Aku memang selalu pergi ke Kuala Lukut kerana selalu memancing di kelong. Sebenarnya yamai orang kurang mengenali Kuala Lukut kecuali bagi kaki2 pancing. Kuala Lukut sememangnya salah satu port memancing yang agak terkenal seperti Kelong Pozi, Kelong Mamud dan kelong Raja. Buat masa sekarang ada 5 buah kelong di sana.
Selain Kelong. terdapat dua buat jeti memancing di sini iaitu jeti Mamud dan juga jeti koperasi. Kalau anda berminat nak memancing dengan keluarga bolehlah memancing di jeti atau kelong.
Selain jeti dan kelong, terdapat sebuah kedai makan yang dikendalikan oleh Pozi. Anda boleh makan2 sambil menikmati keindahan muara laut dan juga lepak2 di jeti. Ada juga peminat yang datang ke sini kerana hgendak berkaraoke di restoran Pozi.
pantai memang tak sesuai untuk mandi-manda di sini kerana faktor pantai yang berbatu. Hanya pemancing pantai yang datang memancing di pantai sini. Seperti yang aku kata, Kuala Lukut terkenal dengan aktiviti memancing sahaja.
Tiada hotel atau rumah tumpangan di sini buat masa sekarang tetapi anda boleh bermalam di Port Dickson atau bermalam dihomestay di kg Pachitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan