05 di jempol - Google Blog Search |
Pas calonkan penyanyi “Janji Manismu” <b>di Jempol</b>-PRU-13 <b>...</b> Posted: 04 Apr 2013 05:33 AM PDT KUALA LUMPUR 4 April – Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu", Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin dilaporkan akan bertanding mewakili Pas di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Pengumuman mengenainya dibuat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman Melewar di sini malam tadi. Bagaimanapun, Aisah yang cuba dihubungi Utusan Online tidak menjawab panggilan telefon manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar sehingga kini tidak dibalas. Sementara itu, portal berita Antara Pos melaporkan, Aishah terkejut dengan pengumuman tersebut kerana beliau hanya bercadang menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. "Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya yang dipetik daripada Antara Pos hari ini. Dengan pengumuman itu, Aishah menjadi artis propembangkang pertama yang diumumkan sebagai calon bagi PRU-13. – UTUSAN ONLINE- 306 total views, 3 views today |
You are subscribed to email updates from di jempol - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan