Isnin, 30 September 2013

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


Pertahan Rumah Rakyat: Arutchelvan, 11 lagi ditahan <b>di Mantin</b>

Posted: 29 Sep 2013 10:54 PM PDT



Setiausaha agung PSM S Arutchelvan dan 11 orang yang lain ditahan hari ini ketika berhimpun bagi menyekat tindakan pamaju yang ingin meruntuhkan rumah penduduk di satu kawasan kampung di Mantin, Negeri Sembilan.
Arul dalam tulisannya di Facebook berkata, beliau serta enam aktivis dan lima orang penduduk berkenaan dibawa ke satu balai polis di Mantin.
Difahamkan, seorang dari penduduk berkenaan turut cedera dalam kejadian tersebut.
Seramai kira-kira 90 orang penduduk dan aktivis berkenaan pada awalnya berhimpun di kampung tersebut untuk berunding dengan pemaju, polis dan wakil mahkamah yang tiba untuk meranapkan struktur di kampung berkenaan.
Rundingan tersebut berakhir pada jam 11.20 pagi dan pihak berkuasa meneruskan tindakan menahan individu yang cuba menyekat perobohan berkenaan.
Dalam kejadian sama pada 12 September lalu, ketua kammpung dan para peserta perhimpunan yang lain turut ditahan kerana membantah tindakan perobohan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads