Ahad, 18 Ogos 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


200 ekor lembu sudah dijual <b>di</b> Mantai Perdana <b>Negeri Sembilan</b> <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2013 10:43 AM PDT

_DSC1277

Seremban, 06 Ogos –  Mantai Perdana Negeri Sembilan 2013 masuk tahun keenam dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan di tapak bekas Kem Paroi, di sini.

Malam ini sahaja, 200 ekor lembu telah dijual kepada orang ramai dengan harga RM20.00 sekilo berbanding di pasaran luar di mana kebanyakan pengusaha mantai perdana adalah terdiri daripada pengusaha di bawah pengelolaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, berkesempatan hadir meninjau orang ramai berpusu-pusu mendapatkan bekalan daging, lembu, kerbau, kambing, rusa, ayam di sini.

Beliau turut berpuas hati dengan perkembangan mantai yang berlangsung bermula hari ini sehingga esok.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan para peniaga yang amat berpuas hati dengan sambutan orang ramai di sini dan masing-masing dijangka akan menambahkan jualan masing-masing keesokan hari.

Namun begitu, walaupun bekalan dijangka mencukupi, orang ramai dinasihatkan segera mendapatkan bekalan daging di sini.

Ini berikutan daripada sambutan amat menggalakkan walaupun ia akan berlangsung sehingga lewat petang esok, tidak bererti bekalan sempat sehingga petang.

Menteri Besar berkata, hasil jualan daging di sini merupakan hasil ternakan mereka yang mendaftar dengan jabatan veterinar dan kerajaan negeri tidak berhasrat akan menghentikan program ini demi memberi keselesaan kepada pengguna bagi mendapatkan harga berpatutan.

Katanya di sidang media ringkas di majlis sama.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Dr. Awaluddin Hj Said, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Hj Mat Ali Hj Hasan dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads