Jumaat, 6 Disember 2013

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di nilai negeri sembilan</b> - Google Blog <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2013 09:13 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

05 <b>di nilai negeri sembilan</b> - Google Blog Search - BlOG NEGERI <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2013 09:30 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

05 <b>di nilai negeri sembilan</b> - Google Blog Search - BlOG NEGERI <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2013 09:07 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

05 <b>di nilai negeri sembilan</b> - Google Blog Search - BlOG NEGERI <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2013 09:04 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kerajaan <b>Negeri Sembilan</b> gagal bela peniaga Bumiputera <b>di Nilai</b> 3

Posted: 30 Aug 2013 02:54 AM PDT

Hakikatnya 99 peratus peniaga di Pusat Borong Nilai 3 terdiri daripada warga asing terutama dari Pakistan dan Bangladesh.
Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata beliau kecewa kerana kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan kerana gagal membuka peluang kepada peniaga Bumiputera untuk berniaga di Pusat Borong Nilai 3.
"Hakikatnya 99 peratus peniaga di Pusat Borong Nilai 3 terdiri daripada warga asing terutama dari Pakistan dan Bangladesh.
"Saya mendapat aduan dan saya difahamkan ada yang tidak mempunyai permit. Saya juga tahu peniaga warga asing ini dilindungi oleh seorang yang berpengaruh yang berpangkat Datuk.
"Ramai peniaga Bumiputera yang membuat aduan pada saya, apabila mereka cuba berniaga di Nilai 3, mereka diugut oleh samseng yang dikatakan diupah oleh Datuk tersebut.
"Saya pelik kenapa kerajaan negeri termasuk Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Jabatan Imigresen gagal untuk mengambil tindakan terhadap peniaga warga asing di Nilai 3.
"Apakah wujud unsur rasuah?
"Kenapa Kerajaan Negeri Sembilan membiarkan peniaga warga asing berleluasa di Nilai 3?, tanya Mohd Ridzuan.
Ridzuan berkata sebelum sambutan Hari Raya, beliau menghantar memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung kebanjiran peniaga warga asing di seluruh negara.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) pernah mengeluarkan kenyataan mengenai seramai 45,000 warga asing dilindungi oleh majikan.
"KDN berkata tangkapan akan dibuat selepas Hari Raya tetapi saya belum nampak lagi sebarang tindakan untuk menangkap peniaga warga asing secara besar-besaran.
"Saya juga akan menghantar satu lagi memorandum kepada KDN dalam masa terdekat berhubung hasrat kerajaan ingin membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh.
"Angka ini membimbangkan kerana 1.4 juta orang itu merupakan lima peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Ini belum termasuk warga Bangladesh tanpa permit ketika ini.
"Saya menuntut penjelasan dari KDN agar memberi pecahan berapa ramai pekerja Bangladesh yang hendak digunakan mengikut sektor.
"Kerajaan kata mereka mewujudkan projek mega untuk membuka peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
"Jika 1.4 juta pekerja Bangladesh di bawa masuk, apa jaminan rakyat tempatan mendapat peluang pekerjaan dalam projek mega? Habis rakyat tempatan nak ke mana?, soal Mohd Ridzuan lagi.

BUMBUNG BOCOR <b>DI</b> SRI PAJAM, <b>NILAI</b>, <b>NEGERI SEMBILAN</b>

Posted: 03 Jul 2013 07:15 PM PDT

Saya telah dihubungi oleh En. Zaini yang tinggal di Taman Mulia, Sri Pajam, Nilai, Negeri Sembilan. Beliau telah meminta saya mencari punca kebocoran yang sering terjadi apabila hujan. Terdapat beberapa kesan air di siling rumah beliau. Saya telah memanjat bumbung dirumah beliau dan mendapati kedudukkan rabong telah beralih dari tempat asal. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini. Untuk memahami punca-punca berlakunya kebocoran sila lihat penerangan dibawah  dan pada entri-entri saya di sini dan sini sebelum ini.
Ini adalah rabong yang telah beralih kedudukkannya. Terdapat simen yang ditutupi bahagian tepi rabong telah pecah.

Gambar rabong yang telah diambil dari dekat. Terdapat beberapa keping atap genting yang telah pecah.

Ini adalah proses membuka dan mengeluarkan rabong yang telah rosak dan pecah tadi. Proses membuka sedikit demi sedikit rabong dan atap genting. Disamping itu, proses mengenal pasti kebocoran selain daripada rabong yang beralih tempat tadi. Ini adalah proses menyusun semula rabong ke kedudukkan asal. Sebelum penyusunan itu dilakukan, satu lapisan yang dipanggil 'roofing flat' telah dipasang terlebih dahulu. Setelah itu, barulah dibahagian tepi rabong disimen semula supaya rabong ini tidak beralih dari kedudukkannya. En. Zaini telah meminta saya memasang inlet dan outlet bagi mesin basuhnya. Gambar ini adalah sebelum inlet/outlet dipasang. Gambar ini pula setelah inlet dan outlet dipasang.

PENERANGAN

Keretakkan Konkrit :- 
keretakan kontrit sering berlaku pada bumbung rumah yang dibina dengan menggunakan cara 'concrete slab gutter'. Kebiasaannya amat sukar untuk mengenal pasti tempat berlakunya kebocoran dengan tepat.

Keretakkan atap genting :-

  • keretakkan atau pecah pada rabong atau atap genting biasanya berlaku semasa pemasangan atap dilakukan. Ini terjadi kerana pekerja-pekerja pemasangan atap akan berjalan dan memijak atap-atap tersebut.
  • hujan yang lebat serta ribut juga boleh menyebabkan atap genting pecah dan rabong akan teralih dari tempat asalnya. Ribut juga boleh membawa objek-objek keras seperti batu dan besi dan menghempap bumbung.
  • atap genting yang pemasangannya adalah baru, jika kebocoran berlaku ia mungkin disebabkan oleh kecerunan atap yang rendah. Apabila hujan turun dengan lebat disertai dengan angin yang kuat ia akan menolak air yang turun naik keatas semula (berpatah balik atau 'reverse flow'). Jika selisih atau cerun atap rendah maka mudahlah air menitis ke dalam siling rumah.
  • adalah sukar untuk mengenalpasti berlakunya kebocoran jika ada pemasangan aluminium foil dibawah atap kerana ia menghalang kita mengenal pasti tempat sebenar yang bocor.

Mengantar Pengantin @ <b>Nilai</b>, <b>Negeri Sembilan</b>. - Kehidupan Dunia <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2013 09:46 PM PDT





Kelmarin Ahad 08/09/2013 tibalah masa pihak keluarga belah perempuan @ my cousin pula "Mengantar Pengantin" di Kampung Jijan, Nilai.


Keluarga kami datang dalam 15 buah kereta semuanya.. huhuhu.. berkumpul di satu rumah berdekatan dengan rumah pengantin lelaki dulu.. sembang-sembang.. makan-makan dulu.. pastu lebih kurang jam 1 baru lah berkumpul semula untuk memulakan acara.



Keluarga belah lelaki nie rasanya berketurunan minang.. majlis perkahwinan nie penuh dengan adat istiadat... ramai dayang-dayang dan hulubalang yang menjadi pengiring kepada pasangan pengantin dan keluarga.. huhu glamerr you! :D
Ahli keluarga mengiringi sambil membawa barang-barang hantaran.
Haa.. macam-macam ado kan.. hehehe.. First time tengok kenduri kahwin macam nie.. terujaa.. :D Dendangan lagu dan tarian, sajak dan pantun.. kata-kata aluan.. dan makanan pun sedap-sedap belaka. Pasangan pengantin nie memang Raja Sehari.. tengok laa kuning menyala youu.. hik3x..
Tahniah Kak Idah sekeluarga ucapkan kepada Nurul & Azleey, semuga rumahtangga kalian bahagia, dirahmati dan aman damai selamanya.. dianugerahkan anak yang ramai dan kemurahan rezeki... Jangan lupa datang rumah yee... :)
** "Mengantar Pengantin @ Bertandang" bermaksud pihak keluarga beramai-ramai mengiringi  pengantin untuk dihantar ke rumah pasangannya dengan mengikut istiadat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads