di negeri sembilan - Google Blog Search |
19,709 calon PMR <b>di Negeri Sembilan</b> - Utusan Online Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT Oleh FARABI SAID Muhammad Haziq Azfar Azhar terpaksa menduduki perperiksaan PMR dengan menggunakan komputer selepas cedera kemalangan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, semalam. SEREMBAN 2 Okt. - Sebanyak 19,709 calon menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Negeri Sembilan bermula hari ini dan esok serta pada 7, 8 dan 9 Oktober ini. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), Kalsom Khalid memberitahu, sebanyak 150 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negeri bagi menempatkan 19,709 pelajar sekolah bantuan penuh kerajaan manakala selebihnya daripada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) selain sekolah swasta dan calon persendirian. "Selain itu, calon-calon PMR di negeri ini juga terdiri daripada 689 calon Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), 522 calon daripada MRSM dan 689 calon sekolah swasta," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Tambah beliau, turut mengambil peperiksaan ialah calon bekerperluan khas yang mana sebanyak 121 calon mengambil peperiksaan PMR di seluruh negeri ini. Kata Kalsom, secara keseluruhannya, perjalanan peperiksaan lancar tanpa sebarang insiden dan pihaknya berharap keadaan itu berterusan sehingga tarikh peperiksaan tamat. "Kita juga telah meminta kesemua pegawai mengambil langkah proaktif dalam memantau keadaan dengan mengarahkan semua pengetua berada di sekolah masing-masing," katanya. Beliau turut mengingatkan calon bersiap sedia awal dengan membawa dokumen yang lengkap. "Calon diingatkan membawa dokumen pengenalan diri, kenyataan kemasukan peperiksaan dan alat tulis selengkapnya pada hari peperiksaan," katanya. |
You are subscribed to email updates from di negeri sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan