Ahad, 21 April 2013

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


pru 13 : hanya 30 orang hadir ceramah anwar <b>di kuala pilah</b> malam <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2013 10:08 AM PDT

Homestay/Rumah Tumpangan untuk penginapan keluarga. 15 minit dari exit Tol Ayer Keroh, 15 minit dari Bandaraya Melaka, Menara Taming Sari, Bandar hilir, 15 minit dari pasaraya besar Mydin, JJ, 15 minit dari zoo, Taman Buaya, Botanical Garden dll, 25 minit dari Pantai, berdekatan restoran, kedai dobi, parking kereta berbumbung, porch yang luas, 3 bilik air-cond, 2 bilik air.
Harga RM150.00 sahaja.
SILA HUBUNGI 019-682 1318 SEGERA.

TABUNG BANGUNAN & AKTIVITI PAS KAWASAN BUKIT KATIL Infaq@Derma untuk Tabung Bangunan dan aktiviti PAS Kawasan Bukit Katil.

PAS Kawasan memerlukan kira-kira RM350,000 lagi untuk menyiapkan bangunan yang sedang dibina sekarang.

Sila bank-in infaq@derma anda ke akaun Bank Islam akaun no : 04015010048965. Cek atas nama : PAS KAWASAN BUKIT KATIL. Sila maklumkan sebarang infaq@derma melalui sms/call atau email kepada : 016-660 9767 atau email bukitkatil@gmail.com
Catatan ini ku nukilkan sebagai kenang-kenangan buat diriku yang bergelar seorang cucu, anak, suami, ayah dan hamba sebuah perjuangan.
CATATAN 1 - 080213

Aku dilahirkan kira-kira 10 tahun selepas kemerdekaan. Desaku jauh dipedalaman walaupun lokasinya hampir betul-betul di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu.

Entah apa silapnya desaku, daerahku tidak dibangunkan walaupun aku dikhabarkan bahawa dahulunya daerahku adalah ibunegeri kepada negeri Tok Bahaman dan Mat Kilau ini.

Malah sekolah yang tertua dan tersohor di negeri Darulmakmur iaitu 'Clifford School' atau terkenal dengan panggilan 'Sekoloh Kliped' tersergam di daerahku. Di situ pembesar-pembesar negara antaranya Tun Razak bersekolah.

Aku tidak bersekolah tadika. Seingatku tidak pernah pun aku mendengar perkataan itu. Entah apalah maksud tadika ....aku pun kurang arif pada masa kecilku.

Pagi-pagi aku bangun membuka tudung saji menyelongkar apa yang ada. Bondaku awal-awal lagi sudah keluar berbakti kepada tanah. Kekadang bondaku menjadi 'pegawai' di kebun getah, 'menulis' di pohon-pohon getah mencari sesuap nasi. Kekadang bondaku memantau tanaman sayur-sayuran, cabai (cili - orang Utara panggil cabai). Pekan Sehari hari Ahad bonda akan pasarkan apa yang patut.

Ayahku biasalah ......pagi-pagi lagi sudah membakar besi untuk diketuk menjadi parang dan pisau. Bukan sedikit jasanya kepada orang kampung ....pisau, parang, golok, pedang, pisau getah dan sebagainya menjadi tajam dan sedap digunakan sebaik mendapat 'service' dari ayahku. Alatan yang baru juga dibuat dan dijual. Pekan Sehari hari Ahad menjadi 'pusat' untuk ayahku memasarkan produknya disamping menghantar barangan yang dibaiki kepada pemiliknya.

bersambung ................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads