05 di jempol - Google Blog Search |
RAKYAT MARHAEN: Bekas IGP kait tembakan <b>di Jempol</b> dengan <b>...</b> Posted: 28 Jul 2013 01:19 AM PDT Percubaan membunuh pengerusi NGO anti-jenayah, MyWatch, R Sri Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan anggota polis dengan sindiket jenayah, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Menulis dalan Twitter, beliau berharap pihak polis akan melakukan siasatan menyeluruh untuk mengesan suspeknya kerana Sanjeevan telah menerima beberapa ancaman ekoran pendedahannya mengenai penglibatan polis dengan aktiviti sindiket jenayah dan aktiviti haram. Menurut akhbar TheStar, Sanjeevan ditembak pada kira-kira jam 4.30 pagi semalam di Jempol, Negeri Sembilan. Beliau dilaporkan dalam keadaan stabil tetapi kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Pilah. Menurut laporan itu lagi, Sanajeevan sedang merokok dan menurunkan cermin kereta apabila dua lelaki bermotosikal merah datang dari belakang. Pemboncengnya, menurut laporan itu, kemudian mengeluarkan pistol dan menemba Sanjeevan. Dia cedera di dada kanannya tetapi tak pasti berapa banyak tembakan dilepaskan. Antara lain, Musa mendakwa terdapat pegawai polis berpangkat tinggi yang ada kaitan dengan sindiket jenayah. Berikutan ini, Sanjeevan telah menerima beberapa ancaman bunuh dan telah diserang di Kuala Lumpur pada bulan April. |
You are subscribed to email updates from di jempol - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan