Selasa, 20 Ogos 2013

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


<b>Gemas</b> juara Piala Tuanku 2013 - Portal berita Negeri Sembilan

Posted: 28 Jun 2013 04:41 AM PDT

DA9_0020

Seremban, 28 Jun – Perlawanan bola sepak akhir piala Tuanku 2013 diadakan di padang tiruan (turf) bertaraf dua bintang, Kompleks Belia dan Sukan Paroi, petang tadi.

Pertandingan bola sepak piala Tuanku diadakan bersempena keputeraan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir yang ke-65 menyaksikan pasukan Port Dickson menentang pasukan Gemas.

Menyaksikan pertandingan akhir bolas sepak, Menteri Besar merangkap Presiden PBNS, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.

Keputusan pertandingan akhir bola sepak ini dimenangi oleh pasukan Gemas (5) berbalas (2) Port Dickson.

Gol Gemas di jaringkan oleh Hamirul Fahmi Abd Yazid di minit ke-8, Ibrahim Shuib Mohamad minit ke-50, Mohd Razi Aziz minit ke-59 dan 83 dan Mohd Hafiz Mohd Nor di minit ke-63.

Manakala jaringan Port Dickson dihasilkan oleh Mohd Fayed Mohd Shah di minit ke-25 dan minit ke-90 oleh Danish Shamugan.

Keputusan penuh Piala Tuanku 2013 seperti berikut :

Fair play game : Pasukan Rembau (RM500)

Pemain Terbaik (Merupa hadiah barangan sukan) : Ibrahim Shuib Mohamad (Gemas)

Tempat Ketiga (RM3,000) : Pasukan Seremban dan pasukan Rembau

Naib Johan (RM5,000 dan pingat) : Pasukan Port Dickson

Johan (RM10,000, pingat dan piala pusingan) : Pasukan Gemas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads