Ahad, 22 September 2013

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Mohamad Hasan ditentang satu lawan satu <b>di Rembau</b>

Posted: 21 Sep 2013 04:54 AM PDT

SEREMBAN 21 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau bakal menghadapi saingan satu lawan satu dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Datuk Rais Zainuddin setelah pencalonan tamat pada 5 petang ini.

Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad pula menghadapi saingan tiga penjuru dengan dua anggota jawatankuasa bahagian iaitu Mazmam Mansor dan Ramli Awang bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang.

Tokoh politik bersuara lantang, Datuk Ishak Ismail turut menghadapi dua pencabar yang berhasrat merebut jawatannya selaku Ketua UMNO Bahagian Seremban iaitu ADUN Ampangan, Abu Ubaidah Redza dan Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Md. Yusof Harmain Shah.

Di Jelebu pula, menyaksikan pertangingan satu lawan satu bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian antara Ahli Parlimen Jelebu, Zainuddin Ismail dengan Datuk Jalaluddin Alias yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian itu.

Beberapa pemimpin lain yang mempertahan jawatan selaku Ketua UMNO Bahagian termasuk Datuk Ismail Lasim (Kuala Pilah), Datuk Hashim Rusdi (Rasah), Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (Tampin) dan Datuk Lilah Yasin (Jempol).

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno negeri, Datuk Khalid Yunos berkata, proses penghantaran borang yang bermula 8 pagi sehingga pukul 5 petang tadi berjalan lancar dengan tiada borang yang ditolak.

Katanya, semua borang pencalonan itu akan dihantar ke Ibu Pejabat Umno Kuala Lumpur untuk diteliti sebelum keputusan muktamad mengenai pencalonan dibuat.

"Sekiranya ada borang yang bermasalah keputusan muktamad sama ada untuk menerima atau menolak pencalonan akan diputuskan oleh ibu pejabat di Kuala Lumpur kerana kita di negeri tiada kuasa untuk menolak mana-mana borang calon," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads