05 di seremban - Google Blog Search |
Penyu Mengamuk <b>Di Seremban</b> | Terengganu Today Posted: 06 Apr 2013 06:16 PM PDT Gergasi pantai timur Terengganu mendapat bekalan selesa untuk dibawa pulang ke Kuala Terengganu apabila berjaya membelasah pasukan Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi Seremban malam tadi. Walaubagaimanapun pasukan tuan rumah terlebih dahulu mendapat gol hasil jaringan Mohd. Nazrin Mohd. Nawi pada minit ke-77. Namun pasukan Terengganu tidak patah semangat sebaliknya terus memburu gol penyamaan menerusi usaha 3 serangkai diketuai oleh Ashari Samsuddin dan Manaf Mamat membantu penyerang import Effa Owana di barisan hadapan. Hasilnya Terengganu berjaya menyamakan kedudukan seminit selepas itu menerusi Owana yang berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan. Owana hampir mendapat peluang gol kedua namun gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pengadil. Masa tambahan tidak dipersiakan pasukan kendalian E.Elavarasan apabila pemain sayap kiri Ashari Samsuddin menanduk masuk gol kedua Terengganu hasil sepakan sudut. Nordin Alias melengkapkan kemenangan Terengganu dengan menjaringkan gol ketiga dan memberikan kelebihan gol ditempat lawan kepada pasukan Penyu. Perlawanan suku akhir pusingan kedua dijadualkan pada 16 april ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu. |
You are subscribed to email updates from di seremban - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan