Sabtu, 30 November 2013

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


RTC Kuala <b>Linggi</b> sentiasa &#39;hidup&#39; - Utusan Online

Posted: 27 Nov 2013 10:50 AM PST

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
pengarang@utusan.com.my

PENUNTUT Institut Kemahiran Belia Negara Alor Gajah menunjukkan hasil ukiran buah dalam Karnival Segar dan Lazat di RTC Kuala Linggi, Melaka, baru-baru ini.

ALOR GAJAH 27 Nov. - Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Linggi di sini yang menjadi ikon kebanggaan penduduk setempat kini berusia lebih setahun.

Sejak pembukaan rasminya pada 10 November tahun lalu, RTC Kuala Linggi yang terletak di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini tidak pernah sunyi daripada kunjungan masyarakat setempat.

Bukan sahaja pada hari bekerja bagi menjalankan pelbagai urusan malah ia sentiasa 'hidup' biarpun pada cuti hujung minggu.

Bangunan yang menelan kos RM4.6 juta itu telah memperlihatkan peranannya bukan sahaja sebagai pusat perkhidmatan di bawah satu bumbung atau pusat sehenti bagi pelbagai perkhidmatan malah turut menjadi pusat perjumpaan dan aktiviti penduduk setempat.

Matlamat asal penubuhannya ialah untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat tanpa perlu ke bandar yang secara langsung menjimatkan masa dan kos mereka untuk menjalankan pelbagai urusan.

Selain dapat memberikan manfaat kepada lebih 400 ahli Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat, RTC Kuala Linggi juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan daripada agensi berkaitan.

Antara agensi kerajaan yang beroperasi di RTC ialah Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Tekun, Klinik 1Malaysia, Agro Bank, Pejabat Tanah dan Galian Alor Gajah dan Pejabat Daerah Alor Gajah.

Selain itu, terdapat juga kemudahan lain seperti jeti nelayan, balai nelayan, stor, kantin, surau dan tandas.

Dengan adanya RTC ini, hampir keseluruhan urusan seharian penduduk setempat dapat dilakukan tanpa perlu ke bandar dan ini ternyata telah memberikan banyak kelebihan kepada penduduk.

Menyerlahkan lagi peranannya, kompleks ini juga dijadikan terminal tukar barang (barter trade) selepas operasinya di Sungai Rambai dipindahkan ke sini pada 1 April lalu.

Namun, pada hujung minggu, peranan RTC ini berubah menjadi lokasi berlangsungnya pelbagai program komuniti yang dianjurkan agensi kerajaan secara bergilir-gilir setiap minggu dalam usaha menghidupkan pusat berkenaan.

Daripada sebagai sebuah pusat perdagangan dan perkhidmatan, pusat itu menjadi lebih meriah pada hujung minggu berbanding hari biasa yang pengunjungnya cuma datang untuk menjalankan urusan harian seperti pembayaran bil utiliti.

Terbaharu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri menganjurkan Karnival Segar dan Lazat yang berjaya menarik kehadiran ramai penduduk setempat.

Karnival itu dilihat berjaya mencapai sasarannya apabila mendapat penyertaan menggalakkan daripada penduduk setempat dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan terutamanya yang melibatkan kanak-kanak dan golongan suri rumah.

Pengarah FAMA negeri, Mohd. Nawi Othman berkata pada karnival berkenaan, FAMA bukan sahaja dapat mempromosikan produknya, malah membantu meningkatkan kemahiran penduduk setempat khususnya golongan suri rumah melalui demonstrasi memasak, menggubah bunga dan ukiran buah.

Menurutnya, setiap minggu pelbagai program akan diadakan di RTC ini yang dijalankan oleh agensi kerajaan secara bergilir bagi membantu kerajaan negeri mempromosikan pusat sehenti ini kepada masyarakat.

"Pendekatan serampang dua mata dijadikan sebagai objektif karnival ini iaitu selain mempromosi produk FAMA dan membantu penduduk setempat ia juga secara tidak langsung menonjolkan peranan RTC yang masih ramai tidak mengetahuinya," katanya.

Katanya, melalui karnival berkenaan yang berkonsepkan santai dan tidak rasmi itu dapat merapatkan lagi hubungan antara pelbagai agensi dengan orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads