di negeri sembilan - Google Blog Search |
KISAH TUAN TULIS <b>DI NEGERI SEMBILAN</b> | Kisahteladan.info Posted: 03 Jul 2012 03:52 AM PDT Nama sebenar Tuan Tulis adalah Haji Ismail bin Hussein, terkenal sebagai seorang wali Allah yang mendekati masyarakat dengan penuh hikmah. Beliau menjadi tempat rujuk orang ramai dalam pelbagai masalah, khususnya di kalangan penduduk Kuala Talang dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Namanya turut dikenali di kalangan kerabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, kerana beliau pernah mengubati Yang Dipertuan Besar yang pertama yang uzur di London pada tahun 1925, sedangkan pada ketika itu Tuan Tulis sebenarnya sudah meninggal dunia. Setiap malam beliau menyalin matan kitab yang akan dipelajari pada keesokan harinya dengan cara meminjam daripada kawan-kawannya. Begitulah tabiatnya, cerita Tuan Haji Ismail Haji Hussein, imam Masjid Tuan Tulis di Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Melihat kepada tabiatnya yang rajin dan tekun menulis itulah, guru dan sahabat-sahabat sepengajiannya memanggil beliau 'Ismail Tulis'. Gelaran ini sungguh mesra sepanjang beliau dalam pengajian itu. Apabila tamat mengaji, orang orang kampung menghormatinya pula dengan panggilan 'Tuan Tulis'. Kerja-kerja menyalin kitab itu dilakukan secara istiqamah (berterusan) sehingga setiap kitab yang khatam diajar oleh gurunya itu turut siap disalin oleh beliau dengan tulisan tangannya sendiri. Maka banyaklah kitab yang telah siap disalinnya. Yang masih ada dalam simpanan ialah jilid pertama kitab Tafsir Jalalain manakala jilid keduanya sudah hilang bersama banyak lagi kitab lain. Juga masih ada dalam simpanan ialah 30 juzuk Al Quran yang disalin pada masa-masa lapang semasa masih menuntut. Kitab-kitab dan Al Quran yang disalin dengan tulisan tangannya sendiri itu ditulis dengan dakwat yang dibuat sendiri. Antara campurannya ialah arang para dan getah limau kasturi. Penanya dibuat daripada bilah segar kabung. Suatu ketika, tukang cukurnya masuk ke dalam rumah untuk mengasahi pisau, dia terperanjat apabila mendapati Tuan Tulis sudah tidak ada di atas kerusinya. Tuan Tulis telah menghilangkan diri. Tidak lama kemudian Tuan Tulis muncul semula."Ke mana tuan pergi tadi ?" tanya tukang cukur kehairanan. "Aku ke Makkah, bantu memadamkan api kebakaran besar di sana," jawab Tuan Tulis selamba. Peristiwa itu berlaku pada awal tahun 1900. Tuan Tulis kembali ke rahmatullah pada tahun 1922. Bagaimanapun, pada tahun 1925, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Pertama, Tuanku Muhammad ibnu Tuanku Antah, diberitakan telah diziarahi oleh Tuan Tulis ketika sedang terlantar uzur di London. Mereka memang saling kenal-mengenal kerana Kuala Talang tempat tinggal Tuan Tulis berdekatan dengan istana Sri Menanti yang juga dalam daerah Kuala Pilah. Dalam pertemuan di London itu, Tuan Tulis meminta segelas air lalu menjampinya. Air jampi itu disapu di tempat sakit dan selebihnya diminum oleh Tuanku Muhammad. Seketika itu juga Yang Dipertuan Besar merasa sembuh dari penyakitnya. Kemudian Tuanku Muhammad masuk ke dalam bilik untuk mengambil sesuatu (mungkin hadiah). Apabila keluar dari bilik, baginda mendapati Tuan Tulis sudah ghaib. Dalam kehairanan itulah Tuanku Muhammad barn sedar bahawa sebenarnya Tuan Tulis sudah meninggal lebih tiga tahun sudah. Dan kehadiran Tuan Tulis itu secara kerohanian. Pada masa itu juga hati baginda berniat, apabila kembali ke tanah air, baginda akan menziarahi maqam Tuan Tulis. Niat Yang Dipertuan Besar itu ditunaikan beberapa tahun kemudian. Baginda juga menitahkan supaya dibina bangunan di maqam Tuan Tulis di Kuala Talang yang masih wujud hingga sekarang. Demikian kejadian luar biasa yang merupakan karamah yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada Tuan Tulis. Kelebihan seumpama itu ALLAH kumiakan kepada hambahambaNya yang dikehendaki dan disayangi. Mereka yang mendapat kurniaan itu bukan saja dapat menolong orang yang dalam kesempitan secara kerohanian bahkan dapat membantu tentera Islam di medan peperangan menghadapi tentera kafir musyrikin. Banyak lagi perkara pelik yang diceritakan orang mengenai Tuan Tulis. Peerah berlaku ketika Tuan Tulis mengerjakan sawah bendang dengan dibantu oleh anak-anak muridnya, beliau menyajikan mereka buah tamar yang masih segar seolaholah baru dipetik sedangkan di kawasan itu memang tidak ada pokok tamar. Selain dari bertani, Tuan Tulis juga banyak menternak kerbau. Anehnya, kerbau-kerbau peliharaannya tidak seperti kerbau orang lain. Tuan Tulis pernah berpesan kepada kerbaukerbaunya: "Kamu, makan rumput saja, jangan makan padi orang." Dan semua kerbau Tuan Tulis sudah dikenal pasti tidak makan padi walaupun dibiarkan merayau tanpa ditambat. Ini satu keganjilan yang benar-benar berlaku. "Sebab itu orang kampung tidak halau kerbau milik Tuan Tulis yang masuk bendang," cerita Tuan Haji Isa Jaafar, 67 tahun, penduduk di kampung yang berhampiran dengan Kuala Talang. Kehalusan budi Tuan Tulis bukan saja kepada sesama manusia tetapi juga kepada binatang. Satu hari di perjalanan, beliau terserempak dengan sekumpulan semut yang tidak dapat meneruskan perjalanan kerana dihalangi oleh lopak air. Tuan Tulis berhenti dan membuat jambatan kecil sehingga semua semut itu dapat menyeberangi lopak itu. Selepas kematiannya, sewaktu jenazah Tuah Tulis dibawa ke tanah perkuburan, beratus-ratus burung merpati peliharaannya terbang mengiringi dan melindungi jenazah beliau daripada pancaran matahari terik. Dan setelah selesai pengkebumian, kesemua burung merpati itu menghilang entah ke mana, tidak pulang-pulang lagi ke sarangnya. Wallahu a'lam. Sebagai seorang tuan guru yang berwatak pemimpin dan pembimbing, Tuan Tulis menyebarkan ilmu dan mendidik masyarakat secara halus. Baginya pendidikan tidak semestinya berlangsung secara formal di kelas-kelas pengajian atau di masjid dan surau malah yang lebih berkesan pendidikan secara tidak formal (tidak rasmi). Tuan Tulis suka bergaul dengan orangorang jahil dan sentiasa pula menanyakan masalah-masalah yang mereka hadapi. Beliau sentiasa bersabar dengan kerenah mereka dan terus mendampingi mereka untuk tujuan dakwah. "Berdakwah secara menunjuk contoh teladan (lisanul hal) ini amat berkesan di mana akhirnya orang-orang jahil yang liar dengan agama itu terpengaruh dan terikut-ikut dengan tingkah lakunya yang mulia itu," cerita Tuan Haji Isa Jaafar. Menurut Tuan Haji Isa, Tuan Tulis juga menjadi tempat rujuk masyarakat bagi menyelesaikan masalah yang timbul, baik yang berhubung dengan rumahtangga, pertikaian sempadan sawah bendang, kes-kes kecurian dan lainnya. Dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian, Tuan Tulis tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya menunjuk jalan yang terbaik bagi mengatasi masalah mereka. "Cara beliau Yang penuh hikmah itu dapat memuaskan hati semua pihak yang terlibat dalam sesuatu perbalahan," kata Tuan Haji Isa. "Bagaimanapun imej beliau bukan saja sebagai seorang warak yang bijak membuat keputusan tetapi juga seorang tuan guru yang sangat disegani khususnya bagi penduduk Selain mendidik masyarakat secara tidak formal, Tuan Tulis juga mengadakan kelas-kelas pengajian secara formal di surau dan kadang-kadang di rumah. Lama selepas itu, beliau berusaha mendirikan sebuah masjid di Kampung Kuala Talang. Masjid ini didirikan secara gotong-royong bersama penduduk kampung selama dua tahun dan siap dibina pada tahun 1922. Di masjid inilah Tuan Tulis kemudiannya mengajar, mengimami sembahyang jemaah serta membimbing orang ramai dengan ilmu dan amal. Ketika itu pengaruhnya memang sudah besar bukan saja di kalangan penduduk tempatan tetapi juga di kalangan masyarakat sekitarnya. Mereka mengenali beliau sebagai seorang yang alim lagi warak serta seorang wali ALLAH. Menurut Imam Masjid Tuan Tulis sekarang, Tuan Haji Ismail Haji Hussein (namanya kebetulan sama dengan nama sebenar Tuan Tulis), 75 tahun, Tuan Tulis biasanya pakai kain pelikat atau berseluar jerut, baju Melayu atau baju labu ng ahli zikir, dan banyak membaca Al Quran. Ibadahnya kemas dan istiqamah. Selang beberapa bulan selepas menyiapkan pembinaan masjid di Kuala Talang, Tuan Tulis jatuh sakit (sakit tua) dan kembali ke rahmatullah pada hari kesepuluh bulan Ramadhan. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk menemui kekasihnya, ALLAH SWT, sewaktu sedang bertafakur selepas sembahyang Subuh pada kira-kira jam 7.30 pagi. Beliau tidak meninggalkan zuriat dengan isterinya dan tidak juga meninggalkan wang ringgit dan harta melainkan murid-murid yang mendapat ilmu daripadanya serta jariahnya membina masjid yang kekal digunakan sehingga sekarang. None found. |
You are subscribed to email updates from di negeri sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan