Selasa, 20 Ogos 2013

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Sedia ambil alih jawatan Ketua Umno <b>Jelebu</b> - Kritis Online

Posted: 18 Aug 2013 02:00 AM PDT

Timbalan Ketua Umno Bahagian Jelebu Datuk Jalaludin Alias menyatakan kesediaan bertanding untuk mengambil alih jawatan Ketua Umno Bahagian Jelebu yang tidak akan dipertahankan oleh Tan Sri Dr Rais Yatim pada pemilihan parti kali ini.

Anggota Exco dan Dewan Undangan Negeri Pertang itu berkata Rais yang juga Penasihat Kerajaan bagi Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan telah memaklumkan untuk tidak mempertahankan jawatan ketua bahagian dalam mesyuarat jawatankuasa Umno Bahagian Jelebu baru-baru ini.

"Jadi, saya selaku Timbalan Ketua Umno Bahagian memikirkan bahawa sudah sampai masanya untuk saya mengambil alih jawatan ini bagi saya menguruskan Umno bahagian ini.

Saya harap mendapat kerjasama semua kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di padang awam Simpang Pertang di sini, malam tadi....

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pengumuman Rais yang tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Jelebu pada pemilihan kali ini.

Jalaludin berkata sebagai timbalan ketua dan orang yang agak lama dalam pimpinan bahagian, beliau mengucapkan terima kasih kepada jasa yang telah dibawa oleh Rais pada masyarakat dan pembangunan terutama di Jelebu.

Mengenai kemungkinan ada pertandingan bagi merebut jawatan itu, beliau berkata sesiapa pun boleh bertanding tetapi perlu bertanding secara sihat dan elakkan perpecahan. - Bernama

MALAYSIA NEWS JELEBU RAIS YATIM JALALUDIN ALIAS

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads