Lembu Fidlot <b>Gemas</b>, Malaysia (Feedlot) RM250 Juta - BeritaTerkini Posted: 13 Oct 2011 04:55 PM PDT
Siapa yang nak jadi kaya di Malaysia tiada masalahnya, tidak kisahlah mereka ini Melayu, Cina ataupun India. Rasanya orang tidak akan melenting apatah lagi menyimpan perasaan dengki sekalipun dengan golongan kaya seperti ini asalkan mereka berjaya hasil usaha dan titik peluh mereka sendiri. Tetapi, yang menjadi pertikaian & persoalannya kalau ada kalangan "mereka-mereka" yang mengumpul kekayaan dengan dengan jalan pintas, atas kapasiti mereka ada kuasa ataupun mempunyai hubungan baik dengan "pihak-pihak yang berpengaruh & berkepentingan" sehingga begitu mudah : - Mendapat anugerah projek-projek mega diberikan secara terus kepada mereka
- Atas nama kuasa & pengaruh juga, mampu beli berjuta unit saham. Ehem…
- Rakyat kebanyakan punyalah ramai yang bercita-cita tinggi hendak jadi usahawan bagi memulakan perniagaan, tetapi bantuan perniagaan termasuklah bantuan kewangan punyalah sukar untuk dipertimbangkan. Tetapi……
Tetapi….ada sebuah projek mega yang melibatkan sebuah syarikat yang berkepentingan telah dibangkitkan di Dewan Rakyat baru-baru ini: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antara program yang diumumkan perdana menteri dalam Rancangan Malaysia atau belanjawan, tetapi tidak membawa sebarang hasil. "Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh kegagalan tersebut: Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam kabinet perdana menteri," katanya. Anwar berkata, soalan itu sudah dibangkitkannya sejak tahun lepas tetapi tidak pernah dijawab oleh perdana menteri mahupun menteri yang bertanggungjawab. Sedangkan, tambahnya, jumlah peruntukan itu sama dengan potongan subsidi gula yang ditanggung rakyat. (sumber : Malaysiakini) Yang pastinya menteri tersebut adalah menteri wanita. Jadi siapakah menteri wanita yang telah dibangkitkan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini? Kalau dalam senaraian kabinet Malaysia nak senaraikan menteri-menteri wanita yang ada tidaklah susah mana pun. Menteri wanita dalam kabinet Malaysia sekarang ini pun tidak ramai. Antaranya ialah : - Datuk Seri Sharizat Jalil (Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)
- Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)
- Datuk Maznah Mazlan (Timbalan Menteri Sumber Manusia)
- Datuk Rosnah Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Kesihatan)
- Datuk Rohani Abdul Karim (Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Industri)
- Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)
- Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Jikalau anda perhatikan gambar di atas, pastikan anda akan mengesan siapakah menteri yang dimaksudkan ini. Ya…..gambar di atas merupakan anak kepada menteri tersebut. Kalau sebelum ini, Malaysia amat bergantung dengan bekalan daging daripada luar negara seperti Australia, New Zealand, Brazil, China serta India. Sehinggalah projek fidlot peringkat nasional/kebangsaan yang berimpak tinggi ini adalah sebahagian daripada yang terkandung dalam Rancangan Malaysia ke-9 telah diperkenalkan : - Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah merupakan program pengeluaran lembu (fidlot) secara besar-besaran dengan mewujudkan satu kawasan penternakan lembu secara meluas.
- Projek usahasama di antara kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang dibina di Gemas
- Di bawah pelaksanaan dan seliaan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di keluasan tanah 2000 hektar
- Menjadi pembekal daging lembu segar dalam negara serta mampu menjadi pengeksport utama daging segar
Kalau anda teragak nak makan "daging' yang sedap dan lembut"; boleh pergi ke Solaris – Restoran Meatworks di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Ia turut dimilki oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil. Di bawah ini merupakan sebahagian gambar atas lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin ke Pusat Fidlot Nasional Gemas. (Gambar : N9kini.com) Isu yang dibangkitkan dalam artikel kali ini adalah masalah legasi. Contohnya, kalau disemak semula pengagihan Tabung Makanan di bawah RMK9 yang berjumlah RM2 billion. Persoalannya sekarang, kenapa kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM250 juta kepada satu syarikat milik anak dan suami menteri seperti yang disebut sebentar tadi? Kalaulah RM250 juta ini diagihkan dengan lebih telus kepada 1,000 orang usahawan contohnya kesan gandaan kepada ekonomi setempat, peluang pekerjaan dan limpahan kesejahteraan yang lebih meluas kepada rakyat terbanyak. Akhirnya, ramai rakyat yang mendapat "manfaatnya". Bukannya tertumpu di tangan mereka yang sudah kaya dan berkedudukan. Mana yang lebih baik?
Baca Lagi 4 Berita Berkaitan DI SINI...
|
BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di gemas</b> - Google Blog Search Posted: 12 Jul 2013 09:04 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info URL Sumber Asal :-
Catatan Pak Mail: Semalam <b>di Bahau</b> Posted: 09 Jul 2013 09:30 AM PDT Kami tiba di rumah Mak Ngah lebih kurang jam 11.00 malam 30hb Jun, 2013. Kami sekadar ingin menumpang tidur sahaja kerana esok pagi-pagi kami akan ke Bandar Muadzam untuk urusan pendaftaran Nur Nadhirah (anak bongsuku) di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).'Assalamualaikom' isteriku memberi salam.'Wa alaikomsalam' kedengaran suara dari dalam menyahut. Sebaik daun pintu dibuka Mak Ngah yang bertubuh kecil menegur.'Ekau Zah, ingekkan sapo tadi'.'Kami datang nak tumpang tidur' jawab isteriku. 'Esok pagi kami nak ke Pahang, Muadzam'. sambung isteriku. Melihat kedatangan kami yang tidak dimaklumkan membuatkan Kak Ruby yang berada di atas rumah terkejut lantas tergesa-gesa mengemas keadaan ibu rumah yang kelihatan agak berselerak. Ibu rumah inilah tempat yang selesa buat kami untuk tidur walaupun rumah Mak Ngah ada bilik tetamu.'Nak minum air tak', Mak Ngah bertanya kepada kami.'Tak payahlah Mak Ngah, kami baru saja makan di Bahau tadi', isteriku membalas.Mak Ngah tahu kami memang gemar minum air teh yang Mak Ngah buat. Campuran teh dan susunya secukup rasa. Dalam hatiku, 'hei, melepas tak dapat secawan teh Mak Ngah'. Dalam pada itu perkara utama yang aku lakukan ialah mengeluarkan laptop dari beg aku dan cuba akses internet melalui broadband yang aku bawa. Agak mengecewakan, akses internet sangat perlahan. Satu 'bar' sahaja. Itupun sekejap ada sekejap tak ada. Bosan kerana begitu perlahan dan kekerapan terputus, aku pun tutup laptop dan terus pergi mandi. Isteriku masih berbual dengan Mak Ngah dan Kak Ruby. Bila aku selesai, aku dapati Mak Ngah dan Kak Ruby pun telah masuk ke bilik masing-masing. Barangkali mereka faham bahawa kami perlukan istirehat kerana esok kami perlu meneruskan perjalanan lagi. - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Setelah selesai solat subuh, aku sambong mengorok sedikit lagi. Cuaca agak dingin kerana sebelum subuh hujan turun pagi itu. Lagi pun aku tidak dapat tidur lena malam itu kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Di dapur Mak Ngah sibuk menyiapkan sarapan terutama teh istimewanya. Setelah selesai mandi aku sempat meninjau belakang rumah Mak Ngah. Di belakang rumah Mak Ngah terdapat sebuah perigi. Aku masih ingat di awal perkahwinan dan sesudah mempunyai dua anak kecil, di perigi inilah aku dan anak-anakku bermandi. Airnya jernih dan sejuk sekali di pagi hari. Menggeletar tubuh badan apabila mandi. Sungguh nostalgik. Namun, perigi itu kini kering. Tidak langsung mengeluarkan air. Ianya menjadi tanda tanya bagiku kerana di rumah ayahku di Paya Jaras dahulu juga terdapat sebuah perigi yang mengeluarkan mata airnya dengan banyak sekali. Tetapi kini kering kontang. Langsung tidak lagi mengeluarkan airnya dari perut bumi. Selain perigi, terdapat juga beberapa ekar sawah padi. Tanah ini dipajakkan kepada orang lain untuk diusahakan. - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Rancangannya seawal jam 7.30 pagi atau selewat-lewanya jam 8.00 pagi nak berangkat bertolak ke Bandar Muadzam. Hampir jam 9.00 pagi setelah 'pekena' secawan teh Mak Ngah baru kami bertolak.Seperti biasa sebelum pulang atau berlepas dari rumah Mak Ngah kami tidak lupa menghulurkan sedikit wang kepada Mak Ngah dan Kak Ruby. Tentunya mereka berbesar hati menerima sumbangan kecil dari kami, walaupun tidak seberapa.
Sebelum kereta kami bergerak sempat Mak Ngah bertanya kepadaku. 'Rayo ni balik tak Mail'. 'Tak tahu lagilah Mak Ngah, tengoklah nanti'.
Usia Mak Ngah mungkin hampir lapan puluh tahun. Tetapi kudratnya masih kuat walaupun susuk tubuhnya agak kecil. Begitu juga ingatannya masih sangat baik. Tidak seperti sesetengah orang yang seusia dengannya yang telah uzur dan tidak begitu baik ingatan mereka.
Perjalanan ke Bandar Muadzam, Pahang agak 'thrill' bagi saya. Ini kerana ianya pertama kali saya ke sana. In syaa Allah akan saya kisahkan pada entri akan datang. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan