05 di gemas - Google Blog Search |
Aedes Mengganas <b>Di Bahau</b>, 60 Diserang Denggi | OhDunia Dot My Posted: 26 Dec 2013 04:13 PM PST Serangan nyamuk Aedes di Bahau, Negeri Sembilan semakin mengganas apabila seramai 60 penduduk dari empat perkampungan diserang demam Denggi dalam tempoh dua bulan ini. Ahli Majlis Daerah Jempol, Phoon Kow Chai berkata, siasatan awal pihaknya mendapati 60 mangsa Denggi itu dari Kampung Melati, Kampung Pa Kah Choon, Kampung T-Juara dan Taman Pelating yang majoritinya masyarakat berbangsa Cina. "15 daripada 60 mangsa tersebut merupakan kes baru dan kesemua 15 mangsa tersebut berasal dari Kampung Pa Kah Choon. Semua mangsa sudah beransur pulih. "Saya berharap penduduk setempat mengambil inisiatif sendiri untuk membersihkan persekitaran rumah bagi mengelakkan insiden sama berulang," kata Phoon yang juga merupakan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jempol. Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Pa Kah Choon, Yap Cheng Hua, berkata, tindakan awal telah diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jempol dengan melakukan semburan ubat nyamuk (fogging). Salah seorang mangsa, Wan Nen, 40, pula berkata beliau ditahan di Hospital Jempol selama lima hari dan baru sahaja dibenarkan pulang kelmarin. "Saya yang mula-mula kena kena demam Denggi dalam keluarga. Selepas itu kakak dan abang pula yang kena demam Denggi. Tetapi kakak dan abang sya juga sudah mula sembuh," katanya. Sinar Harian difahamkan, Adun Bahau, Chew Seh Yong turut melawat keadaan Kampung Pa Kah Choon kelmarin selepas menerima aduan berhubung demam denggi. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan berkata, beliau memandang serius semua laporan kes denggi dan ianya akan disiasat. "Nyamuk Aedes boleh membiak di dalam dan luar rumah atau mana-mana sahaja tempat yang boleh menakung air jernih. " Justeru itu adalah digalakkan agar orang ramai menggunakan penghalau nyamuk pada awal pagi dan lewat petang," katanya ketika dihubungi. Semburan asap tidak berkesan Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Bahau, Chew She Yong (DAP) menyatakan rasa kekesalan beliau kerana walaupun kes denggi di Bahau itu sudah dikesan sejak dua bulan lalu tetapi Jabatan Kesihatan masih gagal untuk mengawal pembiakan nyamuk Aedes. "Sejak dua bulan lepas beberapa mangsa menghidapai demam Denggi dan Jabatan Kesihatan ada melakukan semburan asap. "Malangnya kes demam Denggi tetap berulang dan sehingga kini seramai 60 penduduk setempat telah menjadi mangsa demam Denggi. "Ini bermakna bahan atau racun yang digunakan untuk membunuh nyamuk Aedes tidak berkesan. "Bermakna racun atau kaedah yang Kementerian Kesihatan gunakan kini sudah tidak begitu berkesan. Chew berkata demam Denggi merupakan kes yang serius kerana boleh mengakibatkan kematian. -- FMT Wa Allahu'alam.. UNTUK DIJUAL iPhone5 (Original from Apple Store) 16GB Warranty ada 5 bulan lagi. Berminat? Call/SMS/Whatsapp:Arshad, 016-7002170 Ditulis oleh: Admin Pada Friday, December 27, 2013 Perhatian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar blog yang diutarakan melalui laman sosial facebook. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. |
Kalau Hard Rock Cafe buka cawangan <b>di Bahau</b> tentu tidak ada <b>...</b> Posted: 08 Jan 2014 07:26 PM PST Hard Rock Café pun menjadi isu politik dinegara ini. Tidak ada yang tidak diperkelahikan. Perbadanan Putrajaya sepatutnya memberikan jawapan muktamad dan jangan membiarkan isu ini menjadi perbualan ramai. Jika HRC ini tidak dibolehkan beroperasi diPutrajaya itu nyatakan dengan jelas ia tidak boleh diadakan disana. Pertamanya kita sudah tahu HRC ini adalah pusat hiburan dan tempat makan minum yang mahal dengan musiknya yang kuat dan juga tempat orang berhibur menari dan minum dengan minuman keras. Jika ada dasar yang ditetapkan yang pusat hiburan seperti ini tidak dibenarkan beroperasi, jawaplah dengan jelas, tidak boleh! Jika boleh katakan boleh. Menagapa masing-masing meleret-leret membuat kenyataan yang gila babi yang datang dari orang-orang bergelar pemimpin yang bernama dan bergelar. Sebenarnya ramai yang sedar yang jika hendak kekalkan imej Putrajaya yang mahal itu. JUika kita hendak menjaga identitinya sekarang membenarkan pusat hiburan HRC itu tidak boleh dibenarkan. Tidak payahlah Pak Menteri seperti T Adnan bercakap melelong dan mensyaratkan RHC membawa imej Islam dengan lagu nasyid dan sebagainya jika hendak beroperasi diPutrajaya itu. Jika HRC mengubah identitinya sebagai pusat hiburan yang mempunyai musik dan nyanyian rock dan sebagainya dengan menyayikan hanya lagu-lagu nasyid, itu buka HRC namanya. Perbadanan Putrajaya sepatutnya kekal dan tegas dengan dasarnya yang tidak boleh dibenarkan pusat-pusat hiburan seperti HRC beroperasi diPutrajaya dan tutup isu itu. Tetapi sebaliknya Ahli Parlimennya tidak boleh kalau tidak mengeluarkan kenyataan yang nampak amat memalukan. Tidak perlu HRC itu mengubah identitinya dengan menukar lagu-lagu nasyid dan berbagai lagi. Kita boleh lihat contoh Dewan Bandaraya Shah Alam yang dari dulu tidak membenarkan pusat hiburan seperti itu, tidak ada pusat atau kedai menjual tiket judi seperti TOTO dan jenis perjudian yang lain dan tidak ada panggung wayang. Tanpa itu semua bukan tidak maju Shah Alam itu dn tetap sebagai tempat yang didiami oleh semua masyarakat dengan aman dan sentosa. Tidak ada polimik dan tidak ada isu dalam hal ini. Juga difahami orang yang hendak membawa HRC ke Putrajaya itu sendiri tinggal dalam rumah yang tersergam di Shah Alam. Dalam isu ini tentu ada pihak yang pada awalnya ingin melihat HRC beroperasi di Putrajaya dan ia melibatkan perniagaan peribadi dan keuntungan kepada pihak yang tertentu. Jika tidak ada niat setengah pihak mahukan keuntungan kerana kedudukan mereka dalam Perbadanan Putrajaya itu tidak timbul isu itu. Semasa Tan Sri yang berjumpa dengan Pengerusi Perbadan Putrajaya itu dahulu, sepatutnya di beritahu dengan tegas yang Putrajaya tidak membenarkan pusat hiburan seperti HRC beroperasi di Putrajaya. Negara sedang berada dalam kecemasan politik dan ekonomi, pemimpin masih bercakap tentang isu-isu yang kecil seperti ini. Dalam pada itu masih lagi mahu meminta rakyat menyokong terus-terusan. Hairan dengan sikap pemimpin yang ada di Perbadanan Putrajaya itu. Saya tahu isu ini bermula kerana ada pihak yang mahu mengambil kesempatan untuk mencari 'duit luar' walaupun dia tahu yang Putrajaya tidak membenarkan pusat hiburan seperti HRC itu. Banyak tempat lain lagi HRC boleh beroperasi dan menambah cawangannya. Cuba pohon kenenaran untuk beroperasi di Bahau ke, atau di Meru, atau ditempat lain yang mudah untuk mendapat kebenaran beroperasi. |
You are subscribed to email updates from di bahau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan