Khamis, 26 September 2013

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Khaidir tanding Ketua UMNO Bahagian <b>Rasah</b> - Utusan Online

Posted: 20 Sep 2013 11:29 AM PDT

SEREMBAN 20 Sept. - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Rasah, Khaidir Jamal mengumumkan bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian tersebut dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Bukit Kadir, Nilai itu berkata, keputusan tersebut dibuat bagi menyahut seruan parti yang mahu para pemimpin pelapis tampil mengukuhkan UMNO terutama di peringkat akar umbi.

Beliau yang juga Pegawai Khas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, keterbukaan yang ditunjukkan UMNO dalam pemilihan kali ini mendorongnya menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan.

"Saya berharap dapat mengukuhkan kedudukan parti terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Presiden Alumni Majlis Belia Negeri Sembilan itu akan bersaing dengan penyandang jawatan berkenaan, Datuk Hasim Rusdi yang mempertahankan kedudukannya.

Hasim adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu dan Ahli Exco kerajaan negeri serta Setiausaha UMNO negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads