Selasa, 4 Jun 2013

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Isu jalan <b>di Kuala Pilah</b> ke Dewan Rakyat – Nazree Yunus <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2013 08:46 PM PDT

(Oleh: Aedi Asri)

Calon KEADILAN bagi Parlimen Kuala Pilah, Nazree Yunus mahu membawa isu jalan yang menjadi masalah utama di kawasan itu ke Dewan Rakyat, jika menang dalam PRU 13.nazree Yunus

Katanya, kerajaan Umno BN sebelum ini tidak memberikan peruntukan khusus menyelesaikan isu itu, malah tidak memasukkannya dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010).

"Disebabkan jaringan jalan raya di Kuala Pilah bermasalah, anak tempatan terutama di Jempol, yang tinggal atau bekerja di Seremban atau Kuala Lumpur terpaksa guna susur keluar di Simpang Ampat, Melaka untuk masuk lebuh raya.

"Jalan juga akan jadi sesak teruk, terutama pada hari Jumaat dan Ahad, ketika ada yang pulang ke kampung untuk cuti hari minggu," katanya ketika dihubungi.

Katanya lagi, Ahli Parlimen BN Kuala Pilah sebelum ini, Datuk Hassan Malek gagal menyelesaikan masalah ini, walaupun memegang jawatan Timbalan Menteri Luar Bandar.

"Beliau selaku timbalan Menteri yang bertanggungjawab sepatutnya bawa isu ini ke Dewan Rakyat, namun ternyata gagal mainkan peranan," kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu lagi.

Beliau turut berkata, ramai pemimpin adat di Kuala Pilah yang menyatakan sokongan kepada Pakatan, selepas kecewa dengan pentadbiran dan manifesto dikemukakan Umno BN.

Dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan, Pakatan menyatakan komitmen meningkatkan mutu jalan raya seluruh negeri (Tonggak 7) dan menaikkan elaun  Datuk Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan elaun RM250 keapada Buapak (Tonggak 9).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=51363

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads