Khamis, 26 September 2013

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Ismail Lasim dicabar Samad jawatan ketua <b>di Kuala Pilah</b> | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2013 02:57 AM PDT

SEREMBAN 21 Sept. – Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim hari ini dicabar Ketua Penerangannya, Datuk Abd. Samad Ibrahim untuk jawatan tersebut pada pemilihan parti itu yang akan diadakan bulan hadapan.

Abd. Samad yang datang sendiri menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian itu di Wisma UMNO pada pukul 11 pagi tadi memberitahu, dia mahu melonjakkan prestasi parti itu khususnya di Kuala Pilah serta menjadikan ia sumber kekuatan bangsa Melayu.

"Saya mahu melakukan transformasi dalam UMNO Bahagian Kuala Pilah ini dan melihat ia relevan kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar di Wisma UMNO di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti memberitahu, selain memperkasakan UMNO, beliau akan bekerja kuat untuk memastikan Kuala Pilah ini menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelak.

Jelasnya lagi, UMNO Bahagian Kuala Pilah perlu diberi nafas baharu dan perubahan wajar dilakukan demi memastikan kekuatannya.

"Saya berjanji akan terus berusaha gigih dan memberikan sepenuh komitmen kepada parti. Jika kita tidak berubah dan masih statik seperti biasa, saya bimbang pengundi yang akan berubah nanti," ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads