05 di bahau - Google Blog Search |
Kisah Pahlawan Basikal: <b>Ampangan</b> 2: Kayuhan 124 km Penutup <b>...</b> Posted: 30 Dec 2013 04:42 AM PST Mengikut rekod peribadi aku di Facebook, kali terakhir kayuhan jarak jauh yang aku buat adalah 30 June lepas. Selepas tu setakat 70 km kayuh sekitar Putrajaya dan perbanyakkan latihan berlari. Tahun Baru 2014 makin dekat. Dan untuk menjadikan penghujung 2013 ini lebih menarik, ada di antara kami mencadangkan kayuhan 120+ km sebagai aktiviti penutup hujung tahun — "Kita ke Ampangan 2, Negeri Sembilan.", kata Faizul. Aku pun meniup terompet hikmat aku dalam group NOGLB kat Facebook dengan tujuan memanggil para Pahlawan Basikal yang sedang tidur: Dan, tak sangka 11 orang menyahut cabaran. Malangnya salah seorang daripada kami tertinggal seluar bib dan terpaksa jadi Marshall selaku jurufoto di sepanjang kayuhan. Ahad 29, 2013, tepat jam 7:25 pagi, kami mulakan kayuhan menuju ke Lebuhraya LEKAS melalui Bangi. Kelajuan sekitar 28-35 km/j hingga memasuki Lebuhraya LEKAS. Tak le laju mana. Tapi aku rasa nak mengelupur jugak le. Betis pun masih terasa sedikit stress hasil kerja keras Putrajaya Night Ride pada Jumaat lepas. Tiba-tiba teringat cramp spray aku tertinggal dalam kereta. Masak! Aku jangkakan aku akan kekejangan kaki sebab kali terakhir kayuhan melebihi 100 km adalah ketika Kuantan Century Ride 2013 lepas. Lagipun sepanjang musim cuti sekolah, aku kayuh pun seminggu sekali atau dua minggu sekali. Tak apalah. Terlajak taip, boleh dipadam. Terlajak kayuh, kalau patah balik, boleh jadi bahan ketawa jiran-jiran aku. Tiba di R n R Beranang, kami 11 orang bergabung dengan Jami Bike Centre (JBC) yang sudah sedia menunggu ketibaan kami semua. Mereka agak ramai iaitu sekitar 20 orang. Dan, kononnya Jami and the Gang akan mengikut sekali ke Ampangan 2. Tapi mengikut pengalaman kami, diawal perancangan memang Jami cakap akan ikut. Tapi last minute beliau akan melencong ke Lenggeng. Memang betul, keputusan last minute beliau menjadi kenyataan; diorang semua berpecah menuju ke Lenggeng. Walaupun tak sampai 20 minit bergabung, ianya tetap menarik. Kelajuan tiba-tiba meningkat dan duduk di dalam peloton memang menjimatkan tenaga. Di Bukit Setul masing-masing lupa diri dan acara break away membuatkan aku, Faizul dan Ajim tercicir. Aku dan Faizul sudah berpakat, walau apa terjadi, kami berdua akan play safe. Bukan apa, kalau cramp, memang gelap masa depan. Dalam 4 kilometer jugak le kami bertiga drafting kereta sokongan JBC ketika mendaki Bukit Setul. Setelah berpecah dengan kumpulan JBC, kami terus ke Ampangan 2. Rashdan selaku jurufoto dan pembawa kereta sokongan menjadi juru arah ke Restoran Syed Maju, Taman Paroi Jaya. Lebih kurang 40 minit lepak, makan, minum sambil sembang, kitorang semua pulang semula ke Putrajaya dengan melalui jalan yang sama ketika kami datang tadi. Lebuhraya LEKAS memang kaya dengan khazanah semulajadi — bukit-bukit sememangnya bersepah dan panas terik jadi penghias seri kayuhan kami. Ada di antara kami 2 bulan tak kayuh. Tapi aku tengok gaya kayuhannya seperti hari Jumaat lepas baru kayuh. Walau apa pun, kayuhan kali ini tiada siapa pun cedera atau menjadi kerakusan cramp. Termasuk aku yang diawalnya aku rasakan kekejangan peha dan betis akan jadi penghalang. Nasib baik kaki aku cergas dan tak ada tanda-tanda kesakitan pada otot. Melainkan bahu aku terasa sedikit sengal. Ini mungkin disebabkan aku dah lama sangat tak kayuh melebihi 3 jam lamanya. Rumusannya, kami berjaya tamatkan kayuhan sejauh 124 km selama 4 jam 23 minit dengan purata kelajuannya adalah 28.3kmj. Tak laju dan kayuhan agak selesa. PS: Terima kasih para peserta Kayuhan Gala Epik 50:50 ke Ampangan 2 iaitu Norman, Jaja, Jeffery, Faizul, Rizal, Faisal, Rashdan, Fahrulrazi, Sahlan, Mie Bulat, Mawi dan juga kumpulan JBC. PPS: Aku sekarang ni agak kurang kayuh basikal. Banyak tengok tv kat rumah. |
You are subscribed to email updates from di ampangan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan