05 di serting - Google Blog Search |
- Cerita Kami...: Majlis kenduri kahwin Akhmal <b>di Serting</b>
- BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search
- Hutan Lipur <b>Serting</b> Ulu diberi nafas baru | n9kini.net
Cerita Kami...: Majlis kenduri kahwin Akhmal <b>di Serting</b> Posted: 24 Jun 2013 08:12 PM PDT Sabtu lepas telah berlansungnya majlis kenduri Akhmal di Serting. End of June dulu kat belah perempuan di Sepang. Ceritanya Di Sini Kali ni kat belah lelaki pula. Kami adik beradik hanya dapat sampai pada hari langsung. Hari Sabtu lah ya... Kira pagilah jugak sampai. Dengarnya ada yang bertolak dari KL selepas subuh...... Aku kalau tidak pun pagi juga sampai tapi disebabkan sesat barat makanya dalam pukul 11 baru sampai. Kira pagilah jugak kan???? Lagi pun masa aku sampai tu, tetamu jemputan abang aku tak ramai lagi yang sampai..... kira selamatlah..... kalau tidak mampus kena kutuk....... Aku kalau ke rumah abang aku ni kalau tak sesat tak sah. Setiap kali kerumahnya mesti sesat barat. Tanah rancanganlah katakan, banyak sangat simpangnya........ konfius sekejap....... Rasa bersalah tu ada jugalah, sebab sepatutnya kat rumah adik beradik kena awallah sampai, tapi disebabkan bekerja so hari langsunglah sampainya. Lagipun nak berewang, orang-orang Felda dah ramai. Kami sampai-sampai pun hanya duduk lepak-lepak ajer........ ahli keluarga Linggi sedang bergossip pengantin..... pelamin kat luar rumah...... pengantin kat meja santapan jiran tetangga yang datang menolong mereka-mereka yang menyediakan juadah kenduri...... blogger Yati yang sedang menikmati juadah pengantin...... Lepas ajer pengantin dan ahli keluarga belah perempuan bangun maka meja santapan ni diserbu oleh ahli keluarga belah Linggi pula....... adik aku yang kat Pandan tu dengan husbandnya...... meriah sungguh....... Pak Cik ngan Mak Su pun joint sekali........ Kami semuanya bertolak balik kerumah masing-masing petang tu jugak, setelah menolong mengemas serba sedikit (buat syarat ajer)........ hahaha.... terukkan....... Sempat lagi tu membungkus makanan..... penuh bonet kereta masing-masing...... | ||||||
BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search Posted: 13 Jul 2013 03:23 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||||||
Hutan Lipur <b>Serting</b> Ulu diberi nafas baru | n9kini.net Posted: 29 Jun 2013 10:15 AM PDT SERTING ULU – Hutan Lipur Serting Ulu di sini, diberi nafas baru apabila bakal dinaik taraf dalam masa terdekat selepas mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM350,000. Adun Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berkata, ketika ini kawasan tersebut masih aktif dengan pelbagai aktiviti terutamanya perkhemahan pada hujung minggu melibatkan agensi kerajaan mahupun sekolah. Menurutnya, surau dan dewan terbuka di kawasan itu juga akan dinaik taraf selain dua kedai makan, dua kolam mandi untuk kanak-kanak serta dewan akan dibina. "Memandangkan kawasan ini sering dikunjungi orang ramai, kita juga akan menambah kemudahan lampu jalan. "Projek naik taraf tersebut akan selesai sekitar dua tiga bulan ini," katanya. Shamsulkahar berkata, selepas dinaik taraf, pihaknya menjangkakan lebih ramai pengunjung akan datang ke sini untuk mengadakan aktiviti riadah. "Jika ramai yang berkunjung ke sini, pendapatan penduduk setempat yang berniaga di sini juga akan bertambah baik. "Oleh itu, diharap belia mahupun penduduk kampung dapat menyambut sambut baik usaha ini," katanya. Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati bahagian atas hutan lipur ini agak sunyi, namun ianya kembali rancak dengan aktiviti perkhemahan yang dijalankan oleh Berhulu Camp pada hujung minggu. |
You are subscribed to email updates from di serting - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan