Jumaat, 28 Jun 2013

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Mandi Manda <b>Di Teluk Kemang</b> ~ Its Ok To Smile, Just For U

Posted: 02 Jun 2013 08:57 AM PDT

Semalam, Sabtu 1 Jun 2013 Harith dan' adik kesayangan' Harith pergi ke Teluk Kemang. Sebenarnya bukan Harith yang nak pergi, tapi dia yang mengajak. Ajak Puan Wan sebenarnya, tapi dia pula bagitau kat Harith. Kalau ikutkan Harith memang jenis yang dok rumah je pagi petang siang malam macam beruang kutub. Lagi pun mental pun belum stabil lagi disebabkan banyak hal yang berlaku... . Tapi sebab dia ringan mulut mengajak Harith pun macam lembut hati je nak ikut, tak taulah kenapa...mungkin sebab sayang kottt.
Kami bertolak jam 11pagi, agak lewat juga la sebab Harith pun bangun lewat, lepas tu lepak dalam bilik je tak keluar-keluar mengalahkan anak dara. Sebabkan jadi 'anak dara' lah dah terlajak jam 12tengah hari. Adik Nini pun sampai awal hari tu. Perut pun lapar...dalam perjalanan singgah di R&R Dengkil je. Tapi tak makan pun, minum je lebih ehe. Kemudian singgah lagi di R&R Seremban untuk solat Zohor sambil tunggu nak tapau 'K epC' ... tapi tak boleh jugak nak tapau pun sebab orang ramai giler semalam. Dah malas nak tunggu. Huhu.
Sepanjang jalan tu memang sesak dengan kereta yang bagai...paling mencuri tumpuan ialah kereta Hyndai baru...wow lawa, terus lupa sekejab kat motor BMW tu...mmm. Agak-agak ada jodoh tak dengan motor tu yer...dok tanya juga diri sendiri. Nampak macam ada jodoh tapi tak tau lah ehe.

Sampai dah petang. Perut pun lapar dah. Tak tahan sangat Harith beli burger je...7 biji campur air lagi sebab bawa famili sekali yer... . Puas sungguh mandi, nampak sangat dah lama tak pekena air laut. Tapi tak tahu lah kenapa ombak kuat sangat hari tu. Macam ngeri pulak nak berenang jauh-jauh. Bendera merah pon orang dah naikkan tandanya laut memang kuat bergelora. Tapi ramai juga yang tetap mandi termasuk kami.

Memang best, tetapi apa yang paling best ialah kemesraan yang ditunjukkan oleh 'adik kesayangan Harith' ni. Tergoda juga...tapi apakan daya bukan jodoh kami...opsss HeHeHe. Apapun jauh di sudut hati Harith doakan semuanya kembali bertaut lebih-lebih lagi 'adik kesayangan' ni...Aminnn.

Gambar? MMM nanti Harith letakkan kat entri yang lain dan kat slide sebab percutian ni seperti membawa makna yang baru kepada diri Harith dan 'adik kesayangan' Harith...Ija :)

Senyummm... :)

Balik pun dah malam. Sempat sesat 2 3 kali sebab cari kedai makan tak jumpa-jumpa. Jumpa pun yang tak best jer. Nama kedai makan seafood tapi oder kerang bakar pun tak der...sotong goreng tepung pun tak der...ikan pon ade dua jenis je..ikan siakap Talapia. Adeiii Talapia ni ikan laut ke...aduaiiii :/

Lepas makan tu sesat lagi. Terlajak ke jalan mati. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab kami tak biasa jalan-jalan kat sini, jadi kalau main redah je memang la selalu terlajak. Errr terlajak jalan tak per, jangan terlajak mulut cakap...apatah lagi perbuatan yaaa...Ingat tuuu

Sampai rumah dah lewat malam dah. Badan pon panas je sebab penat. Sempat mandi...sambil mandi tu dok terbayang kalaulah malam tu singgah kat hotel....bestnyerrr boleh mandi air panas, rendam-rendam kaki. Cuma orang nak urut kaki badan je yang tak der...hehehe :p

Gatal

p/s: mandi-mandi juga, sampai lupa nak bankin wit Rneda. Sorryyy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads