05 di jempol - Google Blog Search |
Keputusan PRU13 Parlimen <b>Jempol</b> 2013? - BeritaTerkini Posted: 23 Apr 2013 11:39 PM PDT Keputusan PRU13 Jempol : Kejutan terbesar sebaik proses pengumuman calon Barisan Nasional (BN) (DI SINI) selain dari gugurnya nama Rais Yatim di Parlimen Jelebu adalah, nama Tan Sri Isa Samad dicalonkan BN untuk bertanding di Parlimen Kempol bagi menentang Wan Aishah yang akan mewakili parti PAS. Jikalau ikutkan…. Sebenarnya, penyandang kerusi Parlimen Jempol menjelang Pilihanraya Umum 2008 (PRU12) adalah Tan Sri Isa Samad sendiri. Jadi, kawasan Parlimen Jempol bukanlah asing baginya. Keputusan PRU12 2008 VS Pertandingan PRU13 2013 (P127 Jempol)
Dan sejak daripada itulah Isa Samad, mula diperkatakan sebagai pemimpin rasuah hingga tidak dicalonkan semula di mana-mana kerusi DUN mahupun parlimen sampailah dilantik semula mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang pada tahun 2009 dan menang menewaskan calon Parti Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti yang besar.
Keputusan PRU13 Parlimen Jempol : Peluang Calon Isa Samad VS Wan Aishah?Sebenarnya parlimen Jempol bukanlah suatu yang agak tidak asing dengan nama Tan Sri Isa Samad, namun terdapat pergolakan dalam berhubung pemilihan Tan Sri Isa Samad untuk bertanding di kawasan Parlimen Jempol. Ini kerana, ramai ahli UMNO kawasan Jempol merasakan bahawa Tan Sri Isa Samad tidak dilihat sebagai calon yang boleh menang. Itu cerita disebelah kem Barisan Nasional. Bagi Wan Aishah Wan Ariffin pula, sebagai bekas artis popular yang juga penyanyi terkenal suatu masa dulu dengan lagu hit "Janji Manismu", tidak sukar untuk menambat hati para pengundi di jempol, lebih-lebih lagi pengundi wanita di sana yang rata-rata menghormatinya selain merupakan pemegang Ijazah Sains Politik di Universiti Auckland. Walaubagaimanapun….
Namun pemilihan Wan Aishah di Parlimen Jempol juga tidak digemari oleh ahli PAS bahagian Jempol sebenarnya kerana merasakan pemilihan Wan Aishah ini hanyalah sebagai calon "bidan terjun" dan "tidak mempunyai pengalaman dalam sepak terajang politikdi Malaysia" berbanding calon PAS tempatan yang sedia ada. Kebanyakan ahli Pas yang mahukan Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa bertanding di kawasan itu.
Walauapapun, perseteruan ini akan dimuktamadkan dan kuasanya ada pada tangan pengundi menjelang keputusan PRU13 parlimen jempol pada 5 Mei 2013 kelak. Bagi pengundi Parlimen Jempol amnya dan rakyat Malaysia umumnya, mana satu pilihan hati? Janji Manismu atau Janji Ditepati? Mengapa? [poll id="369"] Baca Lagi 4 Berita Berkaitan DI SINI... |
You are subscribed to email updates from di jempol - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan