Selasa, 22 Oktober 2013

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Rumah sewa <b>di Serting</b> Ulu musnah terbakar ABN News | BM

Posted: 13 Aug 2013 11:57 PM PDT

JEMPOL – Sebuah rumah kampung yang disewa lima rakyat Indonesia di Kampung Serting Ulu dekat sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ketika kejadian, kesemua penghuni rumah itu keluar makan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol, Halim Khamis berkata, kebakaran dilapor pada pukul 10.47 malam dan api dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 12.20 tengah malam.

"Ketika dua jentera dengan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang dan Bandar Seri Jempol tiba di lokasi, kesemua struktur rumah habis dijilat api," katanya ketika dihubungi hari ini.

Turut hangus ialah sebuah motosikal.

Beliau berkata, kerugian dianggar RM90,000 dan punca kejadian masih disiasat. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads