Sabtu, 1 Februari 2014

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Minyak masak peket cukup <b>di Port Dickson</b> - Utusan Online

Posted: 28 Jan 2014 11:04 AM PST

ABU Ubaidah Redza (dua dari kanan) memeriksa bekalan minyak masak semasa mengadakan lawatan skim kawalan harga musim perayaan Tahun Baharu Cina 2014 di Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

TELOK KEMANG 28 Jan. - Kekurangan bekalan minyak masak yang dibungkus dalam peket plastik di daerah ini sejak seminggu lalu, kini pulih sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza berkata, kekurangannya tidaklah serius kerana pengguna masih boleh mendapatkan bekalan minyak yang dijual dalam botol plastik pelbagai saiz.

''Kita telah dimaklumkan ada masalah daripada pembekal dan ia telah pun dapat diatasi. Perkara ini tidak serius dan kemelut itu telah diperbesarkan sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna.

''Hari ini, pengguna boleh mendapatkan bekalan minyak masak peket plastik di kedai runcit dan sebagainya," katanya selepas mengadakan lawatan skim kawalan harga musim perayaan Tahun Baharu China di Pasar Raya TF, Port Dickson, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Mohd Salleh Maamor.

Abu Ubaidah menegaskan, adalah tidak benar khabar yang tersebar kononnya harga bahan masakan itu naik serta telah berlaku kekurangan yang mendesak.

''Dakwaan itu adalah gimik dan tidak boleh dipercayaai. Kerajaan tidak ada rancangan untuk menaikan harga bahan masakan ini.

''Kenaikan harga barang akan hanya dibuat selepas kerajaan melakukan kajian dari segala aspek dan kesesuaiannya bergantung kepada produk yang ditetapkan," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan juga, Abu Ubaidah berkata, sewaktu musim perayaan ini banyak peniaga mahupun pengusaha pasar raya membuat tawaran diskaun bagi pelbagai jenis barangan.

''Selepas musim perayaan, harga akan kembali kepada asalnya. Kerajaan percaya, peniaga tidak akan mengambil kesempatan daripada ruang yang ada itu untuk melakukan perubahan pada harga selepas musim perayaan kelak," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads