05 di port dickson - Google Blog Search |
Tenang dan nyaman <b>di Port Dickson</b> | BERANI KERANA BENAR Posted: 06 May 2014 12:00 AM PDT JIKA mahu berehat di tepi pantai yang mana lokasinya berdekatan ibu kota, maka destinasi yang dituju adalah Port Dickson, Negeri Sembilan. Kita hanya perlu memandu kurang dua jam dari kesesakan ibu kota untuk menjejakkan kaki di mana-mana lokasi hotel dan resort yang banyak terdapat di sepanjang pantai Port Dickson yang lebih dikenali sebagai PD.
Kami menginap di bilik yang selesa dan terasa sungguh tenang kerana bukan setakat biliknya yang cantik, malah pemandangannya yang menghadap laut sangat mengasyikkan. Terlupa seketika soal kerja dan kesibukan kota. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti abseiling, repelling dan membuat rakit sendiri di laut. Bagi yang tidak pernah melibatkan diri dengan aktiviti sedemikian, lokasi ini sangat sesuai untuk anda kunjungi. Selepas makan malam, penulis berkesempatan untuk ke pantai berdekatan. Waktu malam sebegitu, air laut sedang surut dan ketam-ketam kelihatan banyak naik ke darat untuk mencari makanan. Waktu itu, pelbagai telatah dapat kita saksikan terutamanya rakan-rakan yang jarang melihat habitat sebenar ketam. Dalam keseronakan melayan waktu malam sambil berjalan-jalan, kami diberitahu oleh pemandu arah kami mengenai aktiviti kaki pancing mencari cacing laut untuk dijadikan umpan. Kami singgah untuk melihat sendiri beberapa penduduk setempat mencari hidupan laut berkenaan. Setelah melihat cara mereka mendapatkan cacing laut, kami pun bergerak pulang ke resort untuk berehat kerana keesokan hari, kami akan memulakan aktiviti yang memerlukan kami mempunyai rehat yang cukup. |
You are subscribed to email updates from di port dickson - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan