Khamis, 6 Jun 2013

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


Perompak ditahan lima minit selepas rompakan kedai emas <b>di Lukut</b> <b>...</b>

Posted: 01 Jun 2013 05:29 PM PDT

Port Dickson: Tindakan pantas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson menjalankan operasi memburu penjenayah berjaya menahan perompak tidak sampai lima minit selepas kejadian rompakan di sebuah kedai emas di pekan Lukut, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.35 pagi, dua daripada empat suspek kes rompakan bersenjatakan pistol di Jalan Besar Lukut itu ditahan polis di Kampung Sri Parit berhampiran lokasi rompakan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun berkata, rompakan berlaku ketika pekerja kedai emas terbabit sibuk mengemas dan menyusun barangan kemas untuk memulakan perniagaan.

"Berdasarkan maklumat awal, empat suspek memakai topi keledar penuh dan bersarung tangan dengan menaiki dua motosikal meluru ke arah kedai emas itu.

"Seorang suspek menunjukkan pistol sebelum melepaskan sedas tembakan ke arah cermin sebelum rakannya memecahkan cermin pameran menggunakan tukul besi dan mengambil barang kemas lalu dimasukkan dalam dua beg hitam.

"Selepas itu, semua suspek melarikan diri dengan dua motosikal. Polis yang mendapat maklumat segera menjalankan operasi memburu suspek dan seorang daripada mereka ditahan tidak sampai lima minit kemudian di Kampung Sri Lukut ketika cuba bersembunyi di situ.

"Suspek kedua ditangkap hampir 500 meter dari tempat suspek pertama ditangkap iaitu 25 minit kemudian ketika mencari tempat persembunyian.

"Dua suspek masing-masing berusia 43 tahun dan 25 tahun ditahan untuk siasatan manakala, dua lagi penjenayah diburu polis, termasuk menggunakan anjing pengesan," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut pasukan forensik polis di lokasi kejadian rompakan menemui satu serpihan peluru dan dua penukul besi.

Menurutnya, jumlah kerugian masih dalam siasatan dan siasatan awal mendapati lebih 16 dulang emas dilarikan suspek dalam kejadian rompakan itu, selain itu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga akan diteliti polis bagi membantu siasatan.

Dua beg hitam diisi dengan hasil rompakan dapat dilarikan dua perompak yang masih dalam buruan, begitupun polis berjaya mendapatkan semula 20 utas rantai emas daripada suspek yang berjaya ditangkap. Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat (FIPA) 1971. -hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads