Khamis, 9 Januari 2014

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Ayam Berjari Kaki 10 <b>Di Kuala Pilah</b> | OhDunia Dot My - Waazin

Posted: 04 Mar 2013 02:59 AM PST


KUALA PILAH – Pelik dan unik. Itulah yang dapat digambarkan kepada seekor ayam berusia sebulan yang mempunyai 10 jari kaki.

Pemilik ayam tersebut, Maimon Mohd Zain, 45, berkata, pada awalnya, dia tidak sedar terdapat keganjilan pada kaki ayam betina itu.

"Namun, akibat sering membelai ayam berkenaan, barulah saya perasan ia memiliki lebih dari empat jari pada kedua-dua kakinya.

"Lebihan jari kakinya berada di bahagian belakang dan jika diamati memang tidak perasan sangat. Ayam betina ini memang sangat jinak, ke mana saya pergi, memang akan ikut dan seolah-olah memahami saya tuannya," katanya ditemui di rumahnya dekat Kampung Kabong, Inas, di sini.

Maimon berkata, anak ayam itu dibeli daripada peniaga di Senaling dengan harga RM2.70 seekor.

"Kini saya sudah ada 50 ekor ayam dan lebih 10 ekor ternakan itik. Saya memang minat kepada bidang ternakan," katanya.

Maimon berkata, dia juga memiliki seekor itik nila yang unik kerana menetas 18 biji telur secara serentak.

"Jarang hendak jumpa, seekor itik menetas dalam jumlah telur yang banyak. Saya memang terkejut apabila lihat 18 biji telur pada masa yang sama.

"Mungkin ini rezeki saya, syukur kepada ALLAH kerana menambah pendapatan saya dan setiap kejadian ada hikmah-Nya," katanya.

Sumber: Sinar Harian
+Mencari Sinar KasihMu.. 


Zalora Women Shoes

UNTUK DIJUAL iPhone5 (Original from Apple Store) 16GB Warranty ada 5 bulan lagi. Berminat? Call/SMS/Whatsapp:Arshad, 016-7002170

Ditulis oleh: Admin Pada Monday, March 04, 2013
Perhatian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar blog yang diutarakan melalui laman sosial facebook. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads