di negeri sembilan - Google Blog Search |
SPR patut buat persiapan pilihan raya <b>di Negeri Sembilan</b>- Aziz Bari <b>...</b> Posted: 01 Apr 2013 12:31 AM PDT (Oleh: Rusnizam Mahat) KUALA LUMPUR 1 April: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), sepatutnya sudah membuat persiapan pilihan raya di Negeri Sembilan, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) nya terbubar secara automatik, 28 Mac lalu. Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, suruhanjaya itu tidak perlu menunggu tarikh bubar parlimen bagi mengadakan pilihan raya di negeri itu, sepertimana diperuntuk perlembagaan. "Maknanya SPR kena buat kerja. Apa masalah yang ia tak mahu buat pilihan raya? Takkan nak tunggu hingga 28 April (tarikh pembubaran automatik parlimen)," ujarnya. Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu berkata, jika tidak, akan timbul pertikaian berhubung kemudahan yang diperoleh Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini mengetuai kerajaan sementara di negeri adat perpatih itu. Ia katanya, termasuk isu bayaran gaji dan elaun yang diterima Mohamad Hasan dan barisan Exconya. "Gaji dan elaun yang diterima oleh Mohamed Hasan saya fikir tak bermoral. Apakah dia mahu makan gaji buta? Buat apa rakyat kena bayar itu semua hanya untuk menunggu parlimen bubar?," soalnya lagi. Pada 28 Mac lalu, SPR memaklumkan ia sudah menerima notis rasmi pembubaran Dun di Negeri Sembilan dan berhasrat mengadakan pilihan raya serentak membabitkan semua negeri. Bagaimanapun Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook berkata, berdasarkan proses pilihan raya yang tertera dalam laman web SPR, suruhanjaya itu sepatutnya sudah mengeluarkan writ iaitu surat kuasa yang dikeluarkan kepada Pengurus Pilihan raya. Pada masa sama, satu notis perlu ditampal untuk semakan orang ramai yang mengandungi tarikh penamaan calon dan hari pengundian. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48887 |
You are subscribed to email updates from di negeri sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan