Jumaat, 6 Disember 2013

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


ROBOH KAMPUNG CINA <b>DI MANTIN</b>, DAP PERSIAPKAN BARISAN <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2013 03:00 AM PDT

Apa lagi dalih dan alasan yang boleh diberikan oleh DAP tentang sikap chauvinist mereka? Selalunya DAP mendabik dada kononnya, parti tersebut adalah parti yang memperjuangkan semua bangsa di Malaysia. Kononnya tidak ada dasar rasisme yang wujud dalam DAP dan semua orang dilayan sama. 
Hakikatnya, semua itu pembohongan semata-mata seperti mana bohongnya Guan Eng dan Kit Siang tentang penguasaan mutlak mereka terhadap DAP!
Tentu kita masih ingat tentang TRAGEDI KAMPUNG BUAH PALA atau HIGH CHAPPARAL di Pulau Pinang yang telah menyaksikan bagaimana TEGASNYA Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP untuk merobohkan perkampungan tersebut, meskipun rayuan dibuat oleh pelbagai pihak agar kampung berkenaan dikekalkan berbanding memberi laluan kepada pembangunan perumahan mewah yang bukan untuk rakyat negara ini. 
Namun apa yang berlaku selepas itu amat menyedihkan. Bukan sahaja Lim Guan Eng tidak pernah tampil bersemuka dengan wakil penduduk, bahkan dengan penuh kesombongan mengalahkan Maharaja Tanah Besar Negeri China, Guan Eng memerintahkan agar perkampungan tersebut dihapuskan dan dilenyapkan terus dari muka bumi ini. Kampung Buah Pala tidak boleh wujud lagi walaupun atas namanya semata-mata. 
Sekarang, DAP sedang melalak-lalak tentang KAMPUNG HAKKA di Mantin, Negeri Sembilan. Kawasan yang begitu kuat menyokong DAP, kini berhadapan dengan proses pembangunan semula. Cina-Cina di perkampungan tersebut menafikan yang mereka adalah setinggan, sebaliknya mereka adalah penduduk kampung tradisi. 
Oleh kerana terdapat STATUS TRADISI, maka Kerajaan Negeri Sembilan tidak boleh sama sekali menghapuskan perkampungan berkenaan. 
Dengan bermodalkan CINA dan KAMPUNG TRADISI, Anthony Loke yang juga merupakan ADUN Chennah merangkap Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan mula memperjuangkan kepentingan kaum Cina. (BACA DI SINI)
Persoalan yang paling menarik untuk kita perhatikan dan perhalusikan ialah, di mana Anthony Loke dan DAP pada ketika perkampungan bukan Cina dirobohkan? Dan tatkala mereka sendiri melakukan perobohan bagaimana alasan yang mereka berikan selain penyelesaian yang dibuat? 
Adakah cukup dengan hanya janji-janji kosong sepertimana yang diberikan kepada penduduk Kampung Buah Pala dan kemudian dibangga-banggakan sepertimana yang dilakukan oleh Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvam?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads