Khamis, 9 Januari 2014

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


wanita itu aku: STESEN KERETA API <b>GEMAS</b>

Posted: 14 Nov 2013 11:11 PM PST

Dengan nama Allah  yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Sebutlah nama Tuhanmu dan beribadahlah kepadaNya dengan ketekunan ( yakni perkukuhkanlah perhubungan dengan Allah).
(maksud ayat 8 surah Al Muzzamil)

Stesen kereta api Gemas.
(sumber wikwpedia)

 Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Sejarah sistem gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajahan British, apabila laluan kereta api asalnya dibina untuk mengangkut timah. Tambang keretapi agak munasabah, namun kelajuan keretapi antarabandar (intercity) yang rendah di laluan sempit sering menyebabkan pengangkutan KTM kurang berdaya saing berbanding jenis pengangkutan yang lain.

Gemas merupakan sebuah bandar kecil di Negeri SembilanMalaysia, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan-Johor. Gemas terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Baru terletak di sebelah negeri Johor. Gemas Lama terletak di dalam Negeri Sembilan.Gemas terletak sekitar 54 KM untuk ke Daerah Tampin dan untuk ke Rembaupula 75 km. Manakala, Seremban pula 101 km.
Gemas merupakan persimpangan bagi landasan kereta api ke pantai timur dan pantai barat Malaysia kendalian Malayan Railways. Disebabkan ini, Gemas merupakan sebuah bandar yang sibuk berbanding bandar lain yang sama saiz dengannya. Stesen kereta api Gemas didirikan pada 1922.
Akhirnya stesen ini dipindah ke stesen baru  pada Jun 2013. Ianya terletak bersebelahan dengan stesen ini.




( Buat di Bengkel Sentul 1971)

' Dan berilah khabar gembira ( mengenai syurga dan lain-lainnya) kepada orang-orang yang khusyu) iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka.'
(maksud ayat 34, 35 surah Al Haj)





Masih ada lagi kantin lama sebelah tempat tiket.

Alhadulillah.

'Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri ( daripada perangai yang buruk). Dan dia ingat nama Tuhannya, maka didirikannya sembahyang.'
(maksuda ayat 14,15 surah Al Alad)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads