Khamis, 22 Mei 2014

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


AMKNS: Belia <b>di Seremban</b> jadikan kedai kosong pusat minum arak

Posted: 05 May 2014 08:00 PM PDT

6 Mei 2014 - Bukan saja membuat bising, tetapi hampir setiap hari sekumpulan anak muda menjadikan deretan rumah kedai kosong berhampiran Taman Ixora 137, Seremban 3, di sini sebagai 'port' minum arak.
Bukan itu saja, malah sekiranya ditegur, penduduk pula akan dibaling dengan botol arak menyebabkan masing-masing terpaksa mendiamkan diri dan menahan sabar.
"Boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada kumpulan anak muda hingga mencecah 10 orang berkumpul di situ bermula 6 petang sehingga larut malam, membuat bising sambil meminum arak.
"Mereka akan membuka radio kereta sekuat-kuatnya seperti pesta menyebabkan kami di sini terganggu," katanya.
Menurutnya, paling membimbangkan apabila kumpulan terbabit pernah bergaduh sesama sendiri menyebabkan penduduk risau kemungkinan ada yang bertindak lebih ganas.

Dua orang "Nun" dari Gereja Visitation <b>di Seremban</b> telah diserang

Posted: 14 May 2014 07:36 AM PDT

Dua orang "Nun" dari Gereja Visitation di Seremban telah diserang awal pagi tadi di kawasan gereja berkenaan dipercayai kes rompakan. Kita amat bersimpati nasib yang menimpa Sister Julianna Lim Nyo Nya, 69 tahun, dan Sister Mary-Rose Teng, 79 tahun yang kini dalam keadaan amat kritikal di Hospital Seremban.

Semoga pihak polis segera dapat menangkap penjenayah yang tidak berhati perut tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads