Ahad, 22 September 2013

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


PERCUBAAN KAYAK FISHING <b>DI</b> KUALA <b>LUKUT</b>( hari ke - 2)

Posted: 18 Sep 2013 05:52 AM PDT

Selepas memancing di Kelong Pozi, Muaz ajak aku bergerak ke Pulau Burung kerana angin dah mula bertiup sepoi2 bahasa manakala kaki langit pula kelihatan gelap. Sedang berkayuh tu, tetiba sahaja angin bertiup makin kencang. Pulau yang kelihatan dekat seperti menjadi jauh kerana kami terpaksa berkayuh menentang arah angin. Selepas berhempas pulas lebih kurang sejam, kami pun sampai juga sewaktu senja telah menjelma. 
Sesampai di pulau Burung, terus aku dan muaz pasang hammock dan memasang unggun api. Angin terus bertiup kencang dari pelbagai arah. Aku dan muaz pula hanya bawa bekalan maggi. Jadi , malam tu kami makan meggi ikan tenggiri, senangin dan parang hahhaha... nak buat macam mana kena makan habis juga la kerana tak bawa bekalan ais. Dah makan tu aku berborak sahaja dengan Muaz dari cerita camping hinggalah ke politik. Sedar2 saja dah pukul 1 pagi. Apa lagi, tidur sajalah.
Esoknya, awal2 lagi aku dah kejutkan Muaz kerana nak kejar arus laut yang masih bergerak menuju arah kelong. Kalau kayak mengikut arus memang senag di tambah lagi pertolongan angin. Tak samapai 30 minit kami dah sampai tepi Kelong Pozi. Macam biasa, aku apolo tamban dan selar. Pagi tu memang banyak tamban dan selar. Aku cangkuk sekor anak selar pada mata kail Muaz. Oleh kerana arus perlahan, aku dan muaz guna teknik drift sahaja. Nampaknya pagi ni tak ada pula ikan2 yang nak rabut umpan. Sedang asyik aku melayan apolo selar, tetiba saja joran Muaz berdesing dengan hujung joran lentok habis. Kelam kabut juga Muaz melayan joran. Aku agak sekali lagi senangin meragut umpan berdasarkan larian yang bersepah di sekeliling kayak. Akhirnya, Muaz berjaya juga menaikan seekor lagi. Menjerit kegembiraan Muaz kerana inilah rekod peribadi beliau menaikan seekor senangin yang besar. 
Aku cuba beralih tempat ke arah beting dan berjaya menaikan seekor anak kerapu dan gerut2 sahaja.oleh kerana hari pun dah hampir tengahari, Muaz ajak aku pulang ke jeti kerana kami pun ada komitmen lain selepas ini. Sampai saja di jeti, terus kami singgah kedai Pozi mengisi perut yang dah mengeroncong. 
Sebenarnya, aktiviti aku dan Muaz dan hanya sekadar survay untuk membuka pakej KAYAK FISHING di Kuala Lukut.
Jika ada sesiapa nak cuba aktiviti kayak, memancing dan berkhemah bolehlah menghubungi saya di 0126804742 - Sabri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads