05 di teluk kemang - Google Blog Search |
Kamarul Bahrin Wajar Digugurkan Calon <b>Teluk Kemang</b> | Suara <b>...</b> Posted: 16 Apr 2013 09:39 PM PDT PENYOKONG Pakatan Rakyat Negeri Sembilan, kecewa lagi malam tadi apabila nama-nama calon dalam pilihanraya umum akan datang untuk negeri tersebut masih gagal dimuktamadkan. Khabarnya perbalahan wujud hampir di setiap tempat terutama membabitkan kerusi-kerusi yang telah diperuntukkan kepada calon-calon PKR dan DAP, sementara PAS telah selesai dengan senarai calon di kerusi yang diperuntukkan untuk parti tersebut. Kerusi-kerusi panas seperti Ampangan dan Sikamat yang menjadi idaman BN untuk dirampas kembali dari PKR, masih belum diputuskan kepada siapa sepatutnya diserahkan kerusi tersebut untuk ditandingi walaupun perkara ini telah dibincangkan berbulan-bulan lamanya. Kedua-dua kerusi tersebut kini menjadi rebutan antara pimpinan AMK negeri dan pimpinan Cabang Seremban. Punca kepada semua masalah ini dikatakan bermula dari Datuk Kamarul Bahrin Abbas yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Negeri. Kamarul Bahrin dikatakan bersungguh-sungguh mahu 'orang-orangnya' bertanding disemua kawasan yang telah diperuntukkan kepada PKR dan dalam masa yang sama, beliau sendiri kekal di Teluk Kemang dan bertanding di DUN Sikamat. "Mentang-mentanglah beliau berkawan baik dengan Pengarah Pilihanraya Pusat PKR, Azmin Ali, senang-senang nak mengatur orang-orang dia saja bertanding", rungut seorang Ketua Cabang di Negeri Sembilan yang sempat kami hubungi. Walaupun ada maklumat dari banyak kaji selidik yang dijalankan Pakatan Rakyat yang menunjukkan kepimpinan Kamarul Bahrin di Teluk Kemang ditolak pengundi kawasan tersebut, semua itu diketepikan beliau begitu sahaja. Suarapakatanrakyat.com dengan ini mendesak pimpinan PKR supaya menggugurkan Kamarul Bahrin dari senarai pencalonan untuk kerusi parlimen Teluk Kemang dan Sikamat. Beliau bukan permaustatin di Negeri Sembilan pun (sebaliknya Kelana Jaya). Kelibatnya jarang-jarang boleh dilihat di negeri itu dan sekarang beliau mahu bertanding dua kerusi sekali gus? Lagipun kepimpinan Kamarul Bahrin semakin ditolak ahli-ahli PKR Negeri Sembilan kerana beliau gemar menjalankan aktiviti tanpa penglibatan Cabang. Kalau boleh kami katakan, beginilah. Sebelum pengumuman calon-calon BN semalam, Negeri Sembilan adalah negeri yang hampir pasti menjadi milik Pakatan Rakyat. Ada kajian sebelum ini menunjukkan, 80% rakyat negeri tersebut mahukan perubahan berlaku kepada pentadbiran kerajaan negeri. Selain itu, kalau Negeri Sembilan berjaya dirampas, ia boleh menyelesaikan masalah air yang sedang berlaku di Selangor sekarang kerana negeri itu mempunyai lebihan air yang boleh disalurkan ke Selangor secara percuma hasil kerjasama antara 2 kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. Tapi setelah pengumuman semalam, laman ini melihat Pakatan Rakyat ada masalah besar untuk mengekalkan keadaan tersebut kerana majoriti calon-calon BN terutama di kawasan pengundi padat Melayu, adalah calon yang sudah terbukti mampu diterima rakyat negeri tersebut. Kekuatan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan sekarang bergantung sepenuhnya kepada DAP dan PKR setelah calon-calon PAS dilihat sukar untuk menyaingi calon-calon BN, termasuk penyandang kerusi DUN Paroi, Taufek Abdul Ghani. Justeru, pertelagahan seumpama ini adalah perkara terakhir yang Pakatan Rakyat perlukan. Kalau masalahnya dikenalpasti berpunca pada Kamarul Bahrin, maka singkirkan sajalah dia. |
You are subscribed to email updates from di teluk kemang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan