Sabtu, 20 April 2013

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Mazana NS: PRU 13: Rais Yatim digugurkan <b>di Jelebu</b>

Posted: 16 Apr 2013 07:39 PM PDT

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Kelmarin telah diumumkan sepenuhnya calon-calon BN yang bakal bertanding pada PRU 13 pada 5 Mei 2013.  Semua mata tertumpu pada calon-calon yang diumumkan dan kebanyakan berita menyiarkan secara penuh senarai calon BN yang bertanding.  Ada yang mengundurkan diri dan memberi laluan kepada muka baru, ada yang digugurkan dan antara muka lama yang digugurkan ialah Dato'Seri Utama Rais Yatim (DASURY).  Beliau digantikan dengan En Zainuddin Ismail.
Sudah semestinya saya memberi tumpuan kepada Parlimen Jelebu.  Rasanya DASURY begitu lama memegang kawasan ini.  Beliau bertanding dengan kerusi BN, kemudian Semangat 46, kemudian BN semula.  Jika tidak silap Parlimen Jelebu akan menemukan satu lawan satu iaitu BN vs PAS. 
Siapa akan menang?  Itu terletak ditangan pengundi dan kita tunggu sajalah pada 5 Mei 2013.   Rasanya Jelebu adalah salah satu kubu kebal BN.  BN memenanginya begitu lama.  Sedih jugak ni sebab dah bertukar alamat.  Tetapi Jolobu totap dihati den.....mana tahu den tukar semulo alamat ngundi den... 

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads