Khamis, 6 Mac 2014

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Hutan <b>di</b> Bukit Tangga terbakar - Utusan Online

Posted: 27 Feb 2014 10:42 AM PST

Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Bukit Tangga di Kilometer 15 Jalan Kuala Klawang-Seremban dekat Jelebu, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/ Nurul Husna Hamdan

JELEBU 27 Feb. - Pasukan bomba dan penyelamat Jelebu berjaya memadamkan kebakaran hutan di Bukit Tangga dekat sini malam semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Shahrul Nizam Abd. Rahim berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 malam itu melibatkan kawasan seluas kira-kira 1.21 hektar di kilometer 15 Jalan Kuala Klawang-Seremban.

Katanya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Klawang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.10 malam.

"Ketika tiba di lokasi 10 minit kemudian, api sudah mula merebak sehingga ke atas bukit.

"Pihak bomba telah menggunakan teknik 'fire break' untuk memadamkan kebakaran dan mengelak ia daripada merebak ke kawasan lain," ujarnya.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit iaitu pada pukul 8.40 malam.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads