Ahad, 7 April 2013

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Nizar: Pemuda BN &#39;alu-alukan&#39; Aishah tanding <b>di Jempol</b>

Posted: 04 Apr 2013 04:00 PM PDT

Ketua Pemuda BN bahagian Jempol, Negeri Sembilan, Mohd Nizam Aman 'mengalu-alukan' penyanyi Aishah yang pernah popular dengan lagu 'Janji Manismu', untuk bertanding di kerusi parlimen itu sebagai calon PAS.

"Alhamdulillah, kalau Aishah bertanding lagi mudahlah kerja kita. Kita (orang-orang Jempol) punya cara, siapa yang berkhidmat kepada rakyat itu yang akan kita pilih.

"Aishah ini penyanyi yang pernah popular sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

NONEMohd Nizam mengulas pengumuman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu malam tadi bahawa PAS mencalonkan Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin untuk bertanding di kerusi itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Naib Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Tarmizi Mohd Jam mengesahkan pengumuman itu dibuat oleh Mohamad di Taman Melewar, Gombak.

"Pemilihan beliau mungkin dibuat pimpinan parti atas sebab beliau merupakan anak jati sana (Jempol) dan dikenali ramai sebagai penyanyi," kata Tarmizi.

Pada pilihan raya umum 2008 calon BN Datuk Lilah Yasin menang dengan majoriti 12,320 undi mengalahkan calon PAS, Siti Meriam Naan.

BN menguasai lima daripada lapan kerusi parlimen di negeri itu, sementara DAP pula menang dua kerusi dan PKR satu kerusi.

Keputusan PAS mencalonkan Aishah - yang berkelulusan sarjana sains politik - bertanding di parlimen itu dilihat sebagai usaha PAS meningkatkan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.

Sekaligus ia juga mencetus desas-desus mengenai kemungkinan ada artis lain yang terlibat secara langsung dengan parti itu seperti penulis lirik, Bob Lokman dan pelakon Hairie Othman, turut dicalonkan.

Di atas kertas, kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN mempunyai peluang yang sama rata untuk memenangi kerusi di Negeri Sembilan./~harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads