adalah seorang penuntut Kolej Komuniti Jempol, Muhammad Izwan Noorazman, 20, yang terperosok di bawah lori berkenaan,

Dua lagi yang meninggal dunia adalah pemandu lori, Abd Halim Omar, 33, serta kelindannya, Nordin Amat, 45, yang tersepit di bahagian tempat duduk depan lori terbabit.

Sepasukan anggota bomba tiba dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau serta berusaha mengeluarkan mangsa tersepit.

Beberapa pengguna kenderaan di situ turut membantu anggota bomba menyelamatkan mereka yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu lori dari arah Mahsan, di sini, gagal mengawal kenderaannya ketika sampai di lampu isyarat, di landasan kereta api.

Beliau berkata, tiga penunggang motosikal dan seorang pembonceng tidak sempat mengelak menyebabkan kesemua mereka tercampak di atas jalan raya, manakala seorang penunggang terperosok di bawah lori berkenaan.

Menurutnya, kesemua yang maut mengalami cedera parah di kepala dan badan itu meninggal dunia di tempat kejadian.

"Penunggang, pembonceng motosikal yang cedera dikejarkan ke Hospital Jempol. Sementara, beberapa pemandu kereta hanya cedera ringan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


chenta nadhiya&#39;s hafiez: first day <b>di</b> SMK <b>MAMBAU</b> N9

Posted: 09 May 2011 08:56 AM PDT

salam semua.. malam ni aku nak cite pasal pengalaman yang inchik apis cite dekat aku pasal

first time dia practikal tadi.... dari malam tadi asyik nebesss jek buah hati aku ni

tapi tadi katanya semuanya dalam keadaan yang baik2..

lagipun adeq sowang budak ex form 6 dengan kitaowg dlu pun ada practikal kat sana

misss hawani syafieraaa.. ada lah gang en hapish...

hari ni lum start ngajar lagi..

masuk perhimpunan pg tadi.. haaa tau pun deme ketar sbb ramai students 

pandang deme kat depan tuh..hahahaha sabar2 control henshem k

hahahaha...cian kamuuu en hapish...

katanya besok baru dia start ngajar.. budak form 1 4 kelas 

dan budak form 2 1 class... haaa sabar jek lah erk

coz ada dalam kalangan keas2 tu adalah kelas yang tercorot

nauzubillahhh.... kuatkan semangat yer...

jangan mudah naik angin tau tau tau tau tau tau tau

sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr



so kalau nak tau pengalaman mengajar die, besok plak aku post k...

cuma malam ni nak bercerita tentang baju n tai y en hapish pakai di atas....

ok lah citenyer camni....

nad : jom saya belanja u beli baju nak..

apish : ala xpyhlah baju dah banyak

nad : ala nak jugak.. cpt siap dtg amik saya kat umah k... saya lapaaaaaaa

apish : laaa lapa erk.. jap erk abg siap...

setengah jam kemudian....

apish : kita nak makan kat ne...

nad : jom p makan kat sogo.. best leh tgk baju gak

apish : makan ok kalau nak beli baju xpayah k...

nad : ala nak jugak xkire..lalalaal

sesudah makan...

kitaorang lalu dekat bahagian pakaian lelaki..

pastu en hapish ternampak kemeja pierre cardin..belang2 lawa siap ada tai lagi

shuwettt sgt.. tapi dia diam jek...

nad : eh lawa lah.. ce abg try

apish : laaa nak buat pe..

nad : try jek.. adeq nak beli untuk ayah saya....

apish : ohhh...ok jap erk

nampak sesuai sgt baju tuh dengan en hapish...

harga baju tu masa tuh dalam RM199....lebih 

tapi kalau beli dua baju y kedua akan dapat pada harga RM 99...something kot

aku gtau dia.. haaa lawa dah tuh ambil lah satu k.. lagi satu untuk ayah...

pastu dia tertarik dengan tai yang dipasangkan dengan baju nih

mata dia bersinar2 mnat giler kat tai tuh 

aku tgk tai tuh biase jek.. tapi harga dia RM 71.90 

mak aihhh!! xberbaloi harga tai mahal cam tuh

dekat 10x gak ar aku tya apish sure ke nak tai tue... dia nganguk jugak dekat 10x...

errrrr....eiiiiii geyam.... ade plak nak tai mahal cam pe ntah....eiii xberbaloi...

tapi xpe..dah dia nak so aku pun bayarlah...

masa nak balik hujan lebat sgt.. so kami lepak2 ar dulu.. masa tuh dia tgk resit 

barang2 y kami beli tadi...

apish : ehhh... ape yang adeq beli RM 71.90 nih?

nad : tai kegemaran abg tuh lahhh....

apish : HAH???? bukan harga tai tue 17.90 ke????

nad : TIDAK SAMA SEKALI... 71.90 TAUUUU.....eiiii xberbaloi...

apish : alamak...sorry2 abg nampak 17.90 sorrryyyyyyyy sgt2

(muka nyesal giler apish masa tuh.. ye ar tai rm 10 pun berlambak y lawa)

sampai rumah aku..dan sampai rumah abg herzal kat shah alam...dia asyik minta maaaf jekkkkk

hahahaha..aku xkesah pun sbnya..tapi aku rasa cam xberbaloi jek harga tai sampai RM71.90....

adeiiiiiaiiiii...hahahahahaahahha

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


~SYAIDAH&#39;S ST0RIES~: ! sEhaRi <b>di TamPin</b> =) !

Posted: 06 May 2011 08:13 AM PDT

H0Laa !! any b0dy here ?? hehehe ... slap laa ~ ASSALAMUALAIKUM ~ ( xjwb d0sa ,, klau jwb syg ! hahaha .. ) xde laa ,, sje jew ~

PENat + happy = berbal0i - bal0i ~ hehehe ... best sgt2 td dpt jmpe ngan di0wg2 smua !! thanx k0wg sbb sudi luang kn mse tw0n Tampin wlau p0wn k0wg taw xde pape k0wt kt sne ... :P

BEst sgt dpt jmpe eman+tira+pjah+atie+che'pa+dura+alya ~ sgt2 rndu kn di0wg !! wlau p0wn xsmua nye dpt tw0n an :( .. p xpe laa ,, yg pnting sgt2 enj0y td .. hee ~ 1 ari nie kt0wg tlah wat haruk kt kfc + k***** ( rhsia2 ) hahaha .. di0wg smua mmg happening laa ,, smpai skit tkak aq sbb d0k glak jew ngan di0wg td .. hehehe..

Kt0wg jln2 smbil 2 amik gmba laa bgai .. ( mmg msing2 gler kemera an ,, t'msuk laa aq .. hee ~ ) p byk gmba kt di0wg laa ,, aq just ad yg kt bwh nie jew ... =P










SAYANG k0wg sgt2 taw !! nt ad mse kte kuar sme2 ag ea ~ pas nie kte crik p0rt yg baek ckit tuk lepak2 ..

hee ~ mse nk b'pisah td ,, sgt2 sedih tauk !! s0b3 ! :'(

p ape yg pnting ,, kte smua msing2 enj0y kn !! hehehe ... LUV U ALL !!! muaahhxx !!

HAri nie jgk ,, aq n 1 family dpt kejutan dri mak usu aq .. tnpa gtaw pape ,, tbe2 die dh smpai jew kt dpn umah time maghrib td .. mmg kt0wg t0wl2 xtaw yg die nk dtg ngan nenek aq ! hahaha .. terkena sudah ~

s0k xtaw laa jd g KL ke x sbb mak usu n nenek aq ad kt umah .. xkan nk tnggl kn di0wg plak an .. s0 ,, cm xjd jew .. p xpe ,, xpntng k0wt ! hahaha ...

BTw ,, ari ahad nie aq ikut bangah blek umah die kt Melaka ... mybe smpai ari rabu k0wt .. n pas2 aq ikut trus bangah blek kg kt J0hor ~ sminngu k0wt aq xde kt umah nnt .. huhuhu .. bye2 Fb+bL0g .. aq tnggl kn k0 kjap jew 0ke .. hehehe ..

K laa ,, dh pnat k0wt nk mnaip .. ag skali ,, ari nie aq sgt2 hepy c0z dpt kuar ngan k0wg + mak usu aq dtg secara mngejut ... hehehe .. u all make me happy laa .. thank y0u very2 much !! mmuuaahhx ! ^_^

~ CH0W ~ ^^

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


:: Lady Bonita ::: Kedai Makan <b>Di Teluk Kemang</b> Diarahkan Tutup

Posted: 15 Mar 2011 06:02 AM PDT

Aku baca online myMetro tadi pasal tahap kebersihan gerai-gerai makan di Port Dickson. Memang patut pun kan.Habis tuh sape suruh tak jaga periuk nasi sendiri kan.Tak pasal-pasal rezki disekat.

Aku selalu ke sana dua tahun lalu.Boleh katakan tiap-tiap minggu jugak lah.Ahaksss...Itu sebab kena servis kereta tiap-tiap bulan.Asyik berjalan je.Jauh-jauh pulak tuh.Penjana ekonomi negara katakan.

Tak tahu la gerai mana yang kena tutup.Tapi boleh dikatakan mostly tak bersih.Nak makan pun tak selera.Tak nak bagitau gerai mana yang kotor tu,sendiri mau ingatlah.

Dah lah harga cekik darah,pastu tak sedap mana pun.Gerai-gerai ni walaupun CD [cekik darah],aku belasah jugak,dah tak de gerai makan lain kan.Huhu....Kutuk-kutuk gak tapi makan gak....ape daaa

Sekali kena rush amek ko.....

Tapi memang patut pun sekali sekala kena ambush dengan Majlis Perbandaran Port Dickson.Lagipun kat Port Dickson tu tiap-tiap minggu ramai je orang.Meriah je.Weekdays je macam bandar mati lepas 8pm.



Port Dickson kan antara tempat untuk release tension,lepaking dan tempat bercuti untuk family yang terdekat dengan KL.So kenalah jaga kebersihan selain cekik darah kan.Adios.


Kedai ayam bakar yang sodap [pic taken 2008]


* Info dari myMetro.Baca artikel penuh kat sini yek.



+++ laislabonita +++


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


.: KJ pantau KPKI <b>di Kuala Klawang</b>

Posted: 26 Apr 2011 07:59 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KJ pantau KPKI di Kuala Klawang. KPKI bertajuk 'Teknik Bercerita dalam P&P Bahasa Melayu' telah menemui guru-guru BM daerah Jelebu bertempat di PKG Kuala Kelawang baru-baru ini. Fasilitator terdiri Hjh. Rafiah Daud, ...

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Bersuka ria <b>di Port Dickson</b>

Posted: 15 May 2011 07:30 AM PDT

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berDoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 186)





Salam :)

Selamat Hari Guru kepade sume warga guru-guru Malaysia!

Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanjiiii, mendidik dan menjagaaaaa..

putra putri negara kitaaaaaa.. lagu feveret tu beb.hehe.


Minggu lepas, mak dan ayah ade seminar dekat port dickson.

saye and kakak pon join the club lah.

memang satu penyakit kalu diajak berjalan jalan tak pernah nak tolak. haha

mak ayah pegi seminar, tapi saye and kakak bercuti berdua.

yang seronok kali nih dapat stay kat Hotel Seri Malaysia, Port Dickson. woohoo!

yang best nyer sebab hotel nih dekat ngan pantai. seberang jalan je laut nyer. terbaek wookkk.

bertolak pagi sabtu, sampai sane terus check in and lepas zohor mak dan ayah dah start seminar.

me and my sis pule beristirehat dalam bilik sebab kat luar terlalu panas terik.

plan awalnyer nak jalan2, tapi bile dalam bilik aircond sejuk, memang sedap untuk tido lah kan. hehe.

petang ckit, baru lah kami berjalan2 tepi pantai dan bershopping kat pasar malam. hee

malam tu just stay kat bilik aje, sebab layan AF. hehe.

pade keesokkan hari nyer pule,

pagi pagi dah bersiap2 keluar, brekpes nasi lemak n roti canai garing yang sedap.

lepas tu, kami ke eagle ranch Port Dickson sebab akak tak penah pegi lagi.

aku pon eksaited lah bawak akak pegi jalan sane.

yang best kat sane ade go kart, archery, paintball, horse riding and macam2 lah.

hajat nak try paintball, tapi bile tengok orang maen cam ganas je. haha.

kalu nak try pon maybe ajak geng2 wanita yang lemah lembut, supaya bullet paintball tu tak laju dan menyakitkan badan. haha.

last last maen archery jee. itu pon teman my sis, die tak pernah try memanah lagi.hehe

okeh lah, jom lah tengok pict, malas nak membebel panjang. yeehuuu~





yang pasti nyer memang bukan teluk kemang.huuu



best weh! tak tipuu



eagle ranch

nak tiap2 minggu macam nih boleh? tenang je rase kalu dapat jalan2. huu




ma sista!

I'd like to try this someday. hee


bring it on!


smart kan lari lari duduk. tembak2. amek bendera. hehe



semangat 2nd stove! haha. *buat buat tak nampak lah eh* . fokus nak memanah tuuu.



you go gurl!


haiyakkkkk!



this is my result. memang hampeh. ni 2nd time maen, mase 1st tyme maen kene kat kuning tu, skang tak mahu plak die. tapi prestasi memanah ke border tu memang konsisten. kau boleh buat? ce try panah kat border kaler biru. mencabar taaauuu. haha


result my sista! kene kuning tuu. memang sape2 yang 1st tyme maen akan kene kat kuning tu. memang camtuh kan. *nak sedap kan ati*. haha



dalam banyak2 bilik kat eagle ranch tu, nih bilik yang aku sempat amek pict. hehe. korang google lah eagle ranch eh, kat sini memang laen dari laen. suasana koboi! hehe.

p/s: okeh lah rase nyer stakat ni jelah dulu eh! korang korang yang dah abes exam, all the best dengan result nanti okeh. banyak2 kan solat hajat and doa. heee. im super duper jeles bila dapat tahu korang almost 4 months kot bercuti! aku pon nak cuti jugak! tolong tolong tolong! eh eh ari jumaat aritu aku ditugaskan untuk gantikan bos aku tuk pegi meeting. cuak lah! believe it or not, dalam meeting tu semua nyer lelaki, and saye sorang lah heroin dalam bilik meeting tu. girls power!!!! haha. dah tu duduk sebelah pengarah pule. bangga2! haha. tapi bile pengarah tanye soklan baru terpinga pinga. haha. ape2 pon pengalaman. hehe. ape2 pon doakan yang terbaek untuk saye yeee. saye juge mendoakan yang terbaek untuk kalian semuaaa. InsyaAllah. take care semua! wassalam :)


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


gila nescafe: ~~Mandi manda <b>di</b> Pantai Kuala <b>Linggi</b>, Melaka

Posted: 30 May 2011 10:38 PM PDT

Assalamualaikum wbt....

dah lama kan aku x buat entry ??nak tau sebab apa x??coz blog tgh sengal b4 nie..aku x leh nk updated apa2 pun..sikalang blog sudah ok..hehehehe..so hari nie aku nk citer pasal mandi manda di Pantai Kuala Linggi nia...dulu2 klu balik kg Melaka jew mesti lepak & tumpang tidur umah sedara mara..kekadang2 tu sampai berhimpit2 la...tp la nie x perlu lg nk tumpang umah sedara mara coz kat Kuala Linggi tue sendiri dah ada byk chalet2..tp yg paling best & menjadi kegemaran kai sekeluarga tuk melepak di KM Chalet, Kuala Linggi..tmpt sgt2 la best coz dekat dgn pantai pastu suka hati korang la nak mandi or lepak2 kat pantai sampai kul brp pun...pantainya pun bersih ..owner dia pun baik hati...pakcik nie dia bekas askar, Mejar Kamaruddin...peramah orangnya...

utk info korang kat chalet nie ada beberapa jenis chalet & harga..mengikut keperluan & budget korang..ada yg serendah RM 60 & setinggi RM 250 tuk 1 mlm....tuk RM 60.oo tu hanya kipas sahaja la yg disediakan tp yg atas RM 60 ada kipas dan aircond sekali..so agak2 korang berbaloi x???mesti berbaloi punya kan...ok bg yg nak wat family day kat sini, mmg sesuai bangat...korang leh amik pakej sekali dgn makan..makan plak ada byk set dia...korang pilih jew la mana yg korang nak...dr serendah RM 8.00 hingga lah ke RM 15.00...lauk pauknya sgt2 sedap sehingga menjilat jari..giler best beb & klu korang nak bbq pun boleh, samada nak diorg siap2 masak or korang masak sendiri..semuanya boleh kalau dgn Pakcik nie...

masa aku wat family day deparment aku kat sini, dia siap bg hamper free 4 lg beb..siap ada karaoke lagi..pergh mmg best giler pakcik nie...klu nk wat game pun ada gak dia sediakan beberapa peralatan..& tempatnya sgt lapang tuk korang2 buat game..ok utk info2 or korang2 nk tgk harga chalet & sajian leh jew  click kat link KM Chalet nie ya , sekarang nie pun km chalet dh ada buat pakej penginapan & sajian..so sgt2 mudah tuk korang semua...

so sampai di sini saja la yg dapat aku bg info kat korang2 semua...percaya lah cakap aku, x rugi korang melepak kat sini....so selamat membaca dan jgn lupa sebar2 kan kpd kawan2 erk...babai...

www.tips-fb.com Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


Dia buat dah: Sorok syabu dalam kereta

Posted: 11 May 2011 03:36 AM PDT



PORT DICKSON – Dua paket dadah jenis syabu ditemui di dalam sebuah kereta milik seorang daripada tiga lelaki yang berjaya diberkas polis, awal pagi Ahad lalu di Lukut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, kejadian berlaku pada jam 2 pagi.

Menurutnya, polis menahan tiga lelaki berusia 20-an ketika mereka mahu pergi memancing di Lukut selepas berkelakuan mencurigakan.

"Gerak geri yang mencurigakan membawa kepada satu siasatan lanjut ke atas mereka yang dilakukan oleh Polis Port Dickson dan berjaya menemui dua paket syabu yang disorokkan di dalam kereta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads