Rabu, 18 Disember 2013

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


(Gambar) Kemalangan Maut <b>Di Senawang</b> Melibatkan Enam <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2013 03:47 AM PST

Oh! Media ada melaporkan tentang satu kemalangan lebih kurang jam 4:45 petang di Lebuhraya PLUS Arah Selatan yang membabitkan 6 buah kenderaan berhampiran exit Senawang menghala ke Pedas.

Kemalangan melibatkan sebuah tanker, trailer, Myvi, Innova dan Kawasaki RR. Driver bas meninggal dunia. Baby dalam Myvi cedera manakala ibunya dan bapanya meninggal dunia. Pemandu trailer selamat. Penunggang motosikal patah kaki.

Myvi hancur menyebabkan mayat si ibu dan bapa tidak dapat dikeluarkan. Bayi terselemat kerana si bapa sempat memeluk bayi tersebut. Si ibu dilaporkan mengalami kecederaan yang mengerikan di mana hancur keseluruhan badan.

Innalillah. Takziah dari buat semua keluarga mangsa yang terkorban.

Gambar:






Laporan Kami Petang tadi:

Akibat kemalangan ini, lebuhraya PLUS kedua-dua arah sesak sepanjang lebih 8KM. Dinasihatkan pengguna jalanraya untuk membuat lencongan bagi tidak tersangkut di dalam kesesakan ini.

KEMASKINI:

Bayi yang terselamat pada awalnya akhirnya meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

REMBAU: Tiga termasuk seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Km244.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah ke selatan hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, pemandu bas persiaran warga Singapura Ahmad Zaki Kassim, 33, dan Rasidah Abdul Latip, 30, yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak Rasidah yang berusia 10 bulan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.

Sementara suami Rasidah, Khairul Nazri Yusof, 34, dan seorang penunggang motosikal berusia lingkungan 30-an cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Jurucakap polis berkata kejadian berlaku apabila sebuah lori tangki yang dalam perjalanan dari Seremban menuju selatan dipercayai hilang kawalan dan berpusing.

Katanya akibat itu lori berkenaan kemudian merempuh kereta Myvi yang dinaiki Rasidah bersama suami dan anak mereka serta dan sebuah teksi.

"Kereta Myvi yang dipandu Khairul Nazri terperosok di belakang lori tangki itu sebelum dirempuh pula teksi berkenaan," katanya di lokasi kejadian.

Jurucakap itu berkata tiga kenderaan lain iaitu sebuah lori seberat 16 tan, sebuah bas persiaran dan sebuah motosikal yang mengekori dari belakang turut merempuh lori tangki itu.

"Bas persiaran yang tidak berpenumpang itu yang dipandu Ahmad Zaki melanggar bahagian badan lori tangki berkenaan sebelum lori lain yang membawa bahan binaan dan sebuah motosikal turut melanggarnya," katanya.

Katanya pemandu dan penumpang kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Abd Halil Hamzah mengesahkan kejadian itu dan berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – AWANI

Gambar dan punca model wanita dibunuh kejam <b>di Seremban</b>

Posted: 24 Nov 2013 08:11 AM PST


Gambar dan punca model wanita dibunuh kejam di Seremban - Seorang wanita yang bekerja sebagai model sambilan di Kuala Lumpur ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam sebuah longkang di tepi jalan di Taman Seruling Jaya, Labu selepas mati dibunuh oleh penjenayah.

Jom daftar percuma di SMART POINTS untuk kumpul points anda dan TEBUS dengan barangan Laptop, Camera, Smart Phone, LCD dan banyak lagi.

Cheok Hui Min, 22, yang berasal dari Ampang, Selangor dan tinggal bersama ibunya dipercayai pernah menyertai Pertandingan Ratu Cantik anjuran sebuah akhbar berbahasa Cina awal tahun ini.

Menurut bapa kepada mangsa, kali terakhir dia menghubungi anak bongsunya itu ialah minggu lalu untuk bertanya khabar namun tidak menyangka berkesudahan dengan pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Setakat semalam, polis belum mendedahkan punca pembunuhan, bagaimanapun, mangsa berkemungkinan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di kawasan tersebut. Ini berikutan pihak polis tidak menemui apa-apa dokumen pengenalan diri dan dompet anak turut hilang.


Mydin buka pasar raya terbesar <b>di Seremban</b> 2 - Utusan Online

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

SEREMBAN 13 Dis. - Mydin memperuntukan sebanyak RM275 juta untuk membuka cawangan baharu yang juga pasar raya ke-13 dan terbesarnya di negara ini, di Seremban 2 di sini hari ini.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin berkata, pasar raya besar baharu itu beroperasi dalam bangunan empat tingkat berkeluasan 950,000 kaki persegi memiliki 250 lot perniagaan yang disewa kepada peniaga.

''Sejak kita membuka pasar raya besar pertama tujuh lalu di Mydin Subang Jaya, Mydin Seremban 2 menelan belanja RM275 juta merupakan yang terbesar di negara ini.

''Kita memilih untuk beroperasi di sini kerana populasi penduduk yang mencapai saiz 100,000-150,000 orang di Seremban, tambahan pula ia adalah antara bandar yang kian membangun dan faktor jarak dekat dengan Lembah Klang," katanya selepas merasmikan perasmian pasar raya besar Mydin Seremban 2, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengasas merangkap Pengerusi Kumpulan Mydin, Mydin Mohamed.

Kata beliau, Mydin Seremban 2 juga memperkenal sistem pengimbas layan diri yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara di mana teknologi itu merupakan revolusi baharu bagi meningkat kecekapan operasi.

''Teknologi ini menjimat masa pengguna ketika membuat bayaran dan mampu menjimat masa ketika beratur.

''Perkhidmatan e-bayar juga diperkenalkan bagi memudahkan urusan beli dan paling istimewa, kad Touch & Go boleh diguna untuk membuat pembayaran dengan ini pengguna mempunya pilihan dalam kaedah urus niaga di sini," jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Ameer Ali berkata, Mydin juga akan membuka lima lagi cawangan baharu yang juga pasar raya besar di tiga buah negeri melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM650 juta pada tahun hadapan.

Ujarnya, lima cawangan baharu dijangka dibuka pada Mac hingga April 2014 di Semenyih, Selangor; Gong Badak, Terengganu; Taman Rinting dan Pelangi Indah masing-masing di Johor Bahru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads