Jumaat, 17 Januari 2014

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Minyak masak kurang <b>di Port Dickson</b> - Utusan Online

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Oleh KHAIRUL NAJIB SARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

Raju menunjukkan tempat simpanan minyak masak yang kehabisan stok di Kedai Runcit Balan Mini Market.

TELOK KEMANG 15 Jan. - Masalah kekurangan minyak masak kembali membelenggu pengguna di sekitar daerah ini apabila mereka mula sukar untuk mendapatkan bekalan tersebut.

Peniaga dan orang ramai merungut sukar memperoleh bekalan minyak masak peket sejak sebulan lalu sehingga terpaksa mengunjungi beberapa kedai di ibu negeri ini untuk mendapatkannya.

Malah tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kedai runcit sekitar kawasan Lukut, Port Dickson dan Bandar Sunggala turut mendapati bekalan bahan masakan itu terutamanya minyak masak peket sekilogram kehabisan stok.

Menurut peruncit, Su Chee Lan, 45, masalah kekurangan bekalan minyak masak mula membelenggu daerah ini pada pertengahan bulan Disember lalu.

''Pemborong juga mengehadkan pembelian disebabkan mereka turut menghadapi masalah yang sama. Kita sememangnya tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

''Ada juga pelanggan merungut tetapi kita tidak dapat membantu mereka disebabkan kekurangan bekalan," katanya yang berniaga di pasar raya Port Dickson, Bandar Sunggala dekat sini.

Peniaga, R. Paneerselvam, 58, pula kesal kerana masalah bekalan minyak masak ini sering berlaku setiap tahun.

''Saya bukan sahaja tidak dapat memenuhi permintaan minyak masak peket, malah turut kehabisan bekalan minyak masak botol. Ini disebabkan kuantiti yang kita tempah melalui pemborong tidak dapat dibekalkan secukupnya.

''Kini kedai saya telah dua minggu kehabisan minyak masak dan hanya tinggal minyak jagung serta sayur sahaja," keluhnya yang berniaga di kedai Balan Mini Market, Port Dickson.

Tambah pekerja di Kedai Rakyat 1Malaysia yang enggan dikenali, setiap minggu bekalan minyak akan sampai sebanyak 10 peti yang mengandungi 170 paket.

''Sejak pertengahan bulan lalu pembekal hanya hantar bekalan dua minggu sekali dan itu pun tidak sampai 10 peti. Ini menyebabkan minyak habis dalam tempoh tiga hari sahaja.

''Kita juga mengalami kekurangan minyak masak botol tetapi tidak seteruk minyak paket. Masalah ini akan membebankan pengguna, khususnya golongan berpendapatan rendah," jelasnya.

Bagi pengguna, Jumary Md. Nor, 41, sebagai pengusaha kedai makan, minyak merupakan keperluan baginya.

"Saya hanya dapat membeli dua paket, itu pun kerana saya merupakan pelanggan tetap di sebuah kedai pemborong di pekan ini.

"Jika mereka pelanggan yang jarang datang semestinya akan diberitahu minyak tersebut habis bekalan," katanya.

BBQ Bersama Kawan <b>Di Port Dickson</b> ~ Bila Blog Berbicara

Posted: 22 Dec 2013 08:38 PM PST

Salam semua pembaca, hujung tahun adalah masa paling sesuai untuk buat BBQ bersama kawan2 dan tempat paling best buat adalah di Port Dickson senang dekat dan cantik untuk pendangan tepi laut. Itulah yg Mahamahu lakukan bersama rakan sepejabat pada hujung minggu lepas apabila kami telah plan untuk mengadakan majlis BBQ bagi meraiakan rakan2 dan juga tugas yang berjaya di lakukan sepanjang tahun 2013.
Plan ni pun tak lama kejap jer tapi kejasama semua kawn2 memjayakan lagi aktiviti bbq kali ini. Mahamahu ni cuma tukang ambil gambar dan juga tukang rasa hehehehe. Untung juga ada kawn bujang wanita ni merekalah yg tolong buat campuran bbq yg sedap dan lazat. Bila bakar jer memang terangkat dan menyelerakan tgk sendirilah.
Sampai kat PD pukul 5ptg dan cari port dekat dengan Corus Resort and Hotel sebab kita org dah book apartment kat situ. So bbq kat tepi laut sambil layan sunset and layan angin sepoi2 bahasa tepi laut memang best and syok. Mahamahu pun dah lama tak chill out tepi laut sambil makan2 bbq yg panas dan sedap. Tapi tak bestnya kat area tu tak leh mandi laut sebab kawasan tak sesuai untuk mandi waaaaaaaa...

Apa pun thanks kawn2 semua kerana telah menjayakan majlis bbq yg best dan seronok ni walaupun singkat tapi dapat makan2 yg byk. Kenyang gila perut ni tak daya mlm tu nak makan lagi. Ada bbq ayam dan seafood sedap gila. Habis sampai malam kita org bbq kat situ sambil masing2 buat perangai yg entah apa2 entah. Tapi korang memang enjoy and fun lah kepala gila2 dan best. Happy team lah korang Mahamahu seronok kerja dengan team ni ehehehe, company mana cer teka cer teka....... Lepas mlm tu lak layan lagi makan Nasi Lemak terbaik kat PD nak tahu next entry ok.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads