Sabtu, 1 Februari 2014

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah meriah <b>di</b> PRSP <b>Paroi</b>

Posted: 27 Jan 2014 12:48 AM PST

24 Januari 2014. Paroi : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1435 Hijrah telah diadakan bertempat di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi. Program ceramah ini telah berlangsung mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 5.30 petang. Program ini merupakan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi yang diterajui oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi KRT PRSP Paroi.
Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah YBhg Ustaz Norazman Mohamad, Penceramah Bebas. Turut hadir ke program ini adalah YBhg Tn Hj Shamsudin, Imam Masjid At-Taqwa dan juga En Ab. Rahim Ghani, Pengerusi JKKK Kg Paroi.
Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah Maulidur Rasul tersebut dilangsungkan.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads