Selasa, 4 Jun 2013

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


REMBAU HARI INI: Ahli PAS dan UMNO <b>di Rembau</b> tunjuk jalan <b>...</b>

Posted: 15 May 2013 04:28 PM PDT

Rembau 15 Mei 2013 – Satu berita yang agak mengejutkan semasa perjumpaan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota, Parlimen Rembau malam tadi. Seorang Ketua UPU di sebuah kampung di DUN Kota mengatakan kampung mereka tengah panas sekarang ini. Semua yang hadir terkejut, ingatkan apa yang panas, ada ugutan terhadap ahli PAS ke dan sebagainya.
Diberitahu kampung mereka sedang panas kerana masjid kariah di tempat mereka Imam 1 yang ahli UMNO, Bilal pun ahli UMNO malahan semua AJK yang ahli UMNO ingin meletakkan jawatan. Mereka ingin melantik Imam, Bilal dan AJK dari ahli PAS. Apa puncanya kenapa Imam, Bilal dan AJK bertindak demikian tidaklah ditanya lebih lanjut.
Apa yang diketahui ahli PAS dan pemuda PAS di kampung tersebut telah lama memakmurkan masjid di kampung tersebut dengan solat jemaah walaupun mereka tahu Imam, Bilal dan AJK masjid tersebut adalah ahli UMNO, kerana pada mereka solat jemaah di masjid dan memakmurkan masjid Allah adalah merupakan tanggungjawab seorang Islam tidak kira apa parti mereka.
Diharapkan semua ahli PAS, terutamanya para pemuda PAS di Negeri Sembilan sentiasa mengimarahkan dan memakmurkan masjid dengan solat jemaah dan menghadiri kuliah ilmu hanya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.
Kepada bekas Timbalan Presiden yang berasal dari DUN Kota, Rembau yang sentiasa menghebohkan mengenai perpaduan PAS dan UMNO dan juga ahli ISMA dengan slogan ISMA iaitu "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" belajar-belajar dari ahli PAS dan UMNO dari DUN Kota ini yang tidak tinggi ilmu agama mereka , tidak banyak berseminar dan beretorik, tetapi faham apa maksud sebenar perpaduan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Perpaduan PAS dan UMNO bermula dengan solat jemaah, bermula di masjid, bermula dalam kuliah ilmu, bukannya bermula di Utusan Malaysia dan TV3.
Masjid kariah mana di DUN Kota yang berlaku berita mengejut ini? Kita ada 24 masjid kariah di DUN Kota, bolehlah SB, pemimpin UMNO turun dari masjid ke masjid selepas ini, bukan untuk menyiasat, tapi untuk memakmurkan masjid-masjid di DUN Kota ini., terutama Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik.
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk" (Q.S. Ali Imron ayat 103)
-surah al-Imran ayat 54; ALLAH berfirman dalam al-Quran "Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan ALLAH sebaik-baik Perancang"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads