05 di linggi - Google Blog Search |
Buaya tua mati <b>di</b> Sungai - <b>Linggi</b> Rembau ( Kota Simpang ) ~ lokan <b>...</b> Posted: 27 Feb 2014 08:26 PM PST Pak Zainal mulakan dengan kejutan baharu - menjumpai buaya mati di perairan Sungai Linggi Rembau berhampiran Kota Simpang. Ia berlaku apabila Pak Zainal yang sedang menjala udang bersama seorang rakan nelayan, Pak Jais ( Pak Mamat Hasan ). Kami terbau bau bangkai yang kuat. Apabila kami mencari punca bau tersebut, kami mendapati buaya yang mendiami kawasan tersebut mati berhampiran tebing sungai. Buaya yang mati itu di anggarkan buaya yang tertua dikawasan Sungai Rembau Linggi ini ( hampir 100 tahun atau lebih) Pak Zainal telah menghubongi Tok Penghulu Dun Ayer Limau. Tok Penghulu telah menghubungi para wartawan Metro, Sinar, Berita Harian, Pertahanan Awam, pegawai Perhilitan dan juga doktor pakar dari Jabatan Haiwan. Ahli Parlimen Masjid Tanah juga telah menyumbang sebahagian daripada kos sewaan bot nelayan untuk para petugas. Orang ramai tidak dibenarkan menghampiri kawasan ini semasa proses ini berlaku. Ini unuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini terutamanya sebelum mengetahui punca sebenar kematian buaya tersebut. Pak Zainal andaikan mungkin kerana risaukan penyebaran penyakit dan sebagainya. Alhamdullilah semua program berjalan lancar. Semuanya terlibat di dalam mengurus dan mengalihkan buaya itu untuk di periksa oleh doktor pakar serta jabatan perhilitan dengan mengunakan bot nelayan dan bot JPA. Menurut doktor pakar buaya itu mati kerana usia tua sehinggakan ia tidak berdaya untuk bergerak. Selesai saja bedah siasat, buaya itu ditanam dan pada keesokan harinya iaitu 28 Januari 2014, anggota dari TV3 iaitu Malaysia Hari Ini ( MHI) telah berjumpa dengan Pak Zainal. Rentetan daripada itu, pada 30 hb MHI telah memberikan ulasan berita buaya tersebut. Pak Zainal bersyukur buaya itu telah ditanam. Sekurang kurangnya mengurangkan cerita yang kurang enak mengenai kematian buaya itu. Lagipun, jika dibiarkan, ianya akan mengeluarkan bau busuk hingga memudaratkan habitat di sungai. Haiwan pemangsa juga akan berkumpul di kawasan tersebut untuk memakan bangkai buaya tersebut. Sehingga menyusahkan para nelayan untuk melalui kawasan tersebut. Orang juga akan memulaukan hasil tangkapan nelayan di sini kerana takut hidupan di sini memakan sisa – sisa bangkai buaya tersebut. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat. Semoga kerjasama ini akan dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang. * Untuk makluman semua, pada awalnya, Pak Zainal yang menaip cerita ini sendiri. Oleh itu, terdapat beberapa ayat-ayat lama saya kekalkan. Maklumlah orang lepasan sekolah era 50-an. Gambar di bawah merupakan gambar pelancong – pelancong luar Negara yang ingin melihat lokasi buaya yang mati itu ditemui. Mereka dikatakan telah mendapat maklumat melalui internet dan televisyen TV3. |
You are subscribed to email updates from di linggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan