Jumaat, 25 April 2014

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Kabus <b>di Jelebu</b> | PuTeri AbuYa

Posted: 20 Apr 2014 10:14 AM PDT

Ok tajuk memang mood teater klasik!
Malam-malam bila diserang kesegaran memuncak yang membuatkan mata hilang fungsi mengantuknya,maka menulis juga boleh jadi sebab untuk memfungsikan ia dan akhirnya akan membuatkan mata penat juga akhirnya. Eh sebut akhirnya dua kali? Biarlah! Malas nak delete..
Dah 2 hari Tuhan bagi sakit sikit. Mata ikan yang memang suka bertenggek telah parking dihampir seluruh mulut. Memang macam nak menangis. Sempat miss 2 sesi kuliah. Tapi Iyah dan Fatim sangat berperanan menyampaikan segala ilmu yang didapatkan beserta gaya penceramah bagi memastikan aku tidak lagi dalam kesesatan. Oh.. Bukanlah ilmu itu cahaya? 
Jelebu. Pernah dengar nama tempat ni tapi tak pernah jejak. Inilah kali pertama. Bila rezki boleh ikut kursus pemantapan akidah anjuran Jakim yang diadakan di sini,alhamdulillah dapat tambah lagi pengalaman. Suasana pusat kursus yang dikelilingi hutan cukup membuatkan udaranya jadi begitu nyaman. Dengan fasiliti yang boleh dikatakan lumayan selesa,makan minum yang sangat dijaga,membuatkan hati rasa macam dah kat tempat sendiri. Malah tempat sendiri pun kadang tak dan nak makan. Sibuk konon. Makcik kantin ni memang dasatla. Bila makan tu terasa keikhlasan dan tidak kedekutnya dia dengan bahan-bahan dan rempah. Lagi-lagi tang masak lemak cili api. Teringat masakan arwah Cik Pah. Yelah air tangan orang nogori. Serasi! Ummu boleh siap terfikir nak bela ayam peru lagi kat sini. Haha.. 
Keadaan kat sini ni lebih kurang macam resort pun ye jugak. Sebelum ni terbayang macam penjara. Rupa-rupanya.. Tapi puak ni duduk dalam penjara pun layan je. Masa kat tarhil bercampur pelbagai bangsa pun boleh bahagia je. Hahai.. 
Bagi team tv macam kami ni,setiap sudut disini ialah set yang sangat menarik untuk shooting. Takkan asyik shoot kat pondok padang BCH je kan? Kamera pun bawak. Cuma masa pulak yang takde. Boleh layan mata jelah. Nantilah. Ingat nak shooting jugak sebelum balik sebagai kenang-kenangan.
Petang tadi diziarahi kawan-kawan dari pelbagai negeri. Meriah sungguh. Kawan-kawan dapat peluang tengok sendiri rupa pusat ni. Sebelum ni kotlah ada yang terbayang kita duduk macam kat pusat serenti ke. Apalah korang ni. Kami ni siap rasa macam tengah bercuti! Ok yang tu tipu. Mana ada orang bercuti tak sempat qailulah kan? ;-)
Tapi aku salute la dekat semua pihak yang bersusah payah menjayakan kursus ni. Kesungguhan,kasih sayang,kemesraan tu memang terasa. Sesekali penceramah garang tu biasalah. Tak garang,tak dapatlah ilmu. So far aku taklah rasa tertekan sangat. Tak taulah kalau memang dah diajar kaedah mengatasi tekanan. Tapi kadang tu memang rasa santai. Seronok bila boleh muzakarah balik ilmu feqah,tauhid,tasawuf yang dah pernah belajar tapi ingat-ingat lupa. Jadi hiduplah balik ilmu lama ditambah dengan banyaknya ilmu yang baru. Kami siap sempat buat mini show lagi. Kalau tau,memang angkut mic baru!
Memanglah berkat menulis ni. Mata mulai kuyu dan layu. Selimut melambai,bantal menggamit. Selamat tidur korang. Mimpi yang baik-baik k? Daa... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads