Selasa, 6 Ogos 2013

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Taska Politeknik <b>Nilai Negeri Sembilan</b> [14 Jun <b>...</b>

Posted: 07 Jun 2013 06:27 PM PDT

Jawatan Kosong di Taska Politeknik Nilai Negeri Sembilan [14 Jun 2013]

1. JAWATAN KOSONG ( GURU / PENGASUH BAYI )

TANGGUNGJAWAB: 

(a) menjaga kanak-kanak mengikut tugasan yang diberikan. 

(b) memastikan keadah memberi makanan dilakukan mengikut cara yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan. 

(c) melaporkan segera kepada penyelia sekiranya terdapat kanak-kanak yang disyaki telah didera atau teraniaya. 

(d) memberitahu kepada penyelia jika terdapat sesuatu tanda awal penyakit pada kanak-kanak. 

(e) menyediakan laporan harian aktiviti kanak-kanak kepada penyelia. 

(f) menjalankan aktiviti dalam atau luar taska yang dirancang oleh penyelia 

(g) memastikan keselamatan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti 

(h) memaklumkan kepada penyelia, ibu bapa atau penjaga kanak-kanak jika berlaku kemalangan, kecederaan atau jika kanak-kanak memerlukan rawatan perubatan 

(i) mempamerkan perlakuan yang dicontohi sama ada bertutur, tingkahlaku, penampilan diri dan sebaginya semasa di taska. 

KELAYAKAN : 

a. Warganegara Malaysia 

b. Minat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, bersikap penyayang, penyabar dan suka dengan bayi/anak-anak. 

c. Dapat membaca al-Quran dengan baik 

d. Umur 18 – 45 tahun. 

GAJI : 

RM600 untuk 3bulan pertama ( tempoh percubaan) 

RM800 selepas 3 bulan 

WAKTU BEKERJA : 

Pukul 7.00 pagi – 5.00petang 

CARA MEMOHON : 

Sila Hubungi Pn Mastura : 013-3376317 , Pn Zaiton : 013-3284455 dan Pn Dewi Maharah : 019-2262333 

Hantar resume ke : 

TASKA POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN 

KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK 

71760 BANDAR ENSTEK, N.SEMBILAN 

Pada atau sebelum 14 JUN 2013

bumbung bocor <b>di</b> sri pajam, <b>nilai</b>, <b>negeri sembilan</b> - about plumbing <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2013 07:15 PM PDT

Saya telah dihubungi oleh En. Zaini yang tinggal di Taman Mulia, Sri Pajam, Nilai, Negeri Sembilan. Beliau telah meminta saya mencari punca kebocoran yang sering terjadi apabila hujan. Terdapat beberapa kesan air di siling rumah beliau. Saya telah memanjat bumbung dirumah beliau dan mendapati kedudukkan rabong telah beralih dari tempat asal. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini. Untuk memahami punca-punca berlakunya kebocoran sila lihat penerangan dibawah  dan pada entri-entri saya di sini dan sini sebelum ini.
Ini adalah rabong yang telah beralih kedudukkannya. Terdapat simen yang ditutupi bahagian tepi rabong telah pecah.

Gambar rabong yang telah diambil dari dekat. Terdapat beberapa keping atap genting yang telah pecah.

Ini adalah proses membuka dan mengeluarkan rabong yang telah rosak dan pecah tadi. Proses membuka sedikit demi sedikit rabong dan atap genting. Disamping itu, proses mengenal pasti kebocoran selain daripada rabong yang beralih tempat tadi. Ini adalah proses menyusun semula rabong ke kedudukkan asal. Sebelum penyusunan itu dilakukan, satu lapisan yang dipanggil 'roofing flat' telah dipasang terlebih dahulu. Setelah itu, barulah dibahagian tepi rabong disimen semula supaya rabong ini tidak beralih dari kedudukkannya. En. Zaini telah meminta saya memasang inlet dan outlet bagi mesin basuhnya. Gambar ini adalah sebelum inlet/outlet dipasang. Gambar ini pula setelah inlet dan outlet dipasang.

PENERANGAN

Keretakkan Konkrit :- 
keretakan kontrit sering berlaku pada bumbung rumah yang dibina dengan menggunakan cara 'concrete slab gutter'. Kebiasaannya amat sukar untuk mengenal pasti tempat berlakunya kebocoran dengan tepat.

Keretakkan atap genting :-

  • keretakkan atau pecah pada rabong atau atap genting biasanya berlaku semasa pemasangan atap dilakukan. Ini terjadi kerana pekerja-pekerja pemasangan atap akan berjalan dan memijak atap-atap tersebut.
  • hujan yang lebat serta ribut juga boleh menyebabkan atap genting pecah dan rabong akan teralih dari tempat asalnya. Ribut juga boleh membawa objek-objek keras seperti batu dan besi dan menghempap bumbung.
  • atap genting yang pemasangannya adalah baru, jika kebocoran berlaku ia mungkin disebabkan oleh kecerunan atap yang rendah. Apabila hujan turun dengan lebat disertai dengan angin yang kuat ia akan menolak air yang turun naik keatas semula (berpatah balik atau 'reverse flow'). Jika selisih atau cerun atap rendah maka mudahlah air menitis ke dalam siling rumah.
  • adalah sukar untuk mengenalpasti berlakunya kebocoran jika ada pemasangan aluminium foil dibawah atap kerana ia menghalang kita mengenal pasti tempat sebenar yang bocor.

Komuniti Surau An-Nur Kasturi Height, Putra <b>Nilai</b>, <b>Nilai</b>, <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2013 08:51 AM PDT

Hari ini telah masuk hari ke sembilan kita berpuasa. Alhamdulillah, kehadiran ke Surau An Nur masih dikekalkan walaupun tidak dinafikan jumlah kehadiran semakin berkurangan. Ini adalah fenomena biasa di mana-mana surau dan masjid di seluruh dunia. Tahun ini, Ramadhan di Surau An Nur lebih meriah jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu. Banyak kemudahan baru yang menjadikan kehadiran ke Surau An Nur semakin ceria. Terima kasih kepada para penyumbang yang menjadikan surau lebih ceria dan menyeronokkan untuk dikunjungi. Terima kasih juga kepada ahli kariah yang terdiri dari penduduk Desa Casuarina, Desa Melati 1, 2 dan 3, Nilai Springs Heights dan Nilai Springs Villas tak terkecuali penduduk Desa Kasturi Heights sendiri yang menjadi lokasi Surau An Nur yang setia untuk berjemaah dan menuntut ilmu di Surau An Nur.
Untuk hari-hari mendatang di Bulan Ramadhan al-Mubarak ini, JK Surau An Nur telah merancang aktiviti-aktiviti berikut;
  1. 17, 21, 25 dan 27 Ramadhan akan diadakan Qiamullail di Surau bermula jam 3.00 pagi. Sahur disediakan. Ahli kariah yang ingin turut serta, sila daftar di senarai yang disediakan untuk pihak Surau menyediakan juadah bersahur.
  2. Pada 28 hb Julai bersamaan 19 Ramadhan (Ahad), akan diadakan Gotong Royong menyedia dan membahagi-bahagikan bubur lambuk kepada ahi kariah. Gotong Royong ini akan diadakan di Surau bermula jam 10 pagi. Matlamat utama gotong royong ini diadakan ialah untuk merapatkan lagi tali silaturrahim di kalangan ahli kariah Surau An Nur di samping menanamkan rasa kecintaan kepada surau kita, Surau An Nur.
  3. Pada 2hb Ogos bersamaan 24 Ramadhan akan diadakan Majlis Khatan al_Quran serta Majlis meraikan anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak (PKAYS). Ahli jemaah disarankan memberikan sumbangan duit raya terus kepada anak-anak yatim yang bakal hadir (seramai 30 orang).
  4. Program-program lain seperti Bacaan AlQuran berkumpulan pelajar-pelajar USIM seramai 30-40 orang setiap hari akan diteruskan di samping program iftar, solat teraweh dan moreh.
  5. Setiap hari Selasa malam Rabu, Imam Azhari akan berkunjung ke Surau An Nur bagi membolehkan ahli kariah membayar zakat fitrah.
Semoga aktiviti-aktiviti yang dirancang mendapat sambutan dan sokongan samada moral atau kewangan di kalangan ahli kariah. Ahli Kariah juga digalakkan menyumbang buah fikiran melalui wadah yang disediakan iaitu blog rasmi http://surauannurkasturiheight.blogspot.com/  Nantikan berita-berita terkini mengenai aktiviti yang dirancang dari masa ke semasa di Blog Surau An Nur.
Sebarang pertanyaan mengenai aktiviti surau atau ingin menghulurkan sumbangan, boleh menghubungi Tuan Hj Jaafar Amir, Bendahari Surau (012-210 1437) atau Sdr Hamidon Zaini, Penolong Setiausaha Surau (017-317 4880).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads